Assalamualaikum..
Sambungan kisah di Xi'an. Our day-3. Kami bakal visit museum yang terletak lebih kurang 1 hour perjalanan dari Xi'an. Dekat museum ni kami bakal menyaksikan terracotta army. Nak tahu asal usul terracotta army tu, boleh lah google. Awal pagi tu my sis test dulu didi boleh ke sana ke tidak..Alhamdulillah boleh. So kami tak lah rush sangat nak keluar, pergi breakfast dulu lepas tu dalam 9am baru book didi.
Memang best lah perjalanan 1 hour tu. Panic pulak saya tengok snow bertimbun sepanjang perjalanan. Saya dah la pakai jacket yang tak tebal sangat. Sebabnya saya boleh tahan dengan suhu dekat Xi'an. Padan muka, bila sampai jer museum tu...haaa hamik tak tahan sejuk...hahaha.
museum ni luas betul dan orang ramai amat sangat. Semuanya dengan satu tujuan, nak tengok patung yang diperbuat dari clay..haha. My sis dah beli ticket dari trip.com.
Snow dah bertukar menjadi ice
Area sekitar luar museum
Ni masih di luar
Jom naik buggy. Bila dah masuk, first sekali kena beli buggy ticket. Jangan nak berjalan masuk...memang jauh. Kena reserve energy sebab nanti nak keluar dari museum area tu kena berjalan kaki.
Ayuhh tengok view
Saya memang berangan nak duduk paling belakang sebab nak snap photo banyak-banyak. MasyaAllah tempat ni cantik. Segala sejuk saya tak peduli.
Winter is dull and gloomy..blank and white..but it's always be my favorite season. Perjalanan nak ke museum lebih kurang 5 minutes
This jacket can consider wind braker la...hahaha. Saya beli di Beijing.
Jom masuk.
Maka sampailah kami ke museum. Saya ni pendek, susah lah nak snap clay army tu. Tapi saya kecik senang nak selit masuk..hahaha. Saya tak boleh imagine keadaan tempat ni bila summer...fuhh.
Yang facing ke sini ni saya tak mampu nak menyelit untuk snap photo...so snap di sisi tepi jer lah...hahaha.
Katanya clay army ni nak protect raja depa kehidupan selepas mati.
Yang ni maybe tak stabil untuk berdiri.
Isk menakutkan la..haha. Luas sungguh lah museum ni.
Tiba-tiba ada satu wajah dia real manusia.
Another museum's building.
View bahagian luar.
Hehehe.
Boleh tahan jauh nak berjalan keluar. Memang sejuk tergedik lah saya...hahaha.
Patut kena jalan dan bukan naik buggy sebab banyak stalls and restaurant area ni
Tak sangka ada halal restaurant mangkuk besar. Dekat luar restaurant ni ada mamat buat mee tarik sambil jerit-jerit. Sebab suara dialah kami tersampai sini..hahaha.
Kami pekena sweet and sour prawn. Alhamdulillah kenyang. Yang ketul-ketul macam doh tu adalah tepung yang digoreng.
So apa opinion saya pasal terracotta army museum ni? Menyaksikan benda tinggalkan sejarah ni bukan minat saya...hahaha. Saya paling suka view area museum tu. I love winter so much.
Alhamdulillah smooth pergi dan balik menggunakan didi. Kami dah takde apa-apa plan petang tu so my sis agak lah saya pergi foot massage. Berjalan dalam 5 minutes macam tu jumpalah satu kedai massage. Layanan best la. Satu bilik tu kami berdua jer. Daripada niat saya nak teman terus saya massage sekali. Esok tu kami bakal ke satu tempat yang menarik lagi. So kaki kena kuat. Nantikan kisah seterusnya..
Bai...
No comments:
Post a Comment