March 19, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Rovaniemi, Sodankyla & Saariselka Part 5

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita. Kisah di Finland ni boleh dikatakan baru separuh ye. Kisah kali ni saya nak sambung moment indah di small cabin. Pagi tu walaupun keadaan masih gelap kami gigih lah explore. Saya pernah cerita dekat ahli keluarga pasal day light bila winter. Then abang saya reply..siang kejap jer pastu asyik tido lah? Hahaha. Then saya jawab, buat macam biasa lah. Pi keja..pi sekolah. Walaupun gelap orang buat macam biasa lah. Tido bila sampai waktunya. 

Sebelum explore tempat tu kami breakfast dulu. Best giler lah pekena americano bersama biskut. Kami duduk di luar cabin tu. Nak gunakan masa yang ada untuk menghayati tempat indah tu. Rasa bersyukur sangat kami ambil keputusan nak ke Rovaniemi ni. Memang dah over budget sehingga menggunakan emergency fund, tapi memories yang tercipta cukup indah sekali. Dan dimasa yang sama saya dapat kongsikan kisah saya kepada pembaca semua. Semoga memberi manfaat.

Ada bangsal tepi cabin kami ni. Selepas pokok tu adalah frozen lake.
Disediakan bench dekat luar cabin ni.
Orang lain masih dibuai mimpi...kami berdua pulak mengopi sambil menghayati keindahan pagi.

 Laluan ni membawa kami ke arah sebuah cabin yang lebih besar...just satu jer kat dalam hutan ni. Saya rasa part of this place jugak kut.

Rasanya minah yang stay sorang-sorang kat sini pun masih tidur.

 Kami just jalan-jalan dalam hutan ni..lagak macam bersnow shoeing lah.
 Pondok kecik tu untuk BBQ.
Building besar sikit tu adalah office dan juga tempat untuk breakfast. Korvalan Kestikievari ni betul-betul tepi main road. Sesekali dengar kenderaan menderu laju disuasana yang tenang.
Ada signboard ke sauna.
Begini rupanya sauna. Saya perasan ada alat bercabel dalam lake tu. Maybe nak jadikan lake part sauna ni tak beku. Dah rendam dalam lake tu terus masuk ke sauna. Begitula stepnya. Ada signboard show depth lake 1m. Agaknya silap rendam ntah-ntah termasuk dalam frozen lake tu..hah..stuck dalam tu...hehe.
Saya cukup syok vacation macam ni. Relax...enjoy view...relax lagi..hehe.
Best moment ni...burung berkicauan..the air very fresh.
Hehe
Time ni dah nampak guest lain bangun. Kami pun nak siap-siap tinggalkan tempa ni...oh so sad
Tengah letak barang baru perasan saya lupa tutup tingkap kereta. Nasib baik snow kan jenis powder, so tak lah basah seat kereta tu.

