Assalamualaikum...
Apa macam raya..best tak?? Mintak-mintak best hendaknya. Macam saya kepuasan hari raya adalah boleh berkumpul semua adik-beradik..lepas tu kepuasan memasak dan menjamu..hehehehe. Saya rasa amatlah berbaloi bila makanan yang dimasak tak dibazirkan malahan tak cukup lagi adalah. Akibat terlalulah busy mengalahkan restoran time raya ritu..tak sempat nak snap juadah hari raya dan juga bergambar pakai baju raya..hehehe. Seriously, hari raya pertama hingga ke tiga memang memasak dan menjamu jer kerja saya. Hari raya ke-4 barulah berkesempatan nak beraya ke rumah sedara sampai ke malam..haha. Sekali-sekala jumpa sedara memang best..macam-macam cerita nak dikongsi.
Sambungan dari cerita Europe saya ni..saya nak kongsi pulak pengalaman di Paris, France. France adalah antara negara yang takde dalam wishlist saya..tapi takde choice sebab dari France sajer boleh dapat flight murah untuk balik Malaysia. Kalau pergi balik France memang murah..tapi fikir-fikir balik, macam nak kena patah balik ke negara yang sama untuk balik ke Malaysia..macam tak berbaloi pulak kan. Kalau tak salah saya, time nak beli flight tic ritu..harga tic pergi balik dari France around RM2,400 to RM2,500 gitu. Macam kes saya, saya KL - Amsterdam..Paris - KL..flight tic RM2,800.
Pengalaman kali ke-2 merentasi English Channel..seriously..takkan sedarpun sebenarnya kita berada di dalam laut. Bukan setakat dalam laut..tapi di dalam tanah selepas dasar laut. Dalam perjalanan dari London ke Paris tu..ada la beberapa kali masuk kuar tunnel. Ada tunnel yang panjang dan ada yang pendek sehinggakan tak sedar mana satu tunnel yang merentasi English Channel tu. Sampailah satu tahap tu my sis sedar yang kenderaan semua dah drive left handed..time tulah baru sedar kami dah berada kat bumi France..haha.
Dalam entry sebelum ni saya citer saya terpaksa berjalan ke gerabak yang hampir last kan?? Tapi bila sampai Paris, yang bestnya gerabak sayalah paling depan sekali. Turun jer Eurostar tu, jalan sikit jer dah sampai pintu keluar. Bila dah turun train tu..tak perlu nak chop passport semua.
Kagum betul dengan kehebatan train yang laju ni :)
View sekitar Gare Du Nord, Paris. Selain Eurostar, Thalys juga adalah train yang laju
Bahagian luar Gare Du Nord. Banyak sangat nasihat dari kawan-kawan suruh hati-hati kat Paris. Bila baca pengalaman dari blogger lagi buat saya cuak. Kuar jer dari Gare Du Nord tu..handbag saya peluk rapat dan mata melilau sana-sini..hehe.
Gare Du Nord, Paris
Dari Gare Du Nord dah boleh nampak hotel yang kami bakal stay tu..New Hotel. Hotel ni really recommended..dekat dengan Gare Du Nord, Carefour, Metro, station untuk HoHo bus dan juga restoran halal. Pekerja hotel nipun adalah muslim. dan sangat mesra. Memang agak bernasib baik dapat hotel ni sebab ada lift dan juga private bathroom.
Kecik giler lift ni..hahaha. Bila masuk bag dan kami berdua..dah takde space lagi dah. Sempat menyaksikan mat salleh ni masukkan semua bag dalam lift ni dan kawan dia tunggu kat bawah untuk kuarkan bag dari lift ni sebab bag dorang saja dah penuh lift ni..hahaha.
Pintu bilik kami betul2 depan tangga ni..silap perhitungan..boleh jatuh bergolek-golek kat tangga ni. Boleh koma setahun..
Bilik hotel ni adalah sangat luas dan takde smooke detector..so kami boleh masak tanpa risau..hehe.
Yang paling puas hati..toilet amatlah bersih
Selepas rehat sekejap..kami decide nak beli barang makanan kat Carefour. Stock makanan kami ada lagi, cuma saya teringin nak makan telur pulak.
