May 22, 2014

Amsterdam (City) - Part 1 (Day 1)

Assalamualaikum..

Hai semua..sebelum saya teruskan entry ni, saya just nak tekankan nama saya ZILA dan bukannya ZILLA ye..hehe. ZILLA tu dari blogger yang snap photo cantik-cantik tuh.. oh i like her photo & her travel experience (http://mystoriesmories.blogspot.com) Hai Zilla..gimi 5 :)

Ok..saya mulakan pengalaman saya ketika fly ke Holland ataupun Netherland. Flight saya adalah on 6 May 2014 pukul 3.30am dari KLIA ke Abu Dhabi. Inilah 1st time pegi sana naik flight yang lagi lama selain ke London dulu tuh. Disebabkan my sis dah check-in online, kami hanya perlu drop luggage jer. Pepagi buta tu memang mengantuk sangat. Sementara nak tunggu masuk flight, saya tido jap kat kerusi yang boleh lunjur kaki tu. Oh ye..saya baru tau yang Etihad Airways ni kita boleh pilih seat tanpa charge dan 30kg cargo free. Seat untuk bahagian tepi adalah double seat dan di tengah-tengah ada 4 seats. Saya make sure my sis book seat yang jauh dari tempat sedia makanan sebab nanti pening bau macam-macam sangat dari kitchen dan ofcos la jauh skit dari toilet takut bau yang tak menyenangkan..hehe.


Dalam flight tak berapa nak boleh tido..melayan macam-macam di screen yang disediakan disetiap seat nih..jap movie..jap tengop map flight dah lalu mana..jap main game..hehe


Dalam Etihad ni asyik-asyik bagi makan minum jer..jap biskut dengan air..jap air saja. Chicken pie ni tak salah saya diberi time 1 hour selepas berlepas..nyum-nyum ..sedap. Pepagi buta makan berat gini...hehe. Air boleh pilih macam-macam jenis..jus epal, oren, mango, hot drinks pun bermacam-macam.


Ni dah nak dekat-dekat sampai Abu Dhabi. Kami dijangka sampai Abu Dhabi dalam pukul 6.30am waktu sana.



Sejam sebelum landing...kami diberi breakfast pulak. Order berlainan makanan boleh rasa-rasa. Yang atas tu pancake dan yang bawah tu tak salah saya omelette. 



Boleh nampak banyak sangat construction area Airport Abu Dhabi ni. Ini lah view yang menarik untuk di snap ketika landing.



Inilah tempat transit..lepas kuar dari flight..kena turun tangga flight tu pastu naik bus masuk ke dalam building ni. Manusia ramai sungguh..berlainan bangsa..berlainan warna kulit..semuanya transit kat sini..fuh..ada kerusi selesa sambil lunjur..terlena sampai la my sis kejutkan untuk naik flight ke Amsterdam.


Cantik kan?? Ini jer yang menarik untuk disnap ketika dalam airport ni..hehehe. Pada pendapat saya, agak leceh la transit-transit ni...3-4 jam gitu memang letih lah menunggu. Kalau lama sikit boleh la kuar jalan-jalan tengok apa yang ada di Abu Dhabi tu.



View Abu Dhabi dari atas flight


Melayan movie Frozen.."Let it go..let it go.." hehehe



Dapat snack..mango juice memang terbaik..



Tetiba..eh..apa tu?? adakah...



Ye betul..flight di luar jendela..wow..1st time for me..jakun sikit..hehe



Kemudiannya lunch..my sis pilih nasi arab



Saya pulak pasta with sweet potato..nyummy!!! Kami dilayan oleh stewardess indon..mesra betul dia. 



Sejam sebelum landing...dapat pulak sandwich..tengok dari rupa macam tak menyelerakan..saya return balik kat stewardess tu tapi dia soh simpan makan bebila..hahaha



Dan lebih kurang nak dekat pukul 3pm waktu Holland..bumi Holland kelihatan...Subbahanallah cantiknya..kagum saya dengan bentuk muka bumi Holland ni. Tanah landai..sungai-sungai kecik kelihatan dimana-mana saja..sejuk betul mata memandang


Saya agak bawah ni padang golf


Alhamdulillah selamat sampai di Schiphol Airport. Yang peliknya..tak perlu isi apa-apa form untuk immigration. Time nak chop passport tu..pegawai immigration tu just tanya from where to where and how many days...



 Kalo yang nak beli Holland Pass..sila lah ke sini ye..GWK Travelex office at arrival hall 4. Senang je nak cari..bukan besar manapun airport tu..kalau tak jumpa, boleh tanya kat information center. Saya nasihatkan beli lah online atau bayar guna cash dan elak guna credit card sebab dorang akan charge extra dalam 5%



Keluar je pintu airport tu..tercengang-cengang nak ikut bus stop side mana. Oh ye..lupa nak citer. Kami stay di Inner Hotel area big sign IAMSTERDAM tu..nama area tu adalah MUSEUMPLEIN. Kami dah tahu yang kami perlu naik bus no. 197 (Connexxion namanya). Nasihat saya...tunggu lah bus tu belah orang ramai tu ye.  