 Cute pulak warning ni...hehe
Clear sikit nampak lake covered by snow...
Thank you small cabin be part of our journey..our memories...our stories.
Kami meninggalkan tempat ni dengan sejuta senyuman....ha sejuta naaa.
Perjalanan untuk kembali ke Saariselka diteruskan. Tak jemu betul saya dengan view sepanjang jalan walaupun keadaannya sama jer dan warna sama jer...haha
Sesekali jumpa rumah, my sis pun slow lah drive untuk saya snap.
Bus stop comel betul. Ada didepan sebuah rumah...seolah-olah bus stop ni untuk orang rumah tu jer...hahaha.
Suasana nampak berseri walaupun warnanya adalah grey.
So beautiful...colour grey tu macam menyerikan view sepanjang jalan.
 Akhirnya kami sampai di small town...satu-satunya town yang kami jumpa sepanjang perjalanan dari Rovaniemi ke Saariselka. Nama small town ni adalah Sodankyla. Perut kami minta diisi lunch...hehe.
Very small and peaceful small town.
Kami just order satu seafood pizza dan share. MasyaAllah sedap giler pizza ni. Topping pun penuh dengan mussel, prawn kecik, crab dan tuna. Kekeyangan lah kami. Dalam restaurant tu ada 1 table penuh dengan lelaki dalam 6 orang gitu..macam pekerja construction..bagus betul tengok depa. Cakap pun slow tak huhahuha..makan pun penuh sopan sampai tak dengar pisau dan garfu berlaga-laga dengan pinggan. Dah siap makan kemas meja. 
Dah habiskan pizza lebih kurang 24 inch tu, kami round dekat area restaurant. Mata saya meliar lah cari kot-kot ada cafe untuk saya beli latte. Hmm...takde pun. Tetiba saya nampak orang asyik masuk dekat pintu Kahvila Smak tu. Time tu jugak saya google...hahaha. Cantikkkk...cafe rupanya. Terus saya ajak my sis masuk lah.
Excited lah saya...hahaha. Saya tak rasa nak makan cake ke pie ke...saya nak pastries atau roti.
Kena Q sikit time ni. Bila sampai depan counter happy lah saya nampak ni. Bila tanya staff tu iaitu seorang makcik..dia tak paham english. Ada makcik belakang kami tolong translate untuk dia. Saya tanya roti bulat-bulat tu buat dari apa..apa fillingnya. Makcik belakang kami pun tolong lah jadi translator. Roti bulat tu bun biasalah tapi punya sedap. Ada rasa lemon dan sikit rasa cinnamon.
My sis pulak pilih ni. Makcik translator tu puji-puji kami sebab pandai pilih. Semua pilihan kami kata makcik tu adalah traditional food di Finland.  
Kami masih kenyang. So take away jerlah bersama coffee. Dah berapa kali masuk cafe di Finland akhirnya saya faham satu perkara pasal coffee. Jika kita nak black coffee, coffee ni akan tersedia dalam electric pot yang perlu dituang sendiri dan latte mesti di brewed. Masuk jer kereta saya termakan pulak bun tu sampai habis sebab memula rasa lepas tu sedap sangat..terus habiskan..hahah. Jom sambung explore small town ni.
Sled ni bukan saja boleh dijadikan support untuk makcik ni tapinya boleh jugak letak barang shopping
Saya suka sangat small town ni....cute betul rumah depa dah la colour pun menarik hati.
Gara-gara teruja dengan design rumah kat sini saya sampai keluar dari kereta nak snap..dan natijahnya dua-dua kaki saya terjerlus dalam snow tebal. Entah la apa sebabnya..maybe longkang? Frozen longkang? Jangan frozen septic tank sudah....hahaha. Saya termasuk dalam snow tu sampai ke pinggang...jenuh la jerit sambil menyelamatkan diri. My sis sedar keadaan saya tu bila saya dah berjaya keluar...hahaha. Cari pasal betul. Hopefully takde lah orang perasan...hahaha.
Design rumah kat sini very simple but nice.
Putih bak snow...
Ni rumah besar berpagar..
One day saya pun boleh buat rumah cute begini..Aminnnnn.
Baru pukul 1pm...keadaan dah nak macam senja. Tengok weather forecast malam ni langit bakal clear se clearnya...saya dah plan nak ajak my sis ke Top Saariselka untuk tengok aurora.
Jumpa reindeer di tepi jalan. Ohh ye lupa nak cerita..time kami on the way ni kami menyaksikan reindeer mati dilanggar. Kejadian tu macam baru jer berlaku. Driver kereta yang melanggar tu time tu tengah di sisi reindeer yang malang tu. Besar betul reindeer tu..tanduk pun cantik betul. Teringat pula kisah time kami drive di Crotia. Reindeer melintas jalan dengan laju dan hampir nak kena langgar. Fuhh semangat.

Sampai jer rumah di Saariselka..saya terus check nasi dalam rice cooker yang kami masak sebelum gerak ke Rovaniemi..Alhamdulillah elok lagi...hehe. Terus saya buat nasi goreng. Plan asal nak jadikan nasi tu nasi goreng bila day trip dari Rovaniemi..malangnya kena overnight kan. Malang tak malang lah sebenarnya...kenikmatan kut..hehe. 

