Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita di entry yang ke-2. Hari ke-2 di Tokyo barulah bermula hari untuk kami explore bandar yang terbesar di Japan dan juga merupakan ibu negara Japan. Semua orang sedia maklum yang Tokyo ini antara bandar besar yang tersibuk di dunia dan juga mempunyai transport system yang sangat efficient. Kalau dengar saja cerita mengenai Tokyo ni mesti kita tak berapa nak boleh imagine sangat. Perlu melihat sendiri betapa busynya bandar ini. Eh..dah serupa Wikipedia pulak bercerita...hehehe.
Awal pagi tu kami plan nak visit park dulu. Amboi...awal-awal pagi dah nak cari daun kering..hehehe. Tempat pertama yang akan kami pergi adalah, Yoyogi Park. Keluar jer dari hotel...aduhai sejuknyaaaaa. Setiap kali angin bertiup..dibawa sekali kesejukan. Menggigil jugaklah saya. Padan muka taknak bawa winter jacket. My sis dah pesan tapi saya degil taknak bawak..hehehe.
Bila dah siang, baru jelas sikit suasana area hotel tu. Wahh...JR station dekat giler. Seminit jer jalan dah sampai. Sebelum nak memulakan explorasi, kami beli suica card dulu. Sangat mudah untuk membeli card tersebut. Semuanya perlu dilakukan menggunakan machine. Card ini akan hold deposit sebanyak 500 Yen. Card ini boleh digunakan untuk apa-apa jua transport seperti JR train, subway, metro, monorail, bus dan juga di 7Eleven atau mana-mana convenience store.
Untuk permulaan kami meletakkan duit sebanyak 2,000 Yen. Yang boleh digunakan adalah 1,500 Yen. Untuk recharge/top up dan return card ni semuanya perlu dilakukan di machine. Perlu diingat, sebelum naik monorail ke airport nak pulang ke tanah air, mesti return card ini dan dapatkan balance dalam card bersama deposit 500 Yen tu ye!!! Macam my case, ingat ka boleh buat process return card ni di airport. So sad counter untuk return tu dan close ketika kami sampai di airport. Akhirnya terpaksa lah beli air dan snack di 7Eleven. Sekarang saya masih ada card tersebut. Hmm..nampaknya kena ke Tokyo lagi lepas ni...hehehhe.
Bila dah siang, baru jelas sikit suasana area hotel tu. Wahh...JR station dekat giler. Seminit jer jalan dah sampai. Sebelum nak memulakan explorasi, kami beli suica card dulu. Sangat mudah untuk membeli card tersebut. Semuanya perlu dilakukan menggunakan machine. Card ini akan hold deposit sebanyak 500 Yen. Card ini boleh digunakan untuk apa-apa jua transport seperti JR train, subway, metro, monorail, bus dan juga di 7Eleven atau mana-mana convenience store.
Untuk permulaan kami meletakkan duit sebanyak 2,000 Yen. Yang boleh digunakan adalah 1,500 Yen. Untuk recharge/top up dan return card ni semuanya perlu dilakukan di machine. Perlu diingat, sebelum naik monorail ke airport nak pulang ke tanah air, mesti return card ini dan dapatkan balance dalam card bersama deposit 500 Yen tu ye!!! Macam my case, ingat ka boleh buat process return card ni di airport. So sad counter untuk return tu dan close ketika kami sampai di airport. Akhirnya terpaksa lah beli air dan snack di 7Eleven. Sekarang saya masih ada card tersebut. Hmm..nampaknya kena ke Tokyo lagi lepas ni...hehehhe.
Inilah machine untuk beli suica card, top up dan return card
Make sure simpan route ini dalam hp anda yer.
Pagi tu kami menggunakan JR train untuk ke destinasi. Yang bestnya naik JR train ni, kita boleh tengok view. Kalau naik subway, dalam underground memang tak nampak apa lah..hehe. Yang tak bestnya, asyik kena berdiri. Rasa syok bila tengok masih ada pokok-pokok yang berdaun keemasan. Tak sabar nak sampai ke park ketika itu.
Keluar dari Harajuku Station kami terus nampak satu cafe di seberang jalan. Untuk elak tak larat berjalan dalam park nanti, perlulah charge dulu...hehehe. Roti bakar tu sangat lah lembut dan garing di bahagian luar. Kekenyangan saya makan roti tu..hehe. Cafe ni sangat lah kecil..terpaksa berhimpit-himpit dengan customer lain. Walaupun duduk di cafe yang tertutup..selamber jer dorang smoking. Tapi ada macam alat sedut asap, so takde lah rasa sesak nafas dalam tu.
Harajuku station yang berkonsepkan senibina Jepun. Yoyogi Park terletak di arah kanan saya ye. Sila berjalan sikit jer..bila jumpa crossing, silalah cross..di situlah terletaknya Yoyogi Park.
