August 13, 2014

France (Louvre Museum & Notre Dame) - Part 2

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita untuk sambungan citer di Paris. Tak banyak sangat kisah di Paris ni nak compare kisah di Holland, Belgium dan UK. Tapi saya kena jugak lah citer serba sedikit..hehehe. Pagi tu bermulalah acara explore Kota Paris. Bekalan kami hari tu adalah roti bersama lauk Brahim. Sebelum datang Europe, my sis dah beli online tic untuk HoHo bus Paris yang diberi nama L'Open Tour. Station untuk bus ni tak jauh dari hotel yang kami stay tu. 


Dengan adanya service HoHo bus ni...buatkan kami kurang study pasal Paris. Niat di hati just follow jer kat mana saja bus ni stop. Larat cover semua attraction places kat Paris dalam 2 hari?? Kalau saper-saper hebat maybe boleh arr..hahaha. Kami just pilih tempat-tempat tertentu saja.


Just tunjuk booking tic..driver bagi kami earphone, map dan jugak discount booklet. Macam biasalah..HoHo bus ni akan provide few language..tapi bagi saya susah nk sumbat earphone tu pastu buang balik sebab kita kerap turun naik bus tu. Kalau duduk jer tak turun-turun..maybe takde masalah la. Advice saya..jangan nak round dulu tanpa turun kat mana-mana stop sebab bus ni lambat lah sangat. Driver yang sorang tu lah bertugas sebagai driver, kutip payment, distribute map earphone bagai dan juga sebagai seorang untuk explain kut-kut tourist nak bertanya...tension betul. Banyak-banyak HoHo bus yang saya pernah naik..this is the worst.


Dari bustop L'Open Tour tu boleh nampak Gare Du Nord.


Meh nak explain apakah ini..ada 4 route berlainan untuk bus ni. Setiap route tu diwakili oleh 4 warna..KUNING, HIJAU, BIRU dan OREN. Kalau nak tukar route warna lain..kena alert la kat mana cross 2 warna tu. Pagi tu..kami mulakan dengan route warna kuning..nampak stop no.53 tu?? Kat situlah kami mula.

Kami memilih untuk berada di tingkat atas bus..bersepah restaurant ala-ala rupa gini kat Paris. Sayapun angan-angan nak ada restaurant gini :)


Dari stop No.53 tu..kami melalui stop no. 54, 55, 56, 57, 58, 59 dan tetiba ada stop no. 19...stop no.19 tu lah kami turun. Sepanjang beberapa stop tu..kami tak turunpun sebab benda yang menarik kat area tu kami just snap jer dari atas bus. Tujuan turun kat stop no.19 tu adalah untuk naik bus route HIJAU. Tempat yang kami stop tu adalah Medeleine.


Turun jer bus ternampak cafe...wow..menarik kan?? Kami pulak lom breakfast..so langkah kanan lah


Decoration yang menarik kan??


Kami pilih set breakfast. Bila dah pekena coffee..segar bugar lah jadinya. Croissant tu sedap sangat. Selama ni saya tak suka croissant sebab banyak croissant yang saya pernah makan, semuanya sangat berminyak..yang ini tak rasa berminyakpun..manis..lembut. Lepas isi perut, kamipun teruskan mission. 


Sepanjang jalan..kita dapat saksikan building yang penuh dengan ukiran gini. Railing besi yang bermacam rupa bentuk menghiasi setiap building, menjadikan building-building kat sini lebih menarik. 


Sepanjang di Paris..cuaca sangatlah baik. Matahari terik tapi masih berasa sejuk.


Matahari terik adalah rahmat bagi mat dan minah salleh.


Kalau kat Amsterdam kita tengok banyak orang berbasikal...kat Paris boleh tengok ramai betul orang naik motor besar-besar macam kat atas ni..yang ada 2 roda kat depanpun ada. 


