October 13, 2022

Summer in Egypt - Part 5

Assalamualaikum...

My sis asyik lah chase saya cepat sikit update takut saya terlupa memory di Egypt...hahaha. Rasanya dialah pembaca tegar blog saya..haha. Nama blog aku love travel ni pun my sis lah yang beri namanya. Sedar tak sedar dah lebih 10 tahun saya menulis blog....tepuk tangan semua!!!

29 August 2022 adalah hari terakhir kami di Giza. Kami bakal naik flight untuk ke Luxor petang tu. Terpaksa bayar 10 USD sebab nak late check out. That day saya asyik remind my sis untuk pergi lagi sekali restaurant area hotel tu. Saya nak makan kali terakhir roti canai Egypt tu. Adakah saya berpeluang makan lagi?? Teruskan membaca. 

Pagi tu selepas breakfast, kami just relax di bilik sambil packing. My sis susah hati betul dengan luggage dia...akhirnya kami decide nak pergi Cairo. Saya memilih Arkadia Mall. Mall tu saya agak-agak ada jual luggage. Kami try pakai Uber ke Cairo. 

Sampai jer area Cairo, jammed giler. Nak kata time tu orang keluar gi kerja, macam tak mungkin  sebab dah nak dekat pukul 10am. Tak lama lepas tu barulah tahu kenapa. Satu area ni penuh dengan orang ramai. Tak tahulah apa yang terjadi. Di satu side jalan orang ramai berkumpul. Satu side lagi orang ramai berbaris entah kemana..seolah-olah dah kena tangkap. Maybe dorang buat perhimpunan haram.

Sampai jer Arkadia Mall..eh..kenapa muram jer mall tu?? Apa dah jadi?? Rupa-rupanya mall tu bukak pukul 11am. Jenuh juga nak menunggu. Akhirnya kami decide balik jer lah ke hotel. Buang masa betul lah. Di dalam uber, kami decide nak naik horse carriage pusing-pusing Giza. Ada horse stable sebelah hotel. 

Sampai jer area hotel, kami terus menuju ke horse stable. Lepas discuss harga, kami just tunggu beberapa minit, horse carriage sampai. Driver horse carriage ni adalah seorang pakcik. Pakcik tersebut mula bercakap..mak aii..dah serupa orang Mexico slangnya...hahahaha. Rupa diapun dah ala-ala Mr. Potato..hahah. Bila ditanya mana dia belajar speaking english, dia cakap melalui horse carriage lah. Dan dia tahu beberapa bahasa. Hebat pakcik tu. 

Horse carriage ni boleh naik dua orang

Kiri dan kanan ni adalah horse stable.

Penuh dengan horse stable area ni.
Rupa donkey ni macam sedih jer.

Sedih sungguh tengok donkey ni diseksa sebegini. Dia kecik jer tu. Aduhaiii.
Lorong berdekatan pyramid penuh dengan kuda. Macam tempat melepak mereka kat sini.
Area ni bukanya ada tourist pun..tapi horse carriage merata-rata kat sini. Suasana kat sini busuk dan berhabuk. 

Yehaaaa...hehehe.
Dasyat mamat depan ni...4 ekor kuda sekali di handle. Saya perhatikan ekor kuda saya naik ni..kesian..berbirat kepas tali yang disambung dari ekor ke part yang atas badan dia tu. Bila bergeser di badan dia..sakit kut. Kadang-kadang dilibas-libas oleh pakcik tu kat body kuda ni...kesian dia. 

On the way nak ke restaurant..tak sabar saya nak makan pie with cream tu...saya panggil roti canai Egypt lah ye..hehehe

Stall menjual pelbagai jenis buah-buahan.

Disebabkan masa yang lama diambil untuk masak pie ni..pakcik carriage tu terpaksa pulang ke stable. Saya time ni dengan muka tak malu masuk kitchen. Nampak chef ni sedang prepare order saya tu. Mamat yang pandai speaking english join saya. Tanpa di suruh, dia explain lah macam mana process roti canai Egypt tu. Doh dia lebih kurang macam roti canai. Doh tersebut ditarik dengan cukup nipis sekali. Kemudian di lipat-lipat dan letakkan cream. Dan lipat lagi. Dicurah pulak olive oil..menurut mamat tu, olive oil tu dari Egypt. Kemudian dimasukan ke dalam oven batu. Sekejap jer, dah masak. Mamat yang dok explain tu nak snap photo saya bersama chef..saya on jer..hahahaha. Semoga restaurant tu maju selepas jadikan saya sebagai duta..hahaha.


Di permukaan roti canai Egypt ni ditabur dengan castor sugar. Mamat tu tambah pula nuts dan raisin. Nikmat betul makan ketika panas. Nipis betul lapisan roti canai Egypt ni. Saya tak kan lupa kesedapan roti canai ni...miss this roti canai so much!!!

Saya rindukan jua view dari balcony..rindu bunyi yang asyik terhasil dari pokok-pokok yang ditiup angin. 
View inipun saya rindu..rindu suasana senja kat sini. Burung-burung akan berterbangan pulang ke sarang. Warna senja kat sini cukup luar biasa. Apa bila sunrise pula, pantulan matahari di pyramid menghasilkan warna keemasan....cukup indah sekali.

Saya cukup enjoy