December 18, 2016

Tokyo (Japan) - Part 2

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di entry yang ke-2. Hari ke-2 di Tokyo barulah bermula hari untuk kami explore bandar yang terbesar di Japan dan juga merupakan ibu negara Japan. Semua orang sedia maklum yang Tokyo ini antara bandar besar yang tersibuk di dunia dan juga mempunyai transport system yang sangat efficient. Kalau dengar saja cerita mengenai Tokyo ni mesti kita tak berapa nak boleh imagine sangat. Perlu melihat sendiri betapa busynya bandar ini. Eh..dah serupa Wikipedia pulak bercerita...hehehe.

Awal pagi tu kami plan nak visit park dulu. Amboi...awal-awal pagi dah nak cari daun kering..hehehe. Tempat pertama yang akan kami pergi adalah, Yoyogi Park. Keluar jer dari hotel...aduhai sejuknyaaaaa. Setiap kali angin bertiup..dibawa sekali kesejukan. Menggigil jugaklah saya. Padan muka taknak bawa winter jacket. My sis dah pesan tapi saya degil taknak bawak..hehehe.

Bila dah siang, baru jelas sikit suasana area hotel tu. Wahh...JR station dekat giler. Seminit jer jalan dah sampai. Sebelum nak memulakan explorasi, kami beli suica card dulu. Sangat mudah untuk membeli card tersebut. Semuanya perlu dilakukan menggunakan machine. Card ini akan hold deposit sebanyak 500 Yen. Card ini boleh digunakan untuk apa-apa jua transport seperti JR train, subway, metro, monorail,  bus dan juga di 7Eleven atau mana-mana convenience store. 

Untuk permulaan kami meletakkan duit sebanyak 2,000 Yen. Yang boleh digunakan adalah 1,500 Yen. Untuk recharge/top up dan return card ni semuanya perlu dilakukan di machine. Perlu diingat, sebelum naik monorail ke airport nak pulang ke tanah air, mesti return card ini dan dapatkan balance dalam card bersama deposit 500 Yen tu ye!!! Macam my case, ingat ka boleh buat process return card ni di airport. So sad counter untuk return tu dan close ketika kami sampai di airport. Akhirnya terpaksa lah beli air dan snack di 7Eleven. Sekarang saya masih ada card tersebut. Hmm..nampaknya kena ke Tokyo lagi lepas ni...hehehhe.


Inilah machine untuk beli suica card, top up dan return card


Make sure simpan route ini dalam hp anda yer.

Pagi tu kami menggunakan JR train untuk ke destinasi. Yang bestnya naik JR train ni, kita boleh tengok view. Kalau naik subway, dalam underground memang tak nampak apa lah..hehe. Yang tak bestnya, asyik kena berdiri. Rasa syok bila tengok masih ada pokok-pokok yang berdaun keemasan. Tak sabar nak sampai ke park ketika itu.

Keluar dari Harajuku Station kami terus nampak satu cafe di seberang jalan. Untuk elak tak larat berjalan dalam park nanti, perlulah charge dulu...hehehe. Roti bakar tu sangat lah lembut dan garing di bahagian luar. Kekenyangan saya makan roti tu..hehe. Cafe ni sangat lah kecil..terpaksa berhimpit-himpit dengan customer lain. Walaupun duduk di cafe yang tertutup..selamber jer dorang smoking. Tapi ada macam alat sedut asap, so takde lah rasa sesak nafas dalam tu.


Harajuku station yang berkonsepkan senibina Jepun. Yoyogi Park terletak di arah kanan saya ye. Sila berjalan sikit jer..bila jumpa crossing, silalah cross..di situlah terletaknya Yoyogi Park. 


Nak masuk dalam park ni perlulah melalui pintu gerbang giant ni. Tiang tu agaknya sebesar pelukkan 3 orang kut..hehehe. Ada shrine dalam park ni. Tapi saya tak berminat nak ke situ. 