Lalaun ni membawa kami ke suatu tempat yang kami target nak stop..hehehe


Stop No.4 Musée du Louvre ataupun di panggil Louvre Museum


Ramai orang Q nak masuk dalam museum tu. Tujuan singgah sini adalah nak tengok glass building bentuk piramid tu...hehehe. Kalau masuk dalam museum tu..saya confirm ada banyak arca dan lukisan orang pakai apa-apa...hahaha. Bagi orang sukakan karya seni sure dah masuk dalam ni. Saya ni peminat makanan..hahaha. 


Tak jauh dari museum tu ada pintu gerbang macam Marble Arch kat London. Namanya adalah Arc de Triomphe du Carrousel. Eiffel Tower sikit kelihatan kan?? Tapi jauh jugak la kalau nak menapak

Saya nak citer sikit keadaan tempat ni. Mat black punyalah ramai dok jual souvenir. Bayangkan anda berada di Tangkubang Perahu, Bandung..hahh gitulah keadaannya. Meneru-neru dok tarik perhatian kami untuk beli. Rata-ratanya mulakan dengan beri salam. Serba salah nak jawab ke tak sebab tak tahu dorang tu islam ke apa. Yang pandai cakap melayupun ada. Memang merimaskan lah. Saya advise, tak payah nak tertarik untuk beli key-chain Eiffel Tower dari dorang..ada tempat yang lagi murah dan berbaloi untuk dibeli. Teruskan membaca untuk tahu kat mana souvenir yang berbaloi untuk di beli :)

Walaupun kemudahan transport kami ketika itu boleh dikategorikan sangat mudah iaitu menggunakan HoHo bus..tapi keadaan jalan yang sesak dan bus tu asyik-asyik stop ambik turunkan penumpang, buatkan kami penat atas HoHo bus tu jer. View yang ada sepanjang jalan pulak hanyalah building-building yang color yang sama dan rupa yang agak sama serta monument-monument sejarah yang tak muat camera nak snap..hahaha. 

Kemudiannya kami turun di Stop No.6 iaitu Notre Dame. Manusia punya lah ramai..ntah mana datang ntah...haha. Saya ajak my sis stop kat situ sebab depan church yang di panggil Notre Dame ni ada bread expo. Kalau expo-expo gini memang boleh makan free..ahahaha.


 View sesudah turun dari HoHo bus


 Tempat tujuan bukanlah church tu tapinya khemah yang ada bread expo tu ye :)


 Ada rose yang kembang mekar :)


 Jom masuk



 Dekat expo ni ada demo untuk buat roti. Sambil tengok demo sambil ngap macam-macam roti yang siap dipotong-potong kecik..best sangat boleh makan roti yang fresh from oven.


Gandum yang lom masak...ala-ala padi kan??


 Bermacam-macam pastries

Dah kenyang makan free..kami berjalan-jalan ke deretan souvenir shop. Salah 1 souvenir shop ni pekerja dia boleh cakap melayu. Dia adalah warga Bangladesh yang pernah kerja kat Malaysia dan bile kawen dengan warga France, dia terus stay kat sana. Best betul sebab dapat harga special dari dia. Berulang kali dia dok pesan hati-hati ketika jalan-jalan area tu sebab penyeluk saku sangat ramai. Dah beberapa orang customer dia baru kena that day. Saya lagilah kamcong..hehehe. Handbag dikepit rapat dan mata meliar ke sana sini. 


Rambang mata nak memilih t-shirt di Paris ni..semuanya cantik-cantik. Anak-anak buah saya semua nak t-shirt dari Paris..that day saya just survey harga..kena budget dulu sebab nak beli bukan sehelai dua..tapi tujuh..sebenarnya lapan termasuk diri sendiri..hehee


Bukan saja t-shirt merambang mata..fridge magnet jua..semuanya cantik-cantik.


Nampak key-chain ni?? 50 sen jer..kalo convert RM..dalam RM2 lebih. Saya dapat dalam harga 25 sen..siap dapat free lagi beberapa pcs..hehe.