Inilah dryer yang saya cerita dalam kisah sebelum ni. Dijadikan cerita saya basuh long john saya. Apa lagi....sejuk ngeletar lah atas Top Saariselka tu.

Dah settle nasi goreng yang kononnya nak makan sambil tunggu aurora..kami pun keluar dari rumah dan bergerak ke arah Top Saaariselka. Instinct saya mengatakan aurora akan muncul di sana. My sis berani drive sampai ke puncak...dia cakap tak licin. Tunggu lah kami. Tetiba tempat tu sunyi. Cafe pun tetiba tutup dan kereta yang ada semua turun. Sunyi sepi...gerun lah pulak...hahaha. My sis pun turun ke area bawah sikit yang tak jauh sangat dari resort. Saya ok sikit.  

Tunggu kejap jer tetiba dah nampak kelibat aurora. Bintang-binting yang bemerlapan cukup indah.
Boleh imagine keindahan bintang-bintang yang bertaburan dekat sini?? MasyaAllah tak tercerita indahnya. Aurora ni setiap saat berubah-rubah warna dan bentuk. Saya menangis kesyukuran.
Tempat tu tetiba jadi meriah dengan kedatangan beberapa orang. Saya agak guest resort kat situ. Kami di approach oleh seorang akak dari Switzerland. Dia show photo kami yang dia snap. Cun lah photo tu. Terus dia airdrop ke phone my sis.

Saya time ni sejuk menggeletar sebab tak pakai long john. Gedik gi basuh...hahaha. Kereta tu pulak kalau start engine akan keluar sekali lampu. Tak best lah effect photo terhasil nanti. Menahan lah sejuk saya..haha. Lepas dah puas layan aurora, kami bergerak balik. Nasi goreng pun tak rasa nak makan lagi...pekena pizza sampai kekeyangan kami..haha.
Dah sampai rumah tengok tingkap macam amat dasyat cloudy. Entah kenapa instinct saya mengatakan aurora akan muncul lagi malam tu. Tak puas-puas ni..haha. Saya asyik lah jengok tingkap. My sis dah tired lah malam tu sebab drive seharian dan ditambah naik lagi ke Top Saariselka tu. Dia asyik offer untuk kami keluar malam tu. Saya macam kesian dia lah. Lagi kesian kalau aurora tak muncul nanti. So saya cuba tenangkan hati saya sendiri.
Entah berapa ribu kali menjengok tingkap finally muncullah aurora ni. So strong!!! Terus saya menjerit dan my sis bukannya nak datang tengok...dia kalut pakai jacket untuk kami keluar dari rumah tu.
MasyaAllah the color is so beautiful. Impian saya nak tengok aurora dri accommodation saya stay finally came true. Saya layan this maricle with my full heart. Allah's power is beyond our imagination.
Aurora ni takkan bertahan lama..slowly saya menyaksikan dia berlalu pergi dan terus hilang. My sis dan standby nak keluar. Saya cepat jer bersiap...hehe.
Tengah nak turun tangga..MasyaAllah muncul pula di sini.
Tak berapa nak clear dekat sini. Ni tak jauh dari rumah kami stay tu.
Jumpa pulak di tengah-tengah small town Saariselka ni. So beautiful. Ada sorang mamat China atau Korean join kami. Time ni dah tengah malam. Ada jer orang berkeliaran di mana saja.
Area yang tadinya tak berapa clear dah makin clear. My sis sabar jer ikut saya nak kemana...haha. 
Ni area belakang rumah kami stay tu. I'm so excited. Sebenarnya saya just pakai 1 layer jacket. Seriously saya tak sejuk..hahah. Excited adalah saya perasaan yang akan membuatkan kita active dan berpeluh sehingga kekadang lupa diri....hahaha.
Bukan berdua jer ada kat sini...akak-akak entah dari negara mana pun ada jugak. Depa pun sama excited macam kami...hahaha.
Esok kami bakal tinggalkan Saariselka. Alhamdulillah kami berkesempatan aurora hunting walaupun hanya di small town yang cukup indah ni. Thank you Allah for all the nikmat dan hikmah.
Untuk kali terakhir kami pergi lagi area nak ke aurora hut tu. Beberapa orang yang keluar dari hutan tu saya interview untuk kali terakhir. Salah sorangnya saya agak dari UK..dia macam frust sebab nampak hijau jer. Isk..dasar tak bersyukur...hahaha. Then saya pun cakap lah..tadi kita orang ke Top Saariselka...nampak colourful...hehe.
 
