November 4, 2015

Hong Kong (Disneyland & Aveneu of Stars) - Part 2

Assalamualaikum...

Tak sabar nak habiskan entry Hong Kong and then Macau pulak. Entry kali ni adalah berkaitan dengan aktiviti kanak-kanak riang...hehehe. Tempat yang tak perlu nak rasa malu untuk enjoy...DISNEYLAND. Seriuosly saya cakap ye...sepanjang di Hong Kong tempat paling saya suka adalah di Disneyland. Bestnya hingga tak terkata. Boleh tergedik-gedik dan terkakah-kakah ketawa tanpa rasa batas sebab semua orang camtu..hahahaha. Sebenarnya time di Hong Kong, mood saya merundum sikit sebabkan kaki sakit. Tapi bila dah ada kat Disneyland ni...abis ilang sakit semua. Tak sedar satu hari berlalu.

Saya nak bagitau ni…punya la seksa nak ke Disneyland. 3 kali kena tukar MRT. Tak kisah sangat la setakat 3 kali jer nak tukar MRT tapinya.....haish. Dari Tsim Sha Tsui kami stop di Center Station. Kemudian kena berjalan punyala jauh. Bila difikirkan...balik nantipun jenuh la nak jalan camtu. Grrrrrrr.....Baca lagi untuk tahu kisahnya ye.

Dan berjalan yang amat jauh tu...sampai lah kami di tempat untuk naik MRT seterusnya. Perlu ambil Line Tung Chung...turun lah bila sampai Sunny Bay. Start kat sini dah best...dapat naik MTR khas ke Disneyland....comel jer MRT ni.


 
 Perhati betul-betul station yang kami lalui ye...Tsim Sha Shui - Central - Tung Chung Line - Sunny Bay - Disneyland. Kalau boleh elakkan ikut line gini jer...anda perlu berjalan jauh dalam Central Station. Kalau boleh ikutlah like Tsim Sha Shui - Nam Cheong - Tung Chung Line - Sunny Bay - Disneyland. Bila dah experience jalan jauh di Central Station, my sis gunakan Nam Cheong Line instead of Central Station time kami balik.



Nasib baik escalator...boleh la simpan sikit energy. Saya sakit kaki sampai last-last pakai slipper jer...hahaha


 
Hehehehe



Time mood makin baik...hehehe.



 
Banyak betul tempat boleh bergambar walaupun kat luar jer..



 
Jangan lupa ambil apa-apa pamplet...senang nak refer supaya tak termissed apa-apa show dalam sana. Bag kita akan di check ketika nak masuk entrance. Kami ada bawa junk food dan mineral water....ok jer..dorang tak ambik buang pun.


Jom masuk dunia fantasi................



 
Time ni kan spring...bunga banyak giler dan cantik-cantik



Awal-awal saya dah request kat my sis nak makan waffle macam Leez...hahaha. Sebelum pergi lagi saya asyik remind dia...akhirnya tercapai jugak....hehehe. Cute betul waffle ni...sayang nak makan...besar jugak tau..



Donald Duct with kids and friend

Nasihat saya sebelum nak start apa-apa activity dalam Disneyland ni…better tengok schedule show. Try arrange masa supaya boleh tengok se maximum yang boleh show dalam Disneyland ni. Macam ride tu anytime boleh try naik…macam show dalam 1 hari maybe repeat 2-3 kali dalam sehari. Discuss punya discuss, kami decide nak masuk Festival of the Lion King. Live theather yang sangat best!!! Mempamerkan energetic dance serta custom seperti dalam movie cartoon Lion King. Show ni tak salah saya dalam setengah jam kut. 





Bila tengok show ni….saya agak ada 2 orang jer orang Hong Kong yang jadi beruk dan lain - lain tu macam negro dengan mat salleh




Kami terlepas nak naik ala-ala rakit ni  dengan masuk rumah tarzan sebab time tu hujan mula turun. Disebabkan dekat situ ada food court, kami decide nak makan dulu. Breakfastpun belum…mana larat nak berjimba..hehe. Kami terus brunch jer. Ada 1 stall halal kat food court tu.



Our brunch



Nak rasa lebih suasana fantasi..ayuh la ke The Small World. So cute tempat ni..kita just naik boat ala-ala train yang bawahnya sungai kecik. 



masuk jer dalam The Small World ni…ada cartoon menyanyi-nyanyi riang. Patung-patung cute ni dihias mengikut kategori negara. Nyayianpun based on tradisional music. Tempat yang sesuai untuk enjoy sambil berehat selepas penat berjimba.



Bila nak keluar..ehh...Selamat Jalan..




