September 1, 2025

Things I Love About Traveling

Assalamualaikum..

I love this blog dan saya tak nak blog ni diam tanpa bicara. Saya menulis di AkuLoveTravel since 2011, means dah 14 years. Ramai blogger yang selalu saya follow dah tak menulis and I miss them so much. Saya doakan mereka semua sihat sejahtera. Ada blogger yang dah setup travel company, tahniah saya ucapkan. Kepada blogger yang stop menulis dan juga stop travel, saya percaya mereka sedang buat sesuatu yang lebih bermakna dari traveling dan syabas saya ucapkan. Tak lupa juga kepada yang suka membaca blog saya ataupun accidently terjumpa blog saya, saya harap blog saya ni memberi manfaat kepada semua. 

Tujuan saya berblog sebab saya suka bercerita yang mana takde pun orang yang suka nak dengar, so saya gunakan blog AkuLoveTravel untuk cerita travel experience saya. Lagi satu sebab saya tak nak lupa segala kisah saya lalui sepanjang traveling. Segala memories...good and bad..its so meaningful. Sementara nak tunggu new trips yang tak kunjung tiba, apa salahnya saya berceloteh sikit. Jom kita berceloteh pasal kesukaan saya ketika travel.


1. Planning
Planning a trip is so fun. Kadang-kadang rasa macam main jigsaw puzzle...haha. For example kalau me and my sis plan nak ke beberapa tempat in 1 trip, untuk ngamkan the flow dari sini ke sini cukup mengujakan. We are not stress or confuse or urge, we discuss dan try and error untuk create the flow. Consider untuk tidak over tired is a must. Saya suka my sis punya style, setiap planning dia akan make sure tidak menyusahkan kami. Biarlah berbelanja sikit untuk kemudahan. Our itinerary sangat simple. Let say kami nak ke UK, 1st sampai check-in area A. Esok pi area B stay 4 nights. Untuk explore 4 nights tu kami just list down attraction places. Bila sampai sana ikut mood nak pi mana satu. Kami tak susun ini dulu itu kemudian etc. So, trip akan jadi santai dan tak stress. Nak planning boleh tapi don't over planning sampai terikat dengan planning tu. Cara kami buat itinerary, kami guna google sheet yang mana kami berdua boleh edit anytime or same time and anywhere. Bila tiba masa dah sampai ke destination, kami just refer offline pun boleh. Bila waktu malam sebelum tidur, my sis akan guna google sheet yang sama untuk record expenses dan juga go through our budget.

2. Journey
We go to another fun thing during travelling...journey. Tengah dalam airport pun dah best. Best tengok orang...hahaha. Saya sejenis melihat ragam orang with no reason...haha. Process for the journey kadang-kadang agak malas nak laluinya. Macam drop luggage, lalui imigresen, tunggu nak boarding, Q nak masuk flight, berhimpit di seat yang sempit, dah sampai nak collect luggage asyik la nasib luggage lambat muncul dan semua ni kena la hadap sebab part of journey. Tanpa kita sedar, experience ni antara yang ajar kita bersifat sabar dan disiplin. Kalau journey drive kereta paling best. Lalu pulak countryside berdouble best. Along the journey tak lain tak bukan boleh lah saya nak try makanan macam-macam.

3. Food
Saya suka sangat try macam-macam jenis makanan yang halal lah of course. Kalau ada makanan serve dalam flight saya dah tergedik tak sabar. Dengar jer bunyi chicken or fish, siap-siap dah standby folding table. Kadang-kadang my sis punya meal saya pilihkan sebab dia tidur...haha. Bila depa serve warm bread MasyaAllah nikmat bagi saya. Spread with unsalted butter then cream cheese...waaaalllahhh. Pernah satu meal ni depa serve ravioli..chef kissed sangat!!! I love it so much. Disebabkan kegilaan saya dengan makanan, sampaikan burung merpati comel pun saya makan...hahahaha. Di Egypt merpati ni dah macam burung puyuh kita makan dekat Malaysia...ni kata-kata nak pujuk diri sendiri ketika makan burung merpati..haha. Bila menulis blog saya suka sangat cerita setiap makanan saya makan. Dengan cara ni memori saya makan setiap makanan di overseas akan sentiasa kekal diingatan bila saya baca balik blog saya. Bak kata orang food is happiness and that is true.