Sampai di sini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi di next chapter untuk saat-saat terakhir kami di Saariselka. Walaupun nak berakhir di Saariselka ni...kami still experience satu activity amat dasyat..hahaha. Stay tune ya!!
 
Bai..

March 9, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Rovaniemi Part 4

Assalamualaikum..

Kisah di day 4. 

Dalam 6.30am gitu saya macam buka mata dan tengok my sis dah terjaga..just baring-baring gitu. Dia sedar lah saya terjaga. Saya masih mengantuk. So layan dulu lah tidur. Tetiba dalam pejam mata tu saya dengar my sis mengomel. "Bosan lah, takde benda pun nak buat." Selepas tu dengar tak dengar lah dia mengomel pedia ntah. Saya terus bangun ke toilet. Dia macam terkejut lah...hahaha. Lepas settle urusan di toilet saya panggil dia ke meja makan. Dia macam panic lah tengok saya serious..hahaha. Dia fikir saya marah sebab dia bising sampai ganggu tidur saya...haha. 

Saya kenal sangat my sis..dia bukan jenis kalau travel duduk saja gitu. Dia kalau boleh nak hari-hari di negara orang penuh dengan activity. Seolah-olahnya..80% activity dan 20% relax. Bagi dia buat apa travel kalau duduk saja. Saya pulak apa-apa pun ok jer. Nak relax banyak pun ok..nak beractivity pun ok. 

Saya bagi option kepada my sis yang terpinga-pinga saya ajak meeting tu. Idea saya adalah..option 1 kami bungkus semua dan road trip hingga ke Rovaniemi kemudian drop kereta di sana atau terus ke Helsinki. Dan option 2, kami day trip ke Rovaniemi. My sis lebih tertarik option 2. So apa lagi, selepas subuh terus kami bersiap. Time my sis mandi saya buatkan dia nasi goreng untuk dia lebih energy drive. Kemudian dia pack barang-barang dia dalam luggage. Dia minta barang-barang saya untuk masukkan sekali. Punya bodoh time tu saya just bagi dia barang personal sikit jer. Dia pun tak sedar itu jer saya bawa. Dia pula standby kut-kut kami perlu overnight. Saya memang tak terfikir langsung pasal overnight tu.

Dah kenyang driver makan nasi goreng..terus kami bergerak. ETA 3 hours gitu. Kami bergerak pada pukul 8am. Masih gelap tapi tidak lah segelap tengah malam tu. Saya dah bagi my sis kenyang, tapi saya pulak tidak kenyang...hahaha. So request dekat my sis untuk stop kat mana-mana. 


Dalam 1 hour perjalanan gitu, kami jumpa R&R. 


Tengok keadaan macam sunyi jer. Ada pakcik yang jaga cafe dalam ni.

 
Pancake nipis macam saya makan di Norway. Kejap jer saya breakfast..dalam 5 minit gitu. Kemudian kami sambung perjalanan.
 
Memang menarik perjalanan kami ni. Kejap jumpa ladang penuh dengan snow...kejap jumpa tasik dan sungai membeku.
 
Nak jumpa pekan kecik pun susah. Penempatan pulak macam jauh-jauh betul.


Keadaan jalan sepanjang perjalanan. Jarang-jarang nak jumpa kenderaan. Sesekali jer ada bas.


Macam manalah agaknya dorang ni nak beli barang keperluan. Pekan terdekat pun saya rasa dalam 1 jam gitu.


