December 21, 2014

Thailand (Lopburi) Day 2 - Part 2

Assalamualaikum...

Hai semua. Bertemu lagi kita untuk cerita 2nd day di Bangkok iaitu 11 Dec 2014. Malam sebelum tu saya siap-siap set alarm dari hp untuk bangun pukul 4am. Sebabnya kami akan memulakan trip ke Lopburi pada pukul 5am. Ntah mabuk apa ntah..saya boleh lupa hp belum tukar waktu Thailand yang mana lewat 1 hour dari Malaysia. So, pukul 3am saya dah bangun dan mandi...hahahaha. Bila keluar jer toilet..my sis cakap..hey..baru pukul 3 lebih nih..nape cepat sangat nak siap...hhahhaha. Tergelak-gelak la kami pepagi buta tu...hahahaha. Nak tak nak terpaksa la tido lagi..bodo betul.

Seperti yang dijanjikan..kami bersedia kat bawah hotel untuk tunggu Samart datang. Seperti yang saya dah bagitau previous
 entry, Samart ni my sis ambil contact no nya dari blog http://mamaayahaman.blogspot.com/. Contact No nya adalah +6681-699-3221 atau +6689-442-5114. Perlu diingatkan...beliau pandai berbahasa melayu dengan lancar tetapi, tak pandai baca watsup dalam bahasa melayu atau english. Kalo nak senang contact beliau, silalah terus call ataupun voice message dari watsup. Samart ni bila disebut bunyinya macam Samat..tapi dia bukannya muslim..hahaha. 

Lepas jer Samart ambik kami, dia stop depan 7Eleven sebab dia nak beli something. Saya minta my sis tolong belikan mineral water dan woods sebab tekak saya dah start sakit. Tak lama pastu my sis balik ke cab Samart. Rupa-rupanya Samart belanja mineral water dan dia cakap dalam cab dia ada ubat sakit tekak. Bagus betul. Samart ni peramah tapi bukan bz body...itu yang kami suka pasal dia. Satu lagi...dia bukan jenis nak cuba pujuk-pujuk kami tambah duit untuk memana-mana lagi. Dan dia siap highlight yang dia bukan mulut manis. Patutnya 2500 Baht yang kami bayar itu adalah untuk ke Lopburi jer..tetapi last minute saya request untuk singgah Ayutthaya, dia tak tambahpun fee. 

Sambil-sambil drive tu..si Samart ni cter la..dia dengan ayah si Mawar tudung Fareeda tu kawan baik. Siap tunjuk name card si Mawar tu. 1 album name card orang Malaysia dia ada..hahaha. Mostly adalah anggota polis. Yang paling dia bangga adalah...dia kenal adik Sultan Johor..hahaa. Dasyat tul kenalan dia. Saya tanya dia cmner tahu cakap melayu...dia kata dia duduk Brunei 2 tahun..dari situlah dia belajar. Kemudiannya bila di Bangkok, dia banyak communicate dengan kawan melayu dia yang kerja di Malaysia Embassy.  

Dari semua driver yang saya survey charge ke Lopburi, semuanya 3000 Baht ke 3500 Baht. So, charge yang dikenakan oleh Samart ni adalah termurah. Disamping tu, dia dengan senang hatinya jadikan tab dia sebagai internet portable hotspot. So tak boring lah sangat dalam cab. Perjalanan ke Lopburi ni memang jauh..rasanya nak dekat 2 jam lebih. Saya excited sangat nak ke Lopburi ni lepas menyaksikan keindahan sunflower field dari blog Zilla (http://mystoriesmories.blogspot.com/). Zilla ada bagi direction ke sunflower field tu..agak susah nak kesana jika naik train dari Bangkok. Kemudian perlu naik bus dan sebagainya..akhirnya kami decide nak cari driver...hahaha..



my 1st photo yang saya snap...hahaha..impian yang ditunggu akhirnya tercapai..nak letak sunglass kat sunflower...hahaha



 
 
Baru kami tahu nape Samart nak sampai awal pagi di sini...sebabnya adalah untuk elak panas membahang. Awal pagi adalah terbaik sebab rasa suam2 jer.


Bunga matahari yang belum kembang


Nampak tak bulan?? Langit sangat biru...cerah betul that day.


See?? hahaha...saya cabut-cabut permukaan bunga ni..kemudian nampaklah kuaci yang saya makan selama ni. Subhanallah..setiap ciptaan Allah sangatlah unik dan menarik serta memberi manfaat kepada manusia.



Bunga ni agaknya dah boleh ambik kauci dalamnya kut...heehhe...bila pegang..berat sangat. That why tertunduk gini.


Nampak tak ulat atas bunga ni...ulat nilah penyebab kalo kita makan kuaci xde isi sebab isinya dah dimakan ulat ni...hahahha



 
Bunga yang sangat cantik!!!!



Kuaci yang siap dibuang kulit ni sangat lah sedap..tersilap beli sikit. Dah lah murah...haishh


Bunga perhiasan ni pun murah sangat..hanya 20 Baht.