4. Masak-masak
Dah ke negara orang mesti nak try makanan dari negara tu kan? Mesti tu mesti jugak try tapi saya suka juga masak-masak. Bila masak dengan limited perkakas nak masak, haaaa mencabar kan? Tapi best jugak. Boleh beli sayur dekat sana untuk buat sup sayur, telur dadar, beli seafood dan masak then baru ada energy nak explore negara orang. Kadang-kadang boleh save masa jugak contohnya dinner, tak perlu keluar dari hotel nak cari makanan. Waktu malam kan untuk relax. Contohnya kami perlu journey from A to B in the whole day ataupun halfday, sebelum keluar accommodation saya akan masak untuk bekal. 

5. Exploring
Exploring is the best part of traveling. Suka sangat kalau tempat tu peaceful. Bagi saya winter sangat peaceful sebab bukan peak season. Melihat timbunan snow dan snow yang terlekat di dahan-dahan pokok pun happy tak terkira. Along the exploring tu macam-macam kita dapat. Communicate with stranger, admire the scenery, belajar benda baru, menganggumi ciptaan Allah SWT dan macam-macam lagi. Punya teruja bila explore tu sampaikan lupa diri tired..hahaha. Saya dah lama tak travel in spring. Rindu sangat nak tengok pelbagai jenis bunga.

6. Tulis blog
This is a must lah kalau dah siap balik Malaysia. Tak sabar nak bercerita panjang lebar. Seriously nobody interested nak dengar cerita saya, baik family ataupun kawan-kawan. My story is so precious, its ok lah takde orang minat. So, here we are...aku love travel blog. Thanks kepada yang berminat membaca kisah saya selama 14 years. Saya received a lot emails yang appreciate my sharing dan ada yang ucap thanks sebab berjaya guna pakai experience saya..saya sangat happy membaca email-email tu. Setiap email minta saya halal, ya saya halalkan. Kepada silent reader yang guna pakaipun saya halalkan. I will keep writing walaupun tiada trip baru..hahaha.
 
7. Dreams
Travelling boleh buatkan saya dare to dreams more and more. Tak salah nak berangan sebab angan-angan lah penyebab kita melakukan sesuatu. Kadang-kadang during the journey pun dah berangan untuk trip seterusnya..haha. Berangan pun akan buatkan kita discipline in money saving. I will keep dreaming, dreaming and dreaming because i have right to dream and i have right to happy..InsyaAllah.

Bai....


August 14, 2025

Me and Scone

Assalamualaikum..

Tiada latest trip untuk masa terdekat ni. Antara sebabnya, tak tahu nak terjah ke mana..hahaha. Agak sulit nak decide mana nak pergi. Bila my sis bagi idea ke sini saya tak bekenan. Bila saya pulak bagi idea ke sana my sis punya tak minat. Tengok lah macam mana. Muncul trip baru di blog ni nanti means kami dah sepakatlah nak ke mana...hahaha. 

Ikutkan hati saya nak stop travel sebab target saya just 30 countries dan impian saya Alhamdulillah dah tercapai. Tapi itulah, dalam hati ni ada lagi tempat nak pergi. Contohnya Australia, kalau pergi again and again pun tak kisah sebab best. UK jangan cakap lah..entah-entah kali ke-4 saya nak ke sana..oppss.  

Eh sorry...saya nak cerita hal saya dan juga scone. Sebenarnya saya tak pernah kenal apa tu scone 12 years ago. Rezeki saya 1st time jejak bumi Australia, to be specific Melbourne, saya and my sis join satu tour yang namanya Mornington Peninsula tour. Pakcik yang guide kami tu sebut hal scone. Cara dia describe the deliciousness bila letak clotted cream dan strawberry jam buatkan saya terliur. Ketika tu saya imagine sendiri rupa bentuk scone tu. Dan Alhamdulillah kami sampai di satu tempat ni ada cafe dimana saya berjaya nampak scone dalam menu. Itulah moment scone yang saya makan paling the best dan tak boleh lupa sampai sekarang. 

Kegilaan saya kepada scone sampailah sekarang. Sesiapa yang follow kisah travel saya sure perasan saya akan try di mana-mana negara saya jejak. Jom saya share pula experience makan scone dia negara sendiri.   

Cafe ni saya jumpa di GrabFood. Nampak cun giler lah kan. Saya pun order 2 pcs yang harga mencecah RM20

Dan yang sampai beginilah rupanya...hahaha. Cafe ni terletak di Kota Damansara. Saya cubalah, aduhai keras. Frust sangat hari tu sebab terlalu teringin.