Tak tahu apa benda tong-tong yang tersusun ni..nampak unik sebab tu rasa nak bergambar...hehehe


Jumpa daun ni..excited dah..hehehe. Momiji leave ni ada yang berwarna kemerahan, kekuningan dan oren. Bila tengok dalam park tu, pokok semua berdaun hijau jer..hmmm...mana pokok berdaun kemerah dan kekuningan tu?? Tak jauh dari laluan utama park tu, saya ternampak macam ada pondok untuk masuk dalam park yang lain. Entrance fee sebanyak 500 Yen dikenakan untuk masuk ke dalam park tersebut. Dari kejauhan saya dah nampak pokok-pokok yang teringin sangat saya nak tengok itu. Tanpa fikir panjang terus saya ajak my sis..hehehe. 


Laluan sebegini disediakan dalam park ini. Terpegun saya saksikan keindahan ini. Sangat mendamaikan. Kicauan burung mengalu-alukan kedatangan kami. Udara yang disedut sangat fresh. Tak sangka park yang sangat indah ini diluarnya terdapat bandar yang sibuk.


I fall in love with autumn. Saya snap semua photo dari hp saya. Tertinggal camera kat rumah..on the way ke airport baru teringat. 


Tak dapat yang gambarkan kecantikan autumn ni dengan kata-kata. Angin yang bertiup membuatkan dahan-dahan pokok melintuk-lintuk. Daun kering yang beguguran membuatkan daku terpegun..Ya Allah..terima kasih mencipta suasana yang sungguh hebat ini. Dan aku bersyukur dengan kesempatan yang Engkau berikan ini..


Cuaca sangat cun that day. I love clear blue sky :)


I love this view..dah macam wallpaper kan?? Hehehe


Daun kat sini totally kering. 


Ada tasik yang sangat menenangkan kat sini. Jika saya stay di Japan, akan saya datang selalu di sini sambil picnic atau lepak-lepak sambil baca buku. 


Ada ikan dalam tasik ini. Dalam handbag saya ada biskut..syoknya bagi makan ikan..hehehe


Lalangpun jadi kering..Saya and my sis lepak-lepak kejap di tepi tasik tersebut sambil biar matahari menghangatkan kami sekejap. Walaupun suasana seolah panas, tapi sebenarnya sangat lah sejuk. Jika angin takde, boleh juga bertahan. Bila angin bertiup...aduhh..sejuk sangat.


Dah puas hati dalam park tu, kami bergerak keluar. Next destination kami adalah Takeshita Street. Takeshita Street ini adalah opposite Harajuku Station. Masuk jer dalam street tu..aduhai manusia..berganda ramai dari yang masuk park..hahahhaa. Kat park lagi menarik daripada bershopping kut..hehehehe. Kami ke sini tak lain dan tak bukan..nak cari makanan untuk lunch la..hehehe. Setiap kali travel bab makan ni memang keutamaan..mesti cukup 3 kali sehari..hahahaha. Street ini saya agak panjangnya dalam 1km - 2km gitu. Kiri dan kanan penuh dengan kedai-kedai souvenir dan pakaian.




Banyak kedai yang menjual crepe yang dibentukkan seperti kon ni. Sedikitpun saya tak berminat nak try...macam manis sangat jer. Lain pula bagi orang lain...sanggup beratur panjang nak beli crepe ni.


Saya lebih berminat nak cuba yang berwarna coklat tu..


Bila berjalan ke depan sikit..alamak..yang ni lagi nampak sedap. Dessert coklat yang saya beli tu belum gigit lagi pun. Bila saya cakap saya nak beli yang ni pula..my sis dah bising. Dia tak suka saya membazir. Betul juga cakap my sis..terpaksalah lupakan hasrat nak beli yang ni..hehehe. Penuh dengan makanan manis kat Tokyo ni. Sampaikan saya rasa muak tengok dessert..hahahha.


Kebetulan sangat jumpa halal food kat sini. Time tengah berjalan tu kami nampak ada orang pegang advertisement board restaurant. Kami nampak simbol halal kat board tu. Terus lah kami tanya dia kat mana restaurant tu. Rupa-rupanya ada food court kat building depan kami. Perlu naik 1st floor ye. Memang susah nak tahu tempat tu sebab takde signboard. Silalah perhatikan orang yang pegang board time melalui street ni ye. 