Kemudian kami jumpa lagi R&R tapi cafe ni tak buka.

 
Last R&R kami jumpa. Katanya ada hotel kat sini...tapi kami tak nampak pun. Dan tetiba ada chinese restaurant kat sini...hahaa.
 
Setelah melalui perjalanan yang jauh lama dari sepatutnya kami sedikit panic lah bila fikir bagaimana keadaan nak balik ke Saariselka? Saya pun search lah accommodation yang terdekat. Jumpa yang ni. Jarak accommodation ni ke Santa Claus Village around 20 minit perjalanan. Kami singgah dulu untuk book sebab kami fikir punya fikir, we must overnight.

Accommodation kat sini jenis rumah sebuah-sebuah dan kedudukan antara satu agak jauh. Time ni kami taklah fikir pape sangat. Bila sampai ke reception yang juga seperti sebuah rumah..takde orang. Kami call no yang terdapat di pintu building ni. Mudah betul dorang ni nak check-in kan kami. Kami hanya perlu ke rumah yang bernumber (lupa dah saya number berapa). Ada kunci di pintu rumah tu. Kami terus boleh masuk. Person in charge akan datang di waktu petang. Kami pun bergerak ke rumah yang dimaksudkan tu. Oh ya..dari booking.com harga accomodation kat sini adalah 103 Euro tapi kami deal dengan owner tempat ni hanya 80 Euro jer.

Cun lah rumah ni. Bila saya jengok ke belakang rumah...fuhh hutan belantara. Time ni fikir positive lagi...hahaha.  


Memang perfect lah...semua ada.


Open space untuk kitchen, bedroom dan living room.


Time ni snowing...cantik betul keadaan kat luar tu.


Masuk area ni ada toilet di sebelah kiri dan shower beserta sauna di depan. Bukak pintu tu fuhh tiada tingkap..glass window terus nampak hutan belakang tu...bukak lampu pun suram giler. Masih fikir positive...hahaha.


Ada small room.


Dah settle tour dalam rumah tu kami pun bergerak ke Santa Claus Village.

Saya nak cerita sikit pasal Santa Claus Village ni. Saya tak pernah menyimpan impian nak ke sini. Tidak dinafikan tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong kalau visit Finland. Yang menyebabkan saya tak minat tu adalah kerana tempat ni bagi saya biasa-biasa jer. Nak macam team park pun ada...hahaha. Tapi tak sangka pulak tersampai saya kat sini gara-gara my sis kebosanan...hahaha. 


Sejuk giler lah kat sini. Saya tak rasa nak explore pun tempat ni tapi saya tak sabar nak makan...hahaha.


Saya berpeluang sampai di sini...Alhamdulillah. Tapinya saya tak tau apa yang menariknya tempat ni...hahaha.


Berjalan punya berjalan terjumpa giant snowman...ok yang ni menarik...hahaha.


Saya baru tahu artic circle bermula di sini.


Dengan kuasa bulan...aku menolakmu!! haha

My sis serah kat saya nak cari restaurant. Saya just type di google map "salmon restaurant"...kami di bawa ke hut ni. Saya macam tak percaya lah ini restaurant. Bila bukak pintu...sah restaurant...hahaha. Bila masuk...kami berjumpa lagi chinese Ipoh tu tengah berjamu selera...hahaha. Dorang pun nampak terkejut lah jumpa kami lagi. Berborak lah kejap..dorang macam frust sebab tak nampak aurora. Dah la stay dalam aurora cabin yang mahal tu di Ivalo...tak pulak rezeki nampak aurora...so sad.

Very simple menu. Page belakang untuk drinks. Main dish just open fire salmon dan salmon soup. Kami decide order dua menu tu buat rasa-rasa hehe.


Salmon di bakar depan mata kita.


Dari luar nampak kecik jer..masuk dalam tudiaaa...ramai juga boleh berjamu selera kat sini.


