Assalamualaikum....
Sambungan dari entry yang lepas...
Pagi terakhir di Shenzhen dan merupakan juga hari terakhir di China...selepas breakfast ala kadar di hotel..kami sesaja nak jalan-jalan
area hotel. Time tu masih awal..kedai-kedaipun ada yang masih belum
buka. Banyak betul mall yang jual baju murah-murah. Kami plan nak
check-out ngam-ngam masa yang diberi oleh hotel..so kami guna masa tu
untuk relax2 sambil bershopping. Tak sangka betul terjumpa orang islam
jual roti nan. Kami tanya dia ada ke restaurant halal area tu..then dia
tunjuk arah nak ke restaurant tu. So, kami decide nak makan situ before
gerak ke Hong Kong.
Roti nan yang ditabur bijan tu saya dah pernah try di Guilin...so saya terasa nak try pulak roti yang ditabur kacang dan bijan kat atas...agak keras roti ni...tapi not bad
Dah puas shopping..kamipun balik la
ke bilik nak packing. Program kami pagi tu ala santai-santai jer. Siap
boleh tidor kejap...hahaha. That day amoi yang tau english tu takde...staff yang lain tak berapa pandai english. Agak susah jugak la nak paham. Luckily ada mamat cina Malaysia tengah check in...dia la jadi translator kami dengan staff hotel tu...hehehe. Shopping bag yang kami rembat dari bilik hotel tu kena bayar pulak...hahahaha. Disebabkan bag tu cantik...kami bayar la. Ingatkan free...hehehe. Selepas say bai kat mamat tu..kamipun bergerak nak ke restaurant yang dikatakan halal tu...tetiba...eh..ada
restaurant halal rupanya berdekatan hotel kami. So tak perlu nak
berjalan lebih jauh untuk ke restaurant yang diberitahu oleh penjual
roti nan tu. Syukur sangat. Akhirnya dapat juga kami makan betul-betul.
Kebersihan restaurant ni amat tip top
Nasi goreng my sis paling sedap!!!
Lepas
dah kenyang..kamipun keluar dari restaurant...terus dapat cab depan tu
jugak..hehee. Kamana kami seterusnya?? Kami perlu merentasi sempadan
untuk ke Hong Kong. Don't worry…tak susahpun. Ala-ala nak lepasi
sempadan Thailand jer cumanya sempadan China - Hong Kong ni lebih moden
la. Semua process imigresen adalah dalam bangunan. Kami hanya perlu ke
Louhu iaitu station terakhir MRT. Untuk mengelak sesat dan terlalu
tired, kami memilih untuk naik cab. Bila dah masuk building imigresen,
just ikut signboard.
Jom ke Hong Kong :)
Sepanjang berjalan tu, saya
tertanya-tanya macam mana lah nak cross ni. Berjalan memang lama tau…so
standby tau…jgn galas beg berat sangat..kang semput. Naik turun building
jangan guna tangga..ada lift. Orang pulat berderet-deret Q nak lepas
imigresen. Kena Q dua kali lah yer..sekali imegresen China dan sekali
lagi Hong Kong. Dua negara ni just dipisahkan oleh sebantang sungai
kecik ala-ala longkang jer..hahahaa. Buildingnya bersambung. Lepas jer
dari imigresen sampailah kita di Lo Wu Station..pandai-pandai lah beli
MRT ticket untuk ke destination masing-masing. Sangat-sangat sistematik.
Agak mahal ticket ni...lebih kurang 1hr jugak la nak sampai destination
Kami stop di MTR Tsim Sha Tsui. MTR station kat situ banyak giler exit..kena tahu exit yang mana satu supaya tak sesat. Nasib baik my sis dah siap sedia info cara nak ke hotel. Untuk lebih pasti kena lah banyak bertanya orang. Saya nasihatkan..tanyalah foreigner..mereka lebih polite dan membantu nak banding local. Hong Kong ni ala-ala London...banyak giler foreigner. Disebabkan hotel di Hong Kong sangat lah mahal, my sis just book guesthouse. Bila sebut Chung King Mansion...InsyaAllah orang sekitar akan tahu. Building yang tak salah saya 13 - 15 tingkat tu merupakan apartment. Banyak giler apartment yang di convert menjadi guesthouse. Untuk naik ke tingkat 12 guesthouse kami tu...kami melalui kedai-kedai didalam bawah bangunan tersebut. Mak datukk...giler ramai orang bangla dan india..seolah-ola pergi India pulak..hehee. Baupun boleh tahan lah india. Nak naik lift plak...mak nenek..dah la kecik..sekali naik main sumbat jer masuk. Terkepit...hahahha..dah la naik sama-sama tu orang bangla. Terpaksa la tahan nafas…hap hap hap.