Nak masuk dalam park ni perlulah melalui pintu gerbang giant ni. Tiang tu agaknya sebesar pelukkan 3 orang kut..hehehe. Ada shrine dalam park ni. Tapi saya tak berminat nak ke situ.
Tak tahu apa benda tong-tong yang tersusun ni..nampak unik sebab tu rasa nak bergambar...hehehe
Jumpa daun ni..excited dah..hehehe. Momiji leave ni ada yang berwarna kemerahan, kekuningan dan oren. Bila tengok dalam park tu, pokok semua berdaun hijau jer..hmmm...mana pokok berdaun kemerah dan kekuningan tu?? Tak jauh dari laluan utama park tu, saya ternampak macam ada pondok untuk masuk dalam park yang lain. Entrance fee sebanyak 500 Yen dikenakan untuk masuk ke dalam park tersebut. Dari kejauhan saya dah nampak pokok-pokok yang teringin sangat saya nak tengok itu. Tanpa fikir panjang terus saya ajak my sis..hehehe.
Laluan sebegini disediakan dalam park ini. Terpegun saya saksikan keindahan ini. Sangat mendamaikan. Kicauan burung mengalu-alukan kedatangan kami. Udara yang disedut sangat fresh. Tak sangka park yang sangat indah ini diluarnya terdapat bandar yang sibuk.
I fall in love with autumn. Saya snap semua photo dari hp saya. Tertinggal camera kat rumah..on the way ke airport baru teringat.
Tak dapat yang gambarkan kecantikan autumn ni dengan kata-kata. Angin yang bertiup membuatkan dahan-dahan pokok melintuk-lintuk. Daun kering yang beguguran membuatkan daku terpegun..Ya Allah..terima kasih mencipta suasana yang sungguh hebat ini. Dan aku bersyukur dengan kesempatan yang Engkau berikan ini..
Cuaca sangat cun that day. I love clear blue sky :)
I love this view..dah macam wallpaper kan?? Hehehe
Daun kat sini totally kering.
Ada tasik yang sangat menenangkan kat sini. Jika saya stay di Japan, akan saya datang selalu di sini sambil picnic atau lepak-lepak sambil baca buku.
Ada ikan dalam tasik ini. Dalam handbag saya ada biskut..syoknya bagi makan ikan..hehehe
Lalangpun jadi kering..Saya and my sis lepak-lepak kejap di tepi tasik tersebut sambil biar matahari menghangatkan kami sekejap. Walaupun suasana seolah panas, tapi sebenarnya sangat lah sejuk. Jika angin takde, boleh juga bertahan. Bila angin bertiup...aduhh..sejuk sangat.
Dah puas hati dalam park tu, kami bergerak keluar. Next destination kami adalah Takeshita Street. Takeshita Street ini adalah opposite Harajuku Station. Masuk jer dalam street tu..aduhai manusia..berganda ramai dari yang masuk park..hahahhaa. Kat park lagi menarik daripada bershopping kut..hehehehe. Kami ke sini tak lain dan tak bukan..nak cari makanan untuk lunch la..hehehe. Setiap kali travel bab makan ni memang keutamaan..mesti cukup 3 kali sehari..hahahaha. Street ini saya agak panjangnya dalam 1km - 2km gitu. Kiri dan kanan penuh dengan kedai-kedai souvenir dan pakaian.
Banyak kedai yang menjual crepe yang dibentukkan seperti kon ni. Sedikitpun saya tak berminat nak try...macam manis sangat jer. Lain pula bagi orang lain...sanggup beratur panjang nak beli crepe ni.
Saya lebih berminat nak cuba yang berwarna coklat tu..
Bila berjalan ke depan sikit..alamak..yang ni lagi nampak sedap. Dessert coklat yang saya beli tu belum gigit lagi pun. Bila saya cakap saya nak beli yang ni pula..my sis dah bising. Dia tak suka saya membazir. Betul juga cakap my sis..terpaksalah lupakan hasrat nak beli yang ni..hehehe. Penuh dengan makanan manis kat Tokyo ni. Sampaikan saya rasa muak tengok dessert..hahahha.
Kebetulan sangat jumpa halal food kat sini. Time tengah berjalan tu kami nampak ada orang pegang advertisement board restaurant. Kami nampak simbol halal kat board tu. Terus lah kami tanya dia kat mana restaurant tu. Rupa-rupanya ada food court kat building depan kami. Perlu naik 1st floor ye. Memang susah nak tahu tempat tu sebab takde signboard. Silalah perhatikan orang yang pegang board time melalui street ni ye.
My sis order nasi bersama ayam dan ada mash potato. Saya pula order japanese pancake bersama ayam. Ala..pancake ni yang macam jual kat Jusco tu..ada tepung, kubis..sos kat atas tu sedap sangat!!!
Untuk next entry saya akan share experience kami di park yang seterusnya :)
u r welcome :)
ReplyDeleteCANTIK NYER VIEW ;)
ReplyDeleteSetiap satu ciptaan Allah memang cantik :)
Delete