Harga ticket bus tu adalah €5.00 per person. Ada satu kisah..ketika bus turunkan kami ke MUSEUMPLEIN, terkial-kial pulak nak cari arah ke hotel. Tengah-tengah nak cross jalan tetiba dengar orang bagi salam..rupa-rupanya seorang driver tram bagi salam..saya cross ke seberang balik untuk mendapatkan dia sebab dia bertanya yang kami nak ke mana dalam slang indonesia. Syukur sangat time tu…saya tanya arah nak ke hotel dan dia bagi kat saya map untuk tram service. 


Dalam 2-3 minit berjalan..sampailah kami kat hotel. Hotel ni duduknya dicelah-celah apartment. Nampak tenteram kan?? Tak dengar bising apapun.



Taraaa...lega sangat time tu bila dah masuk hotel. Hotel ni ada 2 single bed. Satu berhampiran pintu masuk dan pintu toilet..



Dan lagi 1 dihujung sini...boleh bayangkan?? hmmm...di meja itulah saya masak sambil bukak tingkap dan juga on kipas untuk kuarkan asap..hehe. My sis dah sehabis boleh mencari hotel yang sesuai sebabnya nak bilik with private toilet serta ada lift..dan hotel ni lah dia rasa paling sesuai.



Tak lama pastu kami keluar nak explore Amsterdam..hehe..ni dia bunga pertama saya snap..hehe. Bunga ni di area hotel saya..oh ya..lupa nak cter pasal cuaca..ohh..segar sekali..sejuk sungguh tau. Jacket saya pulak nipis..menggeletar la sejuk...



Tempat pertama kami...hehee. Suka tengok padang ni..bersih sangat..menghijau. Dari hotel kami tak jauh sangat berjalan..tak salah saya 2-3 minit gitu. Area sini banyak museum..tapi saya tak minat masuk museum..hehe



Inilah keadaan paling tenang untuk bergambar kat sini..kalau tak, ada yang panjat sampai ke atas dan ada yang pelbagai gaya dan ramai giler..


 Museum


Dengan sisa tenaga yang ada..kami naik pulak tram dengan menggunakan ticket 1 hour ni. Tempat pilihan adalah Dam Square


Macam lukisan kan view ni?? Saya snap time dalam tram. Percayalah..banyak tempat boleh snap view ni sebab Amsterdam ni terlalu banyak bridge, canal dan basikal..hehhehe.

Keadaan jalan raya..sayapun tak paham macamana orang Amsterdam leh paham sistem jalan raya mereka..hmm..tapinya takde langsung jem sebab pengangkutan yang paling banyak adalah basikal..hati-hati melintas sebab orang berbasikal laju betul mengayuh..takut tak sempat brake jer


  Dam Square...time pukul 6pm lebih gitu dah banyak kedai yang tutup



Sesampai je Dam Square, kami terus masuk souvenir shop..yeahhh saya jumpa nih..pack besar tu harganya €2.50 dan saya just beli 2pcs berharga €1 sebab nak rasa dulu..dan rasanya...aduhh manis betul caramel ditengah-tengah waffle tu...tapinya sedap lah :)



Di dalam souvenir shop yang mahal



Keadaan Amsterdam ketika pukul 8pm



Kami balik ke hotel dengan keadaan tired serta lapar sangat sebab 1 kedai halalpun tak jumpa..akhirnya kami merasmikan makanan-makanan yang dibawak..hehe..nikmat betul time tu dapat nasi panas. 

May 20, 2014

Preparation to Holland, Belgium, UK and France

Assalamualaikum...

After CNY baru-baru ni me and my sis punya la dok pilih nak ke mana this year…kejap China..kejap Australia..kejap NZ..dah penat fikir last-last saya tekad nak ke Europe..hehe. Saya cakap kat my sis..takyah nak cover 1 Europe..few countries cukup la sebab tahun-tahun seterusnya boleh pergi lagi..InsyaAllah. So diapun agree selepas sebulan berhempas pulas dok fikir nak beli ke tak flight tic yang makin hari makin naik harganya. Flight ticket yang kami beli 3 bulan sebelum fly adalah RM2,800 ++ (Etihad Airways). Kami memilih untuk fly dari KL ke Amsterdam dan pulang dari Paris sebab itu jer yang harga flight yang paling sesuai yang murah.

Kemudiannya dalam berminggu-minggu pulak discuss hal route...pening tul kepala..haha. Kalau lambat-lambat decide..harga hotel, bus serta train pulak akan naik. Nasihat saya..kalau yang ada intention nak travel ke Europe, kena beli secepat yang mungkin public transport kat sana dan juga book hotel. Sebagai contohnya..lebih kurang sebulan selepas kami dah beli online Euroline Bus serta Eurostar...kami cuba check balik harga time dekat-dekat nk fly tu...harga dah melonjak berganda-ganda..fuhh...nasib baik dah beli.