My sis order tea dan saya order berries juice


The taste is so good. Salmon soup tu very creamy yang tidak memuakkan. Salmon dalam tu pun punya banyak. Salmon tupun saya rasa digrill dulu. Untuk open fire salmon grill pun tak kurang sedapnya. Flat bread tu pun lembut dan sedap. Tak cukup lah flat bread tu. Saya recommend sangat beli flat bread ni untuk ole-ole diri sendiri bila balik ke Malaysia. Saya ada beli beberapa jenis roti...letak dalam fridge tahan lama. Sebulan saya breakfast dengan  pelbagai jenis roti Finland...hahaha.


Saya tambah order bun untuk nak cicah dengan salmon soup tu...alahai ini rupanya bun...hahah. Filling tu macam berries...sedap.


Gedik lah saya pun order dessert. Yang putih tu rasanya macam yogurt tapi lagi heavy texture dia dari yogurt..dan yang kuning tu adalah barriers. Untuk dessert ni bagi saya tak order pun takpe...hahaha.

Lepas kekenyangan tak terhingga...kami jalan-jalan hinggalah masuk ke dalam building yang dalamnya penuh dengan souvenir shops. Bolehlah berteduh sekejap sebab sejuk sangat kan. Tak tersangka lagi kami berjumpa pulak chinese Klang...hahaha. Alaa yang amoi yang suruh kami bawak dia jalan-jalan naik kereta tu. Time tu saya tak nampak amoi tu...terjumpa parents dia. Berbual panjanglah kami. Haritu sempat wish happy new year jer kat parents amoi tu...kali ni sempat borak panjang. 

Si mak amoi ni ceritalah dorang tak nampak aurora. Dorang stay dalam aurora cabin di Inari Lake. Saya pun tak naklah cerita yang kami nampak aurora di Lake Inari...kesian pulaklah kan. Excited pulak mak amoi tu sebab esok dah nak ke Helsinki untuk naik cruise sambil membelah ice untuk ke Estonia. Saya time tu dah tahu yang takde ice di permukaan laut nak ke Estonia tu sebab suhu di Helsinki around -1 deg to 3 deg. Tapi saya diam jer lah. Saya pun cakap lah...pandai la anak you all bawak jalan-jalan...syok lah. Si ayah cakap...bawak kita jalan tapi guna duit saya....hahaha.  
 
Kat Santa Claus Village ni ada area untuk reindeer ride..tapi hanya dalam area khas berpagar gitu. Bagi saya, experience saya reindeer ride lagi menarik iaitu di dalam hutan belantara. Saya pun tak sure saya nak enjoy apa kat sini selain makan dan beli sourvenir...hahaha. Tapi yang paling best adalah journey ke sini lah. Officemate saya sorang ni tengah simpan duit nak ke Santa Claus Village ni..nak jer saya cakap jangan bazir duit ke sini..haha.


Entah apa ni.


Saya ajak my sis untuk shopping keperluan nak overnight. Saya tak bawa baju tidur, berus gigi etc. K Citymarket macam Giant di Finland...merata ada. Time ni heavy snowing...so beautiful. Lepas shopping, kami round Rovaniemi city sikit...sikit jer lah. Saya berpeluang menyaksikan frozen river atau lake dan ada orang ramai bersnow mobile atas tu...amazing.

Berbalik hal overnight tu. Sejak di Santa Claus Village saya dah tak sedap hati nak stay dekat rumah kami dah booked tu. Rasa tempat tu macam sunyi sangat. Dah la setiap rumah tu jauh dari satu sama lain. Bila teringat bilik mandi dan sauna yang suram tu terus gerun...hahaha. Saya simpan dulu perasaan tu dalam hati. Kami menuju ke accomodation tu. Sampai jer sah mengerunkan. Dengan keadaan gelap semuanya. Nasib baik kami belum rehat ke apa time mula-mula sampai tu. Kami hanyalah house tour. Kami decide tak nak stay tempat macam tu. My sis call owner tempat tu..dia macam tak agree bila sebut tempat tu scary untuk kami berdua yang perempuan ni tapi dia paksa kami stay jugak. Kami tiada pilihan untuk blah dari situ dengan harapan owner tu tak ambil apa-apa tindakan. Bila dah jadi gini saya pun ceritalah dekat my sis perasaan tak sedap hati tu...rupa-rupanya dia pun sama. Bilik kecik yang ada katil tu dia rasa mengerunkan...hahaha.