Weekend tu saya ajak my sis ke cafe favorite...Wheatcraft Artisan Bakery yang terletak  Mutiara Damansara. Best lah dapat scone idaman hati di minggu yang sama frust tu. Clotted cream dan strawberry jam me lebih dari cukup untuk spread ke scone. And this scone is my standard..hahaha. In Malaysia this one is the best!!!

Kita selitkan sikit breakfast menu my sis. Nyummyy sangat. Atas toast ni ada crab meat dan kemudiannya poached eggs with hollandaise sauce.

Kita selit pulak my drink...lawa latte art dia.

Next...scone yang saya makan di Cameron baru-baru ni. Scone ni di jual di Opah strawberry. Not my taste. Macama biskut raya rasa dia. Ada beberapa jenis lagi saya makan semuanya tak kena dengan tekak saya.

On the way balik dari Camaron Highland stope kejap di Avant Chocolate. Saya tak putus asa try lagi scone. This one ok la cumanya whipping cream tak ngam lah dengan scone...hahaha.

Dan akhir sekali scone di Dome di the curve..agak mengecewakan sebab bahagian dalam dekat tengah tu tak masak...masih seperti doh. Spread tu cun dah.


Sampai sini dulu kita...

Bai..

June 24, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Helsinki Final

Assalamualaikum....

Kisah di Finland bakal berakhir..huhuh. Kami masih ada 1 full day di Helsinki. Esok dah nak fly balik Malaysia. Pagi tu saya ajak my sis breakfast di cafe tak jauh dari City Box Hotel. Cafe tu namanya Restaurant Flät no 14. Bila dah sampai, alamak ramai pulak orang queue. Saya baru jer google cafe tu semalam. Maybe cafe tu viral sebab tu orang ramai. Tak perlu risau sebab ada cafe best tak jauh dari situ. Jom tengok kami breakfast apa.

Small cafe with a good breakfast. Cafe ni saya jumpa di beberapa tempat. Maybe jenis franchise.  

Always good and soooo good!!!

Time ni saya teringin nak makan roti with butter spread. Tapi tiada. 

Saya memilih cinnamon bun tapi akhirnya saya lebih suka Laskiaispulla. Akhirnya saya order pulak Laskiaispulla tu hehehe.

Dah kenyang, kami pergi mart sebelah cafe tu dan beli day pass. 

Nampak lengang...maybe sebab sunday.

Building digunakan untuk tram cable.

Another tram cable.

Menghayati keunitkan church architecture. Nampak snow halus atas rumput tu? Maybe light snowing malam semalam. 

Another view of Uspenski Cathedral
Kami just strolling sambil layan view pelbagai jenis building architecture.

Sedar-sedar dah sampai Helsinki Cathedral. Ada sebuah cafe menarik depan church ni. Saper yang duduk tepi tingkap cafe tu sure cun. Macam saya pulak masuk ke building cafe tu untuk ke toilet....hahaha. Asalnya nak masuk lah minum coffee tapi manusia punya ramai. 

Kami berdua ni macam dah tak tahu mana nak hala...hahahha. Saya cuba-cuba cari mana lagi boleh kami terjah. So, masuk google map dan search 'attraction places around me'. Ada banyak lah choice tapi saya lebih tertarik dengan lake yang namanya Toloviken. 

Lake ni tak jauh dari tram station. Boleh dikatakan 50% lake ni adalah beku. Ketika ni pun snowing halus-halus. 

Aman damai walaupun sejuk membeku

Saya ada bawa biskut...kami lepak kejap sambil bagi burung-burung ni makan. 

Crystal snow atas snowcap my sis

Nampak tak snow kat situ?


Inilah activity saya dekat lake tu...hehe

Again on my sis snowcap

This is magical

Crystal snow dari tram station punya bench. Memang beria betul saya dok snap crystal snow sampaikan jadi ikutan group remaja dekat tram station...hahaha

Perut mula minta diisi. Saya just search dari google map 'vegetarian food near me'. Then here we are.

Setelah mendapat kepastian bahan yang digunakan, akhirnya kami order burger. Roti burger ni lembut, sos sedap. Creative betul lah sampai boleh cipta veggies burger sehingga seperti the real beef burger.

Snowing makin rancak. Dah kenyang kami terpandang belakang restaurant...ternampak tempat lapang ni. So, bergambar lah kejap.