My sis order nasi bersama ayam dan ada mash potato. Saya pula order japanese pancake bersama ayam. Ala..pancake ni yang macam jual kat Jusco tu..ada tepung, kubis..sos kat atas tu sedap sangat!!! 

Untuk next entry saya akan share experience kami di park yang seterusnya :) 

December 17, 2016

Tokyo (Japan) - Part 1

Assalamualaikum..

Dengan ini bermulalah stori-mori pasal Tokyo, Japan...hehehe. Hopefully saya tak tangguh-tangguhkan entry sampai cerita dah jadi basi..hehehe. Selama ini asyik dengar orang cakap kos nak ke Japan ni mahal..bila dah diri sendiri yang mengalaminya, takde lah mahal sangat. Dengan itu, rasa nak ke Japan ni every year..hehehe. Macam selalu, setiap kali trip, saya mesti akan pergi dengan my sis jer. Plan nak pergipun dalam 2 bulan lepas. Tengah relax-relax, saya tanya my sis..

Saya : Ada tak mana-mana tempat yang boleh tengok autumn tahun ni? Dan lama teringin nak tengok. 

My sis : Tokyo!!!! 

Saya : Hah? Japan lagi? baru awal tahun ritu dah gi Hokkaido then lu pun baru gi Osaka dan Kyoto time hari raya ritu. (My sis sangat sukakan Japan sampaikan buat solo trip baru-baru ni)

My sis : Alah, jom la..wa janji kita spend dalam RM2k - RM2.5k gitu.

Saya : Hmm..ok lah. 

Then bila buat costing, budget kami memang munasabah. Tanpa fikir panjang, terus kami beli flight ticket. Kena pula Selangor ada cuti panjang 4 hari direct sempena Maulidur Rasul dan hari keputraan Sultan Selangor. Saya just apply cuti 2 hari saja. Agak singkat trip ni, tapi apa boleh buat itu jer cuti yang mampu saya apply memandangkan kerja banyak kat office. Saya nak kena juga reserve cuti untuk trip yang lain sebab my manager dah warning, no more unpaid leave. 

Tujuan nak ke Tokyo adalah melihat autumn, tetapi masa yang kami pilih untuk ke Tokyo agak terlewat. Bulan December patutnya dah masuk winter. Bila tengok mana-mana website mengenai autumn di Japan, rata-rata menunjukkan awal bulan December dan berakhir autumn. Harapan kami ketika itu adalah, masih ada sisa autumn yang dapat kami lihat. Nantikan kisah seterusnya adalah kami berkesempatan atau tidak melalui pengalaman autumn di Tokyo :)

Kami tiada pilihan untuk memilih flight. Hanya Air Asia yang offer harga murah ketika itu, dalam RM1k return. Semangat nak tengok daun kering punya pasal, pejam mata lah beli ticket..hehehe. Flight kami depart dalam pukul 3.30pm dan sampai di Haneda Airport dalam pukul 10.30pm waktu Japan (Japan cepat 1 hour dari Malaysia). Dari pembacaan saya dari blog lain, banyak yang risaukan tak sempat nak naik train ke city sebab sampai agak lewat dan process imigresen yang lambat. Ada blogger overnite di airport dan ada yang ambil hotel berdekatan airport. Apa yang berlaku kepada kami malam tu sebaliknya. Process melepasi imegresen sangat sekejap. Apa perlu buat selepas melepasi imigresen ?

1) Berjalan kedepan sikit akan jumpa tourist information. Sila ambil pamphlet apa-apa yang patut. 
2) Tanya kat amoi yang jaga counter tu macam mana nak guna free wifi.
3) Pergi ke machine yang membolehkan kita register free wifi. Tak jauh pun dari tourist information tu
4) Tak jauh dari tempat tu, dah boleh nampak machine untuk beli ticket monorail. Ikut signboard kat mana nak tunggu monorail. Tak perlu nak jalan jauh pun.


