August 19, 2013

Ye! Ye! Ye! Raya :)

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita selepas dah raya sakan..hahaha. Tahun ni saya tak la raya sakan manapun..baju rayapun my bro yang belikan. My bro ni memang suka pilih2 kain untuk dibuat baju raya..banyangkan semua ahli keluarga saya yang perempuan dibelinya baju raya..hahaha. 7-8 pasang kain diletak untuk kami pilih, tapi yang bestnya saya org pertama pilih nak yang mana..haha. Kak ipar saya ckp time nak beli baju raya anak2nya..disuruhnya wife  beratur kat counter dan dia gi pilih baju anak-anak...hahaha. My bro tu memang creative..haha. 

Raya tahun ni saya pulang ke kampung awal..lagi 3-4 hari nak raya. Ye la..kesian mak prepare untuk raya sensorang..adik pulak keje. Takde orang nak tolong mak nanti. Lagi 3 hari nak raya saya dah borong barang basah bersama ayah sebab takmo berebut-berebut dengan orang ramai. Tahun ni saya masak tomyam yang dimakan bersama bihun dan juga spaghetti meatball. Syoknya sebab semuanya lincin..haha. Saya gunakan anak buah saya darjah 2 dan 3 untuk potong sayur buat tomyam..hancur sayur dorang potong..haha. Tapi best la sebab dorang happy. Meatball pulak saya buat sendiri dengan bantuan dorang..sorry ye xde gambar..bz smpai xsempat nak snap.



 Cantik tak samperit ai tekan ni?? hahaha..mak ai yang uli ye..



 Ni style lain pulak ye...letak chocolate chips..nampak tak macam garing skit bahagian bawah tu? ai dok berangan sampai tak sedar dah masak!!! hais



 Eh apa ni? Ini makanan tradisional ye..Agak susah nak masak ni. Makanan tradisional ni adalah resepi warisan nenek moyang saya. Ianya perlu dimasak dalam periuk tembaga. Periuk tembaga nipun warisan nenek moyang saya. Perlu 2 orang mengangkatnya sebab terlalu berat. Saya ada perhatikan cara ayah masak makanan yang diberi nama halwa ini. Memula..hari sebelum halwa ni dimasak, perlu basuh tepung gandum dimana airnya ditapis dan dibasuh berulang kali sehingga tepung tu menjadi doh yang bila dibasuh tidak mengeluarkan air warna putih lagi. 

Kemudiannya biarkan air basuhan tepung itu sejat semalaman. Hari untuk memasakpun tiba..perlu letak air dalam periuk tembaga tu bersama gula yang sangat banyak. Atas api lah ye..bila gula dah larut dalam air..air basuhan tepung tu ayah suruh saya buang airnya..akan nampak pati tepung dibawah dan air diatas..air tu lah perlu di buang. Bila dicampur dalam air gula tu..lama kelamaan akan pekat sangat2..kemudian masukkan warna kuning. Dan last sekali masukkan minyak. Kena kacau halwa ini sehingga 3-4 jam tau non-stop. Berganti-ganti la saya..jap ayah...jap mak..hahaha. Mostly orang tua suka makan halwa ni..saya tak suka sebab manis sangat.



 Kami masak ni kat luar umah..jangan terkejut tgk slipper tu ye..jauh tu..hahah




 Disebabkan saya dah settle kerja-kerja rumah, malam raya saya berjoli dengan anak-anak buah main bunga api dan mercun..oh bestnya..ahahah



Tema ari raya macam raya-raya lepas..bekas kuih yang sama,. Ketupat dan rendang ayam wajib ada 









 on the way balik KL, saya singgah rumah my bro di Perak. Macam-macam dia jamu...





 Antara anak-anak buah saya...yang kecik tu baru setahun lebih..yang lain2 tu..tadika, darjah 1, darjah 2 dan darjah 3..hahaa.



Hari ni saya dan opismate buat makan-makan kat opis..saya buat rendang daging. 


7 comments:

  1. eh eh kuih samperit lah dh lama x mkn

    ReplyDelete
  2. kuih ape td dalam bekas tu mcm kustard. nmpk sedappp

    ReplyDelete
  3. cantiknya terap kuih samperit tu..nampak gebu dan terserlah kejelitaan semperit itu!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, bestnya kalau dapat tengok gambar meatball yang akak buat tu. hee selamat hari raya kak! maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  5. Saya suka semperit. Ia lembut. Tomyam pun suka. Halwa pun suka.

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. Salam semua..

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin ye..saya terlupa nk reply komen kt sini..hahaha.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya.. sorry lambat wish :D
    Makanan raya makin susah nak di cari sekarang ni.. hehehee.. aura raya makin kehabisan..

    rindu nak makan rendang ngan ketupat :D

    ReplyDelete