Kami dah termiss day market area Citybox hotel. Ada la 2-3 stall belum tutup.

Roti ni nampak menarik. Makcik stall explain bahan-bahan dalam roti ni. Alhamdulillah sesuai untuk dimakan. Tapi besar sangat pulak. Nasib baik ada yang kecik. Kami decide nak makan dekat hotel. Ada coffee machine dekat hall.

I love snowing so much

Tiada benda free ye dekat hotel ni...hehehe.

Kemas.

Ngam lah pekena roti ni dengan hot latte.

Antara makanan yang dalam fridge. Dalam bilik memang tak disediakan kettle atau coffee machine ye. Breakfast pun tiada. Tapi bagi saya hotel ni selesa sangat. 

Malam tu kami shopping sikit untuk bawak balik. Stock roti ni boleh la tahan 1-2 minggu untuk breakfast saya. Untuk officemate, saya just bagi chocolate. Oh ye, geisha ni sedap jugak. Tak lah terlampau manis.

Time to leave Finland. Kami guna uber untuk ke airport. Tak sangka  saya jumpa fridge magnet ni di airport. So cute. Dan tak sangka saya jumpa ketika saya berjaya explore negara terakhir Nordic country. I'm so blessed by Allah. 

Saya suka la turkish airline ni, roti dipanaskan dan lembut. 

Makanan dekat istambul airport ni memang harga tak logic...mahal betul.

Banyak cafe jual benda ni dekat airport ni. Saya pun teringin lah

Akhirnya dapat lah makan. Mati-mati saya ingat sejenis dessert. Rasa dia macam masam-masak sikit maybe cheese lah. Rasa dia biasa-biasa jer.

Masa untuk pulang. Dalam flight tu ada lah mamat entah negara mana duduk di seat antara saya dan dia ada lorong untuk berjalan tu. Macam-macam peel dia jadi tumpuan saya...hahahaha. Memula dia keluarkan slipper hotel tu dan pakai. Asyik lah show off kat kawan-kawan dia. Kemudian dia time orang busy masuk dan simpan bag dia, dia busy mix orange juice dan alcohol dalam thumber. Tetiba tertumpah kat kasut mamat melayu belakang. Kalut pulak dia ada wet tissue tolong lapkan. Hahaha. Flight pun take off. Mamat ni around 45-50an gitu. Dia macam dok syok lagi dengan slipper dia tu...hahaha. Kemudian dia ke toilet. Lepas tu saya tengok dia sesat tak jumpa seat...hahahha. Akhirnya mamat seat sebelah dia tolong panggil dia. Hahaha...kelakar giler. Masa berlalu. Saya tengok dia tidur selepas meal. Cabin krew belum collect. Mamat seat tengah iaitu sebelah dia nak ke toliet kut. Kejut tak bangun. Kuat giler dia kejut. Maybe kesan campuar alcohol dan orange juice...hahaha. Mamat tengah tu macam tak tak tahan kut, dia sampai berdiri atas seat dia nak langkah...hahaha. Lastly dia give up sebab impossible untuk dia langkah atau lompat,...hahaha. Kali ni di kejut sambil goncang badan mamat tu. Terjaga akhirnya. Tapi gaya terjaga tu amat kelakar. Reaction dia macam orang nak tembak dia gitu...aduhaii. Sampaikan balance air dalam tray tu tumpah kena jeans dia. Ada jugak lah hiburan untuk saya..hahaha. 

Ok lah, jom buat conclusion sikit untuk trip kali ni. Saya bagi 100 markah untuk trip kami ni...haha. Rasa best lah activity pelbagai. Yang paling memory unik sikit bila kami berkesempatan stay dalam small cabin. Saariselka  pulak so peaceful. Makin usia meningkat makin rasa nak explore tempat aman damai. Peluang tengok aurora depan mata pun cukup nikmat. Semua kesempatan sepanjang trip kami ni cukup membuatkan saya rasa amat bersyukur. Bersyukur dengan peluang yang Allah bagi...bersyukur dengan kemudahan dan bersyukur dengan ketenangan. Ikutkan target saya nak complete 30 countries. And now dah completed. Tapi hati saya ni masih ada impian nak terjah ke beberapa countries lagi. Kalau ada rezeki, masih lah bernyawa blog ni...hahahha.

Di sini dulu kita bersua. Murah rezeki bersua lagi lah ye.

Bai...