Lepas dah keluar The Small World..kami just duduk-duduk di area Disney’s Flights of Fantasy Parade yang akan berlangsung tak berapa lama lagi. Wajib book tempat takut nanti terlepas di belakang-belakang…kang tengok kepala apek dengan nyonya jer…hahaha. Sambil-sambil duduk tu saya terigin pulak caremel popcorn. Kami duduk berdekatan couple cina dan baby dorang. Baby yang dah bergigi tu tengok-tengok popcorn saya..sayapun bagi la dia sikit. Punya la dia suka...hahaha. Sampai stop makan bubur nasi mak dia dok suap. Rupa-rupanya dorang tu orang Kuantan...ohh orang Malaysia rupanya. Sekali bapak dia di beli popcorn kat dia..hahaha. Kami sembang-sembang la dengan dorang untuk isi masa lapang..ceria jer dorang. 



Standby standby...dah mula dah..hehe




Cinderella ada...Snow White ada...lawa-lawa. Perarakan ini penuh dengan music... 



Beruk bergayut-gayut



Tumbelina rasanya ni...tergedik-gedik



Full of colors



Bergelek-belek pulak


 
Antara game yang saya berani....hehehe



 
Show yang agak bosan 



 
Layan dorang ni main gendang guna tong cat dan timba besi...hehehe



 
Ni part yang kelakar sangat bagi kami...dalam ni ada game ala-ala roller coaster tu. Ingat biasa-biasa jerlah sebab tengah Q tu belakang kami ada budak mcm 6 - 8 thn gitu. Anak orang Hong Kong agaknya...siap sembang-sembang dengan kami lagi...dorang sikitpun tak cemas..kami pulak rasa cuak. Sekali dapat naik...arghhhhh...jerit sampai hilang suara. Habis-habis kami ingat game tu ala-ala jer...bukan rupanya...Punya la bodoh...tak bukak mata langsung...hahaha. Bila keluar jer...eh bila masa pulak dorang snap gambar kami...kamipun gi la tengok..wakakaka...dua2 orang melekat kepala macam kembar siam....muka memang takleh blah arrr. Tak hingin langsung nak beli..teruk gila muka sekor2....hahahahah.



 
Hari makin nak gelap...kami berjalan lagi untuk cover tempat yang belum pergi



 
Game ni baru tengok dah gerun. Eeeeiiiii....sikitpun tak teringin...hahaha. Saya fobia sejak main game kat Genting 10 thn lepas...sejak tu, memang tak berani nak naik apa2 yang saya fikir terlalu extreme



Malam tu nasib kami tak berapa baik...tapi Disneyland Hong Kong ni bernasib baik sebab tak perlu nak bakar firework...hehehe. Lepas jer tahu takkan ada firework..terus kami jalan laju-laju nak naik MRT. Takut lambat-lambat kang berebut plak kan. Dah la macam berduyun-duyun nak ke station. Nasib baik MRT cepat sampai..Ingat yee...jangan sesekali stop kat Central Station...mahu sakit kaki berjalan...ni pesanan kalau anda stay di Tsim Tsa Shui la. 

Lepas sampai Tsim Tsa Shui, kami dari exit untuk ke Avenue of Stars...ngam-ngam sampai...Symphony of Light dah start. Untuk info anda...show ni start pukul 8pm setiap hari. Kita boleh tengok light show free of charge ye. Tak lamapun...dalam minutes gitu. Time kami sampai ni..sesak di bahagian depan..takde ruang langsung nak ke depan..redha jerlah.


 
See?? Lampu laser gitu bergerak-gerak dan bertukar color. Tak salah saya time ni dipasang music. Inilah keindahan dunia buatan manusia

 
Heiiyaaaa...lu berani datang sini...kata Bruce Lee..hehehe. Hebat betul pelakon ni..sampai dibina statue.


 
Haiiyaaa...ok gua datang...lu tunggu Bruce Lee...kata Chun Li :P



 
 
Tempat ni memang syok santai-santai..tak jauhpun dari guesthouse kami..


Agak lapar malam tu...saya tak tak larat nak masak. Nasib baik restaurant halal bawah guesthouse kami tu. Katanya chinese food...tapi ownernya Pakistan dan chef nya india muslim...hehehe. Apapun tak kisah bila tahu halal...nidiaaa nasi goreng seafood. Banyak...boleh share dua orang.

Berakhir sudah seharian kami di Hong Kong..nantikan entry seterusnya...mission nak cari dimsum tercapai atau tak?? Wait and see...bai...cheers!!!


6 comments:

  1. Memang best gi Disneyland ni..kita pun sama jadi budak2 ekekekke done follow sini

    ReplyDelete
  2. Thanks for keeping this blog informative . Really appreciate it��

    ReplyDelete
  3. paling best kat Disneyland ni bila saya tak perlu beratur lebih dari 5 minit. Hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Wa --> Heheehe..betul tu

    Anonymous --> welcome...happy reading

    Miss --> Betul tu...tak macam USS..kena Q lama dan panas..hehehe

    ReplyDelete