Lepas dah sejam lebih bergambar bersama sunflower, kamipun bergerak ke next destination iaitu Ayutthaya. Sepanjang perjalanan ke Ayutthaya, kami dapat menyaksikan sunflower field yang lain dikiri kanan jalan. Ada jugak yang dah dipotong, ada tunggu masa untuk dipotong dan ada yang belum kembang. Kami tak request untuk stop mana-mana lagi sunflower field sebab bunganya adalah sama iaitu sunflower..hehehe.

Sampai disini dulu ye...next entry adalah Ayutthaya :)

December 19, 2014

Thailand (Bangkok) Day 1 - Part 1

Assalamualaikum,


Gigih menaip entry sambil terbatuk-batuk dan demam. Sedih betul trip kali ni..saya demam sepanjang di Bangkok. Kesian my sis sebab tak dapat nak cover semua tempat yang dia teringin nak pegi kat Bangkok. Ada a few tempat menarik terpaksa skip sebab saya tak mampu nak pegi. Tempat-tempat yang sempat cover pun disebabkan saya memaksa diri untuk bertahan dan tak fikir sangat kesihatan diri. Rasanya saya demam dan batuk disebabkan cuaca Bangkok yang amat panas. Sepanjang di sana Alhamdulillah cuaca sangat-sangat ok. Langit biru..cuaca cerah..perjalanan mudah dan nak cari makanan halalpun senang, sampaikan sambal ikan bilis tersimpan rapi dalam beg..hahaha.

Flight ke Bangkok ni kami beli 2 bulan lepas dengan harga RM344 termasuk pilih seat. Dapat seat sebelah tingkap dan duduk sebelah menyebelah antara satu sama lain adalah wajib. Asalnya kami nak guna bus dari One Utama ke KLIA2...tapi cab service semua refuse. Akhirnya kena la terus naik cab ke KLIA2. Pandai driver cab ni...dekat-dekat taknak anta. Hangus duit tambang bus yang kami dah beli online awal-awal tu.

Sampai jer kat KLIA2..bermulalah operasi melihat-lihat new airport. Mengagumkan jugak. Memang jauh lebih bagus dari LCCT. Restauranpun banyak dan menarik. Kami memilih restaurant Nyonya untuk breakfast. Flight kami adalah pada pukul 1.15pm.



View KLIA2 dari atas flight


Takut susah nak cari makanan kat Bangkok, kami makan siap-siap atas flight. Daging masak kicap tu sedap tapi beriani vegie tu amatlah tak sedap.


Selepas lebih kurang 2 jam lebih..kelihatanlah tanah Thailand dari atas. Padat kan?? 


Yang bahagian tengah-tengah ni tak salah saya adalah temple. 



Bumbung yang berwarna-warni...i like :)

Sebenarnya ketibaan kami di Don Muang Airport akan disambut oleh Samart. Samart adalah warga Thai yang fasih berbahasa Melayu. My sis dapat contact no beliau dari blog http://mamaayahaman.blogspot.com/. Malangnya dia terpaksa cancel last minute. Tapi dia advise untuk naik dan exit di pintu departure hall dan ambik cab yang baru hantar passenger. Dari situ menurut beliau, tambang cab akan murah sikit. Kamipun x sure murah ke tak sebab 1st time ke Bangkok lah katakan...hahahha. 

Ketika kami naik 1 cab ni.driver cab tu masukkan bag kami dalam bonet semua...pastu dia mcm nak ambik payment dari passenger yang dia antar tu. Si mat salleh ni macam dok tawar-menawar dengan driver cab tu...tetiba driver cab tu angkat tangan nak bagi penumbuk kat mat salleh tu. Tapi tak kena la..driver cab tu macam ala-ala je. Menggelabah la kami..my sis siap bukak pintu tanya wife mat salleh tu driver tu kenapa. Kami nak lari keluarpun dah terlambat sebab bag dah dalam bonet. My sis tak sempat nak tanya lebih kat wife mat salleh tu sebab driver tu dah suruh tutup pintu. Kami baca Ayat Kursi sepanjang perjalanan ke hotel.


View ketika on the way ke hotel. Tak sangka building yang paling tinggi itu dalah Baiyoke Hotel yang bakal kami naik...haahah...nantikan next entry untuk pengalaman kami kat building ni. 

Susah betul dapat driver tak paham english langsung...hahaa. Dia tak tau mana hotel kami. Adoiii..berpusing-pusing dia wat macam tahu. 1st dia nak anta hotel sebelah MKB sebab kami bagitau hotel kami dekat dengan MBK Plaza dan sebut Ibis Hotel. Sayapun cakap la kat staff hotel tu suruh bagau driver cab tu camner nak ke Ibis Hotel. Diapun cakap la bahasa thai dengan driver tu. Happy giler dah driver tu bila dia macam dah tahu...hahaha. Sekali sampai hotel apa ntah...salah jugak. Chef hotel tu kebetulan ada area luar hotel tu...sayapun explain la kat chef tu kami nak ke Ibis Hotel. Syukur sangat chef tu explain direction kat driver tu...akhirnya kami sampai...hahaha. Saya isau kena penumbuk jer dengan driver cab tu sebab asyik-asyik tak betul jer dia bawak...hahaha. My sis pulak lupa nak save no fon hotel. Call  Samartpun tak dapat-dapat. 