Disebabkan stock beras dah habis, kami terpaksa beli siap-siap beras kat London. 1st time nak masak nasi time travel, memang tak dapat nak agak sangat berapa kilo beras patut bawak. Lepas ni kalau kemana-mana lagi, maybe dah boleh agak :)
Tak tahulah beras jenis apa yang kami beli kat London tu..saya masak nak dekat sejam dan asyik tambah air bila kering..nasi taknak lembut-lembut. Last-last dah lapar sangat, terpaksa la makan nasi yang agak keras tu..hahaa. Saya panaskan sardin tin dan buat scramble egg.
Bila menjelang petang..cuaca tetiba jadi sangatlah sejuk walaupun kami duduk dalam bilik. Menggeletar 1 badan. Jadi tak mampu nak start explore Paris. Akhirnya kami decide nak jalan-jalan area hotel kami saja. Gagahkan diri melawan cuaca sejuk time tu. Memula sampai tu terasa macam suam-suam jer..sekali bila petang..fuhh tak tahan betul. Time jalan-jalan ni lah kami jumpa 1 restoran halal.
Dengar citer Paris ni famous dengan crepe..so kamipun cubalah kat satu cafe ni. Saya order crepe chocolate manakala my sis order crepe caramel. Rasanya bolehlah tahan..tak ranggup..liat-liat sikit.
Sejukkkkk....ger ger ger...
Senja di Paris..
Hari pertama di Paris berlalu begitu saja. Apa yang dapat saya huraikan hari pertama di Paris adalah..saya perhatikan banyak restaurant yang letakkan kerusi meja bahagian luar restaurant dan rapat-rapat serta facing jalan raya. Seolah-olah pengunjung boleh minum sambil layan view kesibukkan jalan raya.
Hari 1st keje selepas cuti seminggu, tengok-tengok kat meja ada kad raya..rupa-rupanya dari blogger Jari Manis..hehehe. Ingat jugak beliau kat saya..hehee. Siap ada duit raya lagi...yeeeee!!! Kesempatan ni sayapun nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kat JM kut-kut saya ada tersalah cakap ka apa ka sepanjang perkenalan kita di alam maya ni.
Next entry saya nak share pengalaman pusing-pusing Kota Paris :)
1.Perancangan yang bijak lah Zila...nasib baik beli tic flight camtu mmg untung byk negara boleh cover
ReplyDelete2.Part merentasi English Tunnel tu ..JM mmg kagum dengan pembinaan tunnel tu..ye lah..korek tanah di bawah dasar laut tu..kalau panjang umur ada rezeki lebih nk buat trip cam Zila buat nih ;-)
3.Makin menarik cite Zila ni..psst..jgn tak tahu..JM copy paste semua info yg ada ni sbg rujukan..baru nk minta kebenaran nih
4. Hoyeee...dah dapat eh..mestilah ingat..dh lama JM follow blog jalan-jalan Zila ni..mana leh lupa hiks..ye..sama-sama lah kita ek..kosong-kosong jgk
Beras dari mana tu Zila? Zila masak guna microwave atau rice cooker? Crepe tu nampak sedap.
ReplyDeleteRaya kali ini Zila masak apa yang special?
JM --> Amboi..siap ada numbering..hahah. Rasa lebih berbaloi kalo buat multi country gitu. Saya takde apa2 masalahpun kalo JM nak copy paste apa2 info kat blog saya ni..lagi suka ada la..haha. Ye kosong2 ye JM :)
ReplyDeleteProf --> Beras tu dari London..saya beli kat Sainsbury. Saya masak guna rice cooker. Ikut instruction, boleh guna microwave atau rice cooker. Time raya saya masak spaghetti, lontong, ketupat raya 1st .. mee goreng raya 2nd..hehe
Depan gare du nord tu ada macaron & croissant halal... Huh!
ReplyDeleteHuh..how come i dun know!!!
ReplyDeletewoooooow ths is so cool i like it alooot .
ReplyDeleteاجمل العاب فلاش