Mesin untuk register free wifi. Mudah jer..ikut step-step yang terpapar di screen

My sis dah book bilik di area Higashi-jujo. Namanya adalah Hotel Flexstay Inn. Dari airport kami naik monorail dan stop di Hamamatsucho Station. Dari station tu kami kena pulak tukar naik JR line. Time ni lah berlaku kejutan budaya. Walaupun time tu dah nak dekat pukul 12 tengah malam, manusia berpusu-pusu. Dah la dengan luggage bag bagai, terkedek-kedek nak naik tangga..sesak betul nafas time tu..hahahha. Bila dah nak tukar dari monorail ke JR line, kena lah naik turun tangga..so bersedia lah ye. Tak perlu keluar station pun.

Tengok orang ramai semuanya berjacket tebal. Saya hanya pakai jacket jeans yang tak berapa tebal. Dalam hati saya tertanya-tanya, sejuk sangat ka?? Tengok dalam weather forecast dalam 10 - 16 deg. Saya memang tak bawa winter jacket pun. Teruskan membaca entry seterusnya, adakah saya dapat bertahan dengan keadaan sejuk di Tokyo?


Siap-siap simpan dalam hp anda step-step nak sampai ke hotel. 


Sebelum ke Tokyo, silalah siap-siap simpan route train yang perlu kita naik supaya tak tercari-cari nanti. Dah naik JR train, tunggu lah sampai Higashi-Jujo Station. Banyak juga stopnya..dalam 9 stops gitu. Perjalanan dar airport hingga ke hotel ni lebih kurang sejam jugaklah. Dari Higashi-Jujo, kami just berjalan dalam 2 minit jer dah sampai hotel. Dekat giler lah.

Masuk jer bilik, my sis terus rasa frust. Rupa bilik tu tak sama langsung dari gambar dalam booking.com tu. Bilik tu macam buruk jer. Then saya cakap lah..dah ok dah tu. Saya langsung tak perasaan rupa bilik tu sebelum ini. Saya check seluruh bilik tu..semua nampak ok walaupun rupa buruk. Tilam, bantal dan cadar semuanya elok. Toilet pun bersih. Toilet disekalikan dengan bidet tau...hehehe. Ada sink di luar toilet. Plug point pun ada lebih dari 4. Almari nak simpan barang pun disediakan. Tiada apa-apa cacat cela nya bilik ini. Setelah yakinkan my sis yang bilik tu lebih dari ok..baru dia dapat terima. Kalau tak dia dah nak ajak tukar hotel..hehehe.


Towel yang disediakan bersih dan tiada bau yang tidak menyenangkan


Warna curtain tu yang membuatkan bilik ni nampak buruk..hahaha


Toilet yang bersih

Oh ye, lupa nak cerita. Time tunggu my sis uruskan nak check-in, saya sempat sembang dengan sorang minah Terengganu nak juga stay kat hotel tu. Saya buat dialog sikit ye..hehehe

Saya : Dah berapa hari kat sini?

Minah Terengganu : Dah 4 hari.

Saya : Datang bereapa orang? (sifat bz bodi saya memang melampau..hehehe)

Minah Terengganu : Semua 10 orang. Yang lain tengah berkemas esok dah nak check-out pastu nak check-in hotel kat area airport. Berdua jer ke ni? Berapa hari kat sini?

Saya : A'a berdua jer. Ok tak bilik kat sini?

Minah Terengganu : Kecik giler..1st time saya duduk bilik kecik camni. Orang tu garang giler..(sambil dia tunjuk laki Jepun yang entertained my sis untuk check-in)

Saya : Kitaorg datang ni nak tengok autumn…ada lagi tak ek??