Tapi nasib baik driver cab tu ok...dia ada kesungguhan nak bawak kami ke hotel. Sebabkan banyak sangat berpusing...kami terpaksa bayar 300 Baht dan 50 Baht untuk toll. Kalo cepat sampai sure dalam 250 Baht gitu jer.


Inilah hotel kami selama 5 malam di Bangkok. Totally dibelanjai oleh my sis...hahaha. Ini percutian kami untuk release tension selepas sibuk dengan career sepanjang tahun. Hotel ini adalah Ibis Hotel Siam yang kedudukannya beberapa kaki dari tangga nak menuju ke BTS station, Really good location and really recommended. 


Building hotel ni share dengan satu lagi hotel yang namanya Mercure Bangkok. See?? Floor yang ada kat lift ni adalah floor milik Ibis Hotel...dan floor yang takde adalah milik Mercure Bangkok. My sis booked floor paling atas dan city view. Waktu malam dan waktu sunrise...anda dapat tengok view yang amat cantik. 


 Bilik airnya memang terbaik...disediakan body liquid and handwash. 



Bilik yang luas


Bahagian untuk meletakkan bag dan sebagainya...hahaha. My space adalah half of table..and my sis adalah sofa...half lagi table, untuk my sis record segala expenses sepanjang di Bangkok..hahaha. Cabinet bawah tu adalah fridge ye. Tak gunapun.



 Setiap hari mineral water akan diberi. Kalau instant drink habispun..dorang top up kan


Diseberang jalan sebelah hotel kami...ada National Stadium..punya la bising sebab ada function apa ntah. 


1st day kami di Bangkok, kami just shopping sikit-sikit di MBK yang tak jauh dari hotel. Best sangat dapat 1 sport shoes dengan harga just 500 Baht....selesa sangat sport shoes tu.



Dari pemerhatian saya, MKB ni banyak menjual barang-barang yang dicopy dari barangan branded. Kasut, bag, baju, jam serta barangan kulit semuanya dicopy. MBK ni juga ada tempat shopping yang dipanggil Tokyu. Kalo kt kampung saya, tokyu tu refer kepada kicap...hahaha. Tokyu ni ala-ala Jusco la. 


Dah penat jalan-jalan...kamipun singgah kat Yana Restaurant. Restaurant ni terletak di Tingkat 5 MBK Plaza. Makanan kat sini murah sikit nak berbanding dengan Absolute Thai kt Malaysia. Makanan kami ni kalo tak salah dalam 600 lebih Baht. Agak-agak dalam RM60 lebih la.

Untuk next entry saya akan ceritakan pengalaman saya melawat sunflower farm dan juga Ayutthaya.

December 14, 2014

December 7, 2014

View From The Sky :)

 Assalamualaikum...

Semua photo di bawah ni adalah collection photos yang saya snap ketika berada di dalam flight :)



Salah satu pulau di tengah Lautan China Selatan ketika on the way terbang ke Sarawak


Ini pulak photo ketika landing di airport Sabah. Pulau ni agak dekat dengan airport



Bumi Abu Dhabi dari udara. Photo ni saya snap ketika on the way nak ke Amsterdam



Dan akhir sekali...bumi Netherland yang penuh dengan canal


November 30, 2014

Photo of The Week

Yellow field or canola flower field in England, UK







November 23, 2014

Photo of The Week

View from Murrays Lookout, Mornington Peninsula, Melbourne.










November 17, 2014

Photo of The Week



The Houses of Parliament, London, UK






November 12, 2014

My 4th Travel Photobook

Assalamualaikum....

Dah lama saya nak buat photobook yang mengandungi photo view kesukaan saya akhirnya tercapai. Photobook ni kali ni bukan saja mengandungi photo2 view sahaja..saya buat nukilan sikit..hehehe. Nukilan yang tak seberapa ni terhasil daripada kesan motivasi di dalam diri. Semoga anda yang membaca nukilan ni akan rasa lebih motivated.



Ada bakat buat sajak tak?? hahahaha



Time idea datang nak tulis sajak pendek ni..rasa bukan main bersemangat lagi...hahaha




Ini bukan kata-kata kosong...ini yg betul2 saya alami & rasai :)



Kata-kata semangat setiap kali membacanya





I love sunset :)



Saya amat sukakan musim bunga :)


Ala-ala pesanan untuk diri sendiri :)



Sekali sekala hayatilah keindahan hari-hari kita..percayalah..setiap hari-hari yang kita lalui itu penuh kenikmatannya!!!



Khas for my travel partner :)


(*_*)

November 9, 2014

Photo of The Week



This is one of my favourite photos. River view at Camdem Market, London. Calm, fresh and clean enviroment.






November 2, 2014

Photo of The Week





Dragon head at Songkhla, Hatyai, Thailand

Kepala, badan dan ekor naga ni duduk di tempat yang berlainan.