Kami meneruskan perjalanana further north dengan harapan jumpalah apa-apa accomodation yang sesuai. Keadaan jalan ketika tu memang gelap betul dan cukup membahayakan bila ada kenderaan lain di arah bertentangan yang membawa debu snow hingga menghalang pandangan. Ada satu kereta laju memotong kami dan bila kami jumpa balik kereta tu..dah berbabas. Ingat senang nak keluar dari snow yang penuh di tepi jalan ni. Tak tahu lah apa nasib dorang tu. 
 
Setelah lebih kurang 1 hour drive, kami sampai di accomodation yang saya jumpa di google map...Korvalan Kestikievari. Bila sampai sayup-sayup dengan huskies atau serigala menyalak..gerun lah jugak. Bila tengok nama tempat tu adalah Korvalan Kestikievari: Log cabins & Husky sledding saya lega lah...mesti huskies dikurung elok..tak datanglah gigit saya. Dah sampai di sebuah building yang kami agak receptionist building kami cuba nak masuk...kunci. So kenalah call number dalam website. Tunggu kejap jer sorang akak datang. Dia explain maximum stay situ adalah 2 nights. Panic lah kami. So my sis explain lah keadaan kami yang bahaya nak ke Saariselka semua. Dia call somebody..Alhamdulillah kami boleh stay malam tu. Kalau nak towel kena bayar...nak bedsheet kena bayar...hahah. Bedsheet kena pasang sendiri ye. Untuk breakfast esok kena order in advance. Malangnya chef dah balik so kami tak sempatlah nak order.
 
Sebelum ke accomodation kami yang time tu tak dapat nak imagine lagi keadaannya, akak tu bawa kami ke building kecik yang dalam tu penuh dengan peralatan ski..boots etc. Kami boleh guna sewenangnya...amboi sewenangnya ye. Akak tu tunjuk lah arah kami perlu pergi. Dia tak bawa pun..kami kena drive sendiri dan park kereta di tepi accomodation kami tu. Sampai jer tempat tu..excited tengok cabin yang comel. Perasaan takut ke apa ke takde dah.
 

Laluan ke cabin kami. Macam semuanya ada guests. Saya baru tengok dalam booking.com, cabin yang berwarna merah tu 4 bunk beds untuk 4 orang stay dan grey adalah queen size bed untuk 2 orang stay.
 

Untuk sampai ke cabin ni kami melalui lebih kurang 8 cabins. Know what? Our cabin yang paling hujung dan terletak hanya 10 kaki ke frozen lake. Bila tengok dari luar, cabin ni kami anggap ada katil jer dan small toilet. Betul ke? See the next photos.


When writing blog i love to explain my accommodation..heheh. Dari entrance nampak ginilah. See? There is more than enough that we needs. Pintu tu nak hala ke toilet.
Oh ya akak tu pesan sapu elok-elok snow yang terletak kat pintu tu takut nanti beku, pintu tak boleh bukak.
 

Everything made from woods. The bed so comfotable. Kami tidur tanpa tutup blind. Alhamdulillah perasaan takut, risau langsung takde. Kami patut stay di sini few days.



Walaupun small cabin, ada meja kerusi, induction cooker, microve, pot dan pans, plate, mug, sugar, salt, tea, cooking oil, espresso. So happy.


Very nice cabin...saya tak rasapun habuk dalam cabin ni. Saya seorang yang sensitive dengan habuk..seriously this cabin is very clean.


Toilet pun bersih. Siap ada bidet lagi.


Photo ni saya ambil dari booking.com. Ni view dari lake. Kalau kami berpeluang menyaksikan aurora kat sini alangkah bestnya.

Nantikan kisah keesokkan harinya kami di sini ye. Dan juga kisah-kisah seterusnya.

Bai..