Minah Terengganu : Ada lagi. Saya baru balik dari Mount Fuji petang tadi. Tak nampak pun Mount Fuji. Ingat ka ada snow, snow pun takde. Penat jer. Kawan-kawan yang di Korea sekarang dapat pula tengok snow. Kulit jadi kering habis. (Kekecewaan terpancar dari wajah dia). Barang kat sini mahal giler. T-shirt bodoh-bodoh pun dah RM40 lebih duit kita. Key-chain dan fridge magnet pun satu sampai berbelas-belas duit ringgit kita. (Saya tak terkejut sangat perkara tu sebab di Hokkaidopun harganya macam tu. Nak beli souvenir kat orang pun tak mungkin akan saya beli. Untuk diri sendiri maybe akan beli lah)

Saya : Kalau nak tengok snow, kenalah ke Hokkaido. Sekarang ni dah ada dah snow.

Minah Terengganu : Dari sini jauh tak? 

Saya : Jauh..nak kena naik flight. Naik train ntah2 berbelas-belas jam. (Saya agak-agak jerlah..heheeheh)

Bila dah sembang sikit-sikit dengan dia, rasa risau pula tak dapat tengok rupa Mount Fuji. Kata orang agak susah nak tengok Mount Fuji dengan clear. Kekadang diliputi oleh awan. Nantikan next entry jugak ye untuk tahu kesudahan yang kami dapat tengok atau tidak Mount Fuji..hehehe.

Malam tu saya tak berapa boleh tido..begitulah 1st day di tempat orang. Nak sesuaikan tempat tido memerlukan masa..hehee. Tak sabar nak visit park keesokkan harinya. Ikut weather forecast, cuaca adalah cerah untuk 1st 3 days kami di Tokyo dan hujan pada hari terakhir kami. 

Nantikan entry yang seterusnya. Bai



December 15, 2016

Tokyo, Japan - Intro

Assalamualaikum...

Lama betul tak menaip...hmmm. Cerita pasal Langkawi saya hold dulu lah ek. Macam takde idea nak menulis sangat. Ni haa ada cerita baru..hehehe. Yang ni belum tahu lagi ada ke tak idea nak menulis. Entry ni just into dulu lah ek. 

Saya baru jer balik dari Tokyo pagi semalam. Tokyo adalah trip kedua saya ke Japan dalam tahun ini. Awal tahun ni saya ada ke Hokkaido. Di Hokkaido lah saya dapat melihat snow buat pertama kalinya dalam hidup saya ni. Dan di Tokyo pulak adalah kali pertama juga saya dapat melihat autumn. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi yang memberi kesempatan untuk saya menyaksikan kedua-dua musim ini. 

Saya share dulu beberapa photo yang tak seberapa ni ye. Semua photo saya snap pakai hp saja sebab terlupa nak bawa camera :(


Golden leaves at Euno Park


Red leaves at Meiji Park

Night at Akihabara


Sunny day at Imperial Palace



Sunrise at Mount Fuji. View dari Lake Kawaguchiko

Ada banyak peristiwa manis dalam trip kali ni. Walaupun sekejap saja di bumi Japan ini, pengalaman yang saya alami sangat-sangat tidak dapat dilupakan. Nantikan cerita yang seterusnya dari saya ye ;)

September 3, 2016

Pantai Cenang (Pulau Langkawi) - Part 1

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Inilah entry pertama saya untuk trip ke Pulau Langkawi. Memang dah lama saya menanam azam nak ke Langkawi. Kali pertama saya jejak Langkawi adalah lebih dari 10 tahun lepas. Ketika itu saya mengikuti lawatan sambil belajar untuk subject geology di UiTM. Ketika tu camera pun takde, duit pun takde...hahahaha. Orang lain beli coklat banyak-banyak, saya mampu beli tray untuk mak saya. Alhamdulillah mak guna sampai sekarang. Boleh la nak letak jar dengan 6 biji gelas untuk serve minuman..hahaha. Mak saya jaga elok-elok tray tu sampai sekarang masih nampak baru. Rasanya RM10 jer kut saya beli..hahaha.

Seperti biasa, my travel partner saya adalah my sis. My sis beli flight tic 2 minggu sebelum kami fly. Dia just tengok-tengok harga tic jer time tu. Bila tengok return tic dalam RM121, terus dibelinya. Apa lagi, melompat lah saya kegembiraan..hahahaha. Memang teringin sangat nak kembali ke Langkawi. Saya ke Langkawi pada 19 August  - 22 August 2016. Kejap jer pun..hehehe.