Lebih kurang 10 hari trip..macam kat atas la route yang kami pilih. Instead of Switzerland, kami pilih UK. Sebabnya budget ke Switz ni melampau-lampau sangat..haha. InsyaAllah tahun-tahun lainpun boleh ke situ nanti. Kalau ikut-ikutkan budget yang ada, boleh je kami nak tambah 1-2 negara lagi..tapi maybe akan touch and go jer lah nanti..tak best arr. Kalau terlalu penat..takut tak enjoy pulak kan..lagipun saya ni bukan ada stamina sangat..haha.

Ok next..saya sesaja nak listkan preparation sebelum kami memulakan trip ni :

1) Beli tic flight ofcos lah yang permulaannya..kemudian pilih route tempat2 yang nak pegi dan mula  survey rate hotel, entrance fee serta transport charges etc.

2)  Costing...ini paling penting. Macam kes saya ni...macam-macam version costing ada..kalau tak salah, 3-4 version jugak lah..haha. Ketika buat costing ni lah kami sambil-sambil buat pilihan yang betul route country mana yang sesuai. Kami tak buat costing dengan ngam-ngam duit yang ada..kami juga allocate duit untuk emergency.

3) Lepas dua-dua pihak agree dengan route serta costing, my sis mulakan tugas dia macam biasa lah..iaitu mula book transport dan juga hotel. Untuk bus dan juga train, my sis terus bayar online. Dan untuk hotel, ada yang 10% bayar online dan ada yang just book saja menggunakan booking.com. Untuk item 1 hingga 3 kami lakukan 3 bulan sebelum fly sebab itu semua yang paling penting dulu.

4) Selepas selesai semua tu...dia booking dan bayar online pulak untuk beberapa tour kami di sana (saya akan share dalam entry akan datang untuk tour apa yang kami guna)

5) Kemudiannya saya mula rajinkan diri baca pengalaman blogger lain yang pernah travel ke europe dan google apa yang patut. Excited tu memang tak terkata lah..hehe. Thanks to blogger di bawah yang sedikit sebanyak memberi info serta gambaran kasar tentang tempat-tempat yang saya pergi :
- http://whatever-lahno.blogspot.com/ 
- http://syiedasyieda.blogspot.com/
- http://blueewoke09.blogspot.com/
- http://syarliz.blogspot.com/
- http://journeyofmylife-noornazuha.blogspot.com/
- http://ayufatarina.com/
- http://www.iamsterdam.com/
Sebenarnya banyak lagi blog saya baca sampai tak terlist kat sini...hehe

 
 Hobi my sis...wat collection untuk reference book. Dia lebih gemar publisher Frommer's..dah cari banyak bookstore takde..so terpaksa la beli Lonely Planet.

6) Seperti trip-trip yang lepas, kami tak berapa puas ketika makan di restorant. Makanya kali ni saya bertekad nak masak ketika di Europe. Asalnya nak beli travel cooker, malangnya sebuah chinese restorant area rumah saya ni yang jual travel cooker tu kehabisan stock. Dan bila tengok Noornazuha boleh jer masak guna rice cooker, makanya saya yakin sayapun boleh..hehe. Siap boleh masak nasi goreng dan sup sayur yer..jom tengok stock yang saya sediakan untuk masak.. 


 Beras tu saya beli 1kg..tak cukup..adoii..sedih tul. Lauk-pauk brand Brahim tu memang terbaik..sedap-sedap belaka. Ada ayam masak merah..rendang..nyummy. Untuk memudahkan..saya just guna paper plate yang pakai pastu buang.

7) Dan saat-saat akhir sebelum bertolak..macam biasa lah..prepare barang-barang personal yang perlu dibawa serta booking cab untuk bawa kami ke KLIA.

Next entry saya akan mulakan day by day pengalaman saya di beberapa negara tersebut..tunggguuuuu!!!

May 18, 2014

Spring in Holland, Belgium, UK & France (Intro)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah selamat sampai di tanah air tercinta setelah nak dekat 2 weeks explored beberapa negara di Europe. 4 negara jer sebenarnya..hehe. Nak cover lebih dari tu memang tak mampu kut..salah satunya sebab kewangan dan keduanya stamina yang tak berapa nak hebat. Kalau dengan budget yang ada memang me and my sis boleh follow tour yang boleh cover lagi banyak negara..tapi malangnya kami tak berapa nak selesa jika sebab utamanya mcm touch n go jer.... dan tak bebas nk spend ikut masa sendiri.

Nantikan pengalaman saya yang akan saya share dalam entries yang akan datang..untuk entry ni saya share dulu sedikit photo yeee..hehe

 1st negara yang saya terjah...Amsterdam, Netherland


 Impian saya since last year...Alhamdulillah tercapai..Keukenhof


 Juga di Amsterdam...Zaanse Schans


 Gent, Belgium


 Bruge...juga di Belgium


 London again...my 2nd time to London sangat-sangat bermakna


 Pengalaman di perkampungan di UK, Cotswold...sangat-sangat best!!


Negara yang tak pernah di impikan...Paris, France..apa-apapun syukur diberi peluang ke negara ni...sangat enjoy!!!