Gambar terakhir sebelum meninggalkan Notre Dame.


Bila dah beli apa yang patut..kami teruskan naik bus route HIJAU. Route HIJAU adalah route paling panjang dan cover tempat-tempat yang paling famous. Bus ni agak kerap..tapi tulah..tersengguk-sengguk sebab jalan jammed. Kami decide nak ke Eiffel Tower. Eiffel Tower ni dah sinonim dengan Paris..wajib pergi. Tunggu next entry lah tapinya yeee..hehe. 



10 comments:

  1. Salam

    Matahari terik , tapi sejuk rasanya
    Mmg senibina kat sana sentiasa memukau

    Cantik semua gambarnya
    Naik tak cruise kat seine river

    ReplyDelete
  2. cantik2 FM paris .
    murahnya keychain eiffel tower tu . mana nak dapatkan?

    ReplyDelete
  3. Aduh zila..
    Saya ritu x jumpa pun kedai souvenir. Padahal duduk 3 hari kat sana. Tu pun beli sbb ternampak kedai masa kat subway. Else mmg x de kenangan la...

    ReplyDelete
  4. Xdelah suka sangat Paris, tapi tiap kali baca entry orang tempek gambar2 Paris...mesti rindu bertandang. Naik HoHo bus kat sana memang akan penat dalam bus je kan Zila. Dengan jammed nye. Saya amik gak aritu, sekali ngan tix untuk Seine cruise pula tu. Memang berbaloi2 ah juga sebab bus ni lalu most toursit attraction kat sana. Ok, Eiffel next.

    ReplyDelete
  5. sedap2 tengok roti, muffin and croissant di sana..di Louvre Museum tu ada lukisan Monalisa yg famous tu kan..

    ReplyDelete
  6. Dah 2x saya jejak kaki ke Paris alhamdulillah tapi tiap kali tgk gambar org dpn Eiffel mesti rasa nak pegi lagi sebab salu tak dpt shot macam org lain. hihi bulih tak gitu. Paris cantik cuma kotor sikit esp kat metro station. me n hubby pernah nampak tikus ok haha lawak sungguh nampak tikus french lol

    ReplyDelete
  7. Rezeki --> Salam..ye betul..senibina kat sana memang memukau..saya tak naik cruise.

    Nieda --> FM paris byk yg cantik..kompius nak pilih..hehe. Keychain eiffel tower memang byk dijual..kdg2 tokey kedai bg free jer kalo kita ada beli souvenir kat kedai dia

    Syieda --> Saya ada perasan tmpt2 seperti eiffiel tower, louvre museum, gare du nord xde kedai souvenir. Yang byk kedai souvenir adalah notre dame dan ada 1 tempat lagi sy akan share pasni.

    Bibie --> Memang berbaloi HoHo bus ni sebab takyah susah payah kuar masuk metro dan lebih selamat..tapi tulah...sabar jerlah dgn kelembabannya..haish


    ReplyDelete
  8. Nohas --> Bg saya croissant cafe tu plg sedap sy pernah makan..paris memang terkenal dgn roti kan. Rasa mcm tak berbaloi nk tgk lukisan Monalisa tu sbb kena Q pnjg sgt..dan sudah pastinya org kerumun kat lukisan tu..hahaha.

    Kausar Amin --> Wahh dah 2x ke paris..hehe. Nak gi lagi ke untuk shoot yang terbaik dan puas hati?? hehe. Ada beza ke tikur french dgn mesia nyer..hahaaha

    ReplyDelete
  9. Nampak gayanya kenalah Zila buka cafe satu sebab Zila suka memasak dan makan. Buatle cafe ala-ala English Garden, makanan pula ala-ala Peranchis. Lepas tu hiaslah dengan souvenir yang dibeli masa travel :)

    ReplyDelete
  10. OMG prof..menarik idea tu..hehe. Sekarang ni larat lagi nak keje ngn org..maybe 10 years lagi my dream come true..hehe.

    ReplyDelete