On the way nak ke guesthouse. Dalam 5min berjalan jer
Dah sampai pintu guesthouse..my sis call la ownernya…just tunggu kejap diapun datang. Ohhh gitu rupanya guesthouse..owner tak tunggupun..call yer kalau perlu service dia. Dia tunjuk bilik yang kami booked…giler sempit..,..takde tempar letak beg pun kecuali bawah katil. Toilet kecik sesangat..dia tengok riaksi kami, dia bagi option bilik untuk 3 orang. Kamipun gi la tengok..haaa...ni ok skit..so kami agree nak bilik tu dengan bayar extra sikit. Lepas selesai process bayaran..kamipun relax-relax la. Kaki sangat sakit sebab banyak jalan. Oh ye...untuk air nak minum...ada disediakan refill mineral water.
Bilik ni adalah untuk 3 orang...1 master bed dan 1 single bed.
View dari luar tingkat.
Lepas dah rest...kami mulakan mission. Dengan berpandukan blog Leez..kami akan ke DingDing Travel. Ada apa kat situ...mai cheq nak habaq. Kita boleh dapat entrance ticket untuk few attraction places in Hong Kong ni...sebagai contohnya yang kami beli..Disneyland, Peak Tram & Sky
Terrace 428 dan juga ferry ticket untuk ke Macau. Untuk direction ke situ..sila refer blog Leez ye...amat membantu...ni linknya Leez@HongKong. Boleh juga tengok berapa banyak kita save kalau beli kat sini.
Memula sekali kena buat....belilah Octopus card ni ye. Ada dijual dimana-mana MRT station.
Menuju ke DingDing Travel office.
Ticket yang sedia untuk pergi bila-bila jer sepanjang kami di Hong Kong
Dah sampai area Mong Kok ni...janganlah lepaskan peluang untuk jalan-jalan di Ladies Night Market. Ada bad experience kat sini...saya di jerkah oleh mamat penjual slipper. Baru jer sekali mintak kurang harga...dijerkahnya dengan cakap kuat-kuat harga sliper tu sambil renung tajam kat saya....eeeiiiii kureng tui. Sampaikan kawan dia satu stall dengan dia pun pandang-pandang dia. Something wrong betul la. Last-last dapat juga slipper yang murah.
Fridge magnet...semuanya cantik-cantik. Penjual kat sini semuanya kurang ajar. Semuanya jenis tak respect customer. Teruk-teruk betul la. Kalau tak jadi beli...nak marah-marah. Minta kurang..marah-marah. Pastu bila orang dah blah tak jadi beli...perbodohkan orang pulak dia kurangkan sampai 70-90%. Bila orang patah balik nak beli...dia wat tak tau pulak...eiiii geram tui. Nasihat saya...kalo nak serius beli ter boleh nak tanya-tanya atau mintak kurang harga..
Cantik betul gelang ni
Ada deretan restaurant dia night market tu...disebabkan terlalu lapar dan tired..kami memilih restaurant makan Turkish ni
Tengok dessert ni mengancam betul...harga mahal terlampau...so terpaksa lupakan
Fries bersama terung...sedap jugak
Nasi berlaukan grilled chicken...amboi bagi nama sendiri pulak...hahaha...sorry la lupa menu ni nama apa. Untuk dapat nasi ni...kami terpaksa tunggu dekat 1 jam..lambat giler. Tapi bila makan...sedap...rasa berbaloi tunggu lama.
Sakit kaki saya menjadi-jadi. Lupa pulak nak bawa balm. Lepas makan kamipun menuju ke satu kedai ubat cina ni...tiger balm kalau kat Malaysia ni dalam few ringgit jer...kat sana sampai dah nak mencecah 40-50 ringgit. Gila betul la. Last-last saya pun tak mau la. Alhamdulillah ada jual di building guesthouse kami tu di sebuah kedai runcit india. Bila dah sakit kami ni...mood dah kemana-mana. Nak nikmati keadaan tempat orangpun agak terganggu. Pemilihan kasut yang sesuai amat penting ye...jangan jadi macam saya. Ok guys see you next entry...sama-sama saya untuk menikmati kegembiraan di Disneyland Hong Kong..cheers!!!!
Zila.....tetiba nampak nama kita hehehe.
ReplyDeletePasal kat ladies market tu mmg irritating kan. Brutal giler dorang ni. Perangai gangster...customer pun takut.
betul tu...perangai sama dgn org Vietnam..menakutkan.
ReplyDeleteSalam Sis,
ReplyDeleteCan u give me the name of your guesthouse @ Hong Kong