Flight kami adalah pada pukul 7.30pm dan delay sehingga pukul 8pm. Just sejam jer dalam flight. Tak sempat nak tidor ke apa ke. Turun dari flight, wahhh...cantik betul malam tu. Bulan mengambang penuh.



Cuaca yang cukup sempurna untuk saya dapat melihat bulan purnama


Kami terus menghala ke luar pintu untuk berjumpa dengan wakil kereta sewa yang kami dah book. My sis booked dari http://www.mrplangkawi.com/. Deposit RM50 kena bayar ketika book tu. Kami memilih Viva Auto. Puas hati dengan harga dan condition kereta itu. Harganya adalah RM60/sehari. Process nak ambil kereta senang betul, bayar balance payment lepastu letak deposit RM50. Kereta pun dah standby depan pintu time nak exit tu.

Jalan di Langkawi clear jer. Traffic light pun tak jumpa rasanya time kami menghala ke pantai Cenang. Tak jauhpun dari airport nak ke Pantai Cenang. Rasanya 15 minit kut dah sampai. Kami stay di Sunset Beach Resort. Sebab utama kami memilih resort ini adalah, resort ni ada private beach. Kami ke Langkawi nak release tension, memang sesuai sangat pilihan resort ni. Jom tengok review saya berkenaan resort ini.

Sampai jer di parking resort, ehh...suramnya. Menakutkan pun ada. Tapi kami berfikiran positive. Saya hanya perlu isi form, then ambil kunci. Pekerja resort tu suruh bayar balance payment esok jer. Tak perlu apa-apa deposit. Untuk kebilik kami perlu melalui laluan jalan kaki yang kiri kanannya penuh dengan pokok-pokok kecil. Di celah-celah pokok tu, sesekali ternampak patung-patung batu setinggi 2 kaki. Pelik lah patung-patung tu. Saya taknak fikir sangat tapi fikir jugak...hahahha. Lampu yang dipasang malap sepanjang laluan. Bilik kami walaupun tak facing beach, deruan ombak jelas kedengaran. Dalam kegelapan, tak sesuai kut ke beach lagi. Kami just masuk bilik dan rehat dalam 10 minit macam tu. Puas hati betul bilik kami. Toilet sangat bersih dan selesa. Ada banyak tempat boleh letak barang. Curtain agak ngam-ngam jer dengan tingkap. Saya gunakan luggage saya untuk himpit curtain..hehehe.



Puas hati dengan keadaan bilik


Perut memang dah lapar sangat. Kami menghala ke arah area yang meriah dengan deretan kedai dan restoran. Crowded betul tempat tu padahal time tu dah pukul 11 malam. Tourist nampak di mana saja. Parking tersangat limited. Parking yang tersedia di sepanjang area crowded tu cumalah side parking di kiri kanan jalan. Kalau hegeh-hegeh sikit nak parking, sure kena hon dan kena maki. 



Dah penat memilih restoran, akhirnya kami singgah di restoran thai. Lupa pula namanya. Teringin sangat nak masuk sebab ada pulut mangga. Terus saya order pulut mangga ni. Sedap sangat. Saya ni suka makan pulut yang dikukus jika hendak dimakan bersama durian atau mangga. Jika pulut yang ditanak, saya tak suka. Mangga tu aduhaiii manis sangat. Tak salah saya, harga ni dalam RM10-RM11. Santan tu wajib ada..kalau tak, tak lengkaplah.



Pulut mangga tu patutnya consider dessert lah kan...tapi, itu pula yang saya habisan dulu. Hahaahha. Sekali lauk-pauk sampai, slow sikitlah nak habiskan. Makanan kat sini biasa-biasa jer, cuma pulut mangga jer yang luar biasa sedap..hahahaha.

Dah kenyang, kami hanya jalan-jalan area sekitar. Banyak stall jual souvenir, kain baju. Harga makk aii, mahal jugak. Keadaan ramai area tu buat saya cuak jugak lah. Yela, dah pernah hilang handphone kan..handbag saya pegang kuat-kuat Mata menilau tinjau keadaan sekeliling. Dah terlalu lewat time tu, dalam pukul 12 jugak la. Akhirnya kami balik ke bilik. 

Saya tak berapa boleh tido. Hati tak tahan dengar deruan ombak. Macam tak sabar nak tunggu siang. Tido kanan tak lena, tido kiri tak lena. Last-last nganga sampai ke pagi. Esok tu, bila tengok langit cerah sikit dalam pukul 7 lebih cmtu. Terus saya cakap kat my sis, saya nak gi pantai. Sayapun sorang-sorang la berjalan ke pantai. Hati ni melonjak-lonjak nak tengok laut. Lama dah tak tengok. 

Keadaan dah tak macam 10 tahun dulu. Dulu, air agak tenang. Selamat nak mandi. Bila tengok keadaan ombak, memang tak sesuai nak berenang bagai. Angin bertiup kencang, sejuk betul. Saya lepak-lepak kejap bawah pokok kelapa.


Saya duduk jap berfikir, hmmm...rasanya nak kena jugak buat island hopping. Kalau tak macam mana nak mandi laut. Maybe gi pulau leh mandi laut. Ikutnya kami takkan buat island hopping. Tapi macam kena buat pulak saya rasa. Sebabnya, saya nak mandi di laut yang lebih selamat.




Laluan dari pantai ke bilik. Saya round seluruh area resort ni. Sesekali terserempak penghuni resort ni, mesti ada cakap hello ataupun good morning. Resort ni seolah kami saja local...yang lain semua mat salleh.



Ini just panel saja untuk hiasan. Resort ni bertemakan Bali style



Saya suka la tengok pokok macam lalang tu.



Ini laluan yang kami lalu pada malam tu. Agak jauh kami berjalan sebab bilik kami boleh dikatakan di hujung juga. Sebab tu boleh dengar deruan ombak.



Patung pelik..eeeeiiii



Resort ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Minda terasa fresh bila tengok kehijauan pokok. Udara yang dihirup terasa segar sangat. 


Pokok ni senang nak maintain, letak air jer. Tapi kena hati-hati jentink-jentik la. Walaupun resort ni penuh dengan pasu dan bekas bertakung macam ni, takde nyamuk pun. Apa-apapun, saya amat berpuas hati stay di Sunset Beach Resort ni. Tempat ni cantik, pantai menenangkan hati, udara fresh dan bilik saya menyelesakan.

Untuk next entry, saya share pula activity islang hopping yer. Sampai di sini dulu....baiii.


August 30, 2016

Dessert @ Rimba & Rusa (Kota Damansara)

Assalamualaikum..

Hai semua..kali ni saya nak share tempat makan dessert yang best. Restaurant ni namanya Rimba dan Rusa. 1 petang baru-baru ni terasa sangat nak makan bread pudding. Cuba-cuba la masuk restaurant Rimba dan Rusa ni. Tup-tup bukan setakat bread pudding, sekali dengan pulut mangga pun ada. Memang terbaik lah. Tengok harga...telan air liur beberapa kali. Sekali my sis cakap dia lanjer..hah tunggu apa lagi..terus angguk-angguk nak!!! Ahahhaha. 


Bread pudding ni sangat sedap. Kalau sorang makan memang boleh kenyang tanpa order apa-apa main course. Maybe saya kut..orang lain mesti ada main course sekali kut...hehehe. Vanilla sauce tu tak muak. Minum pula black coffee..memang good combination!!!



Gluppp...tak salah saya, bread pudding ni harga dalam RM18 - RM20



Pulut mangga ni pula sikit sangat. Dah la tersangat sedap, sikit pula. Mangga pun manis. Dalam 3-4 sudu..habis dah..hahahha. Harga yang ni tak salah saya dalam RM10. Ada beberapa dessert lagi yang saya belum cuba..next time lah. 


Rimba & Rusa
Ground Floor, Sunway Nexis, 
Kota Damansara, Petaling Jaya. 
Open Tues-Sun, 8am-11pm (Fri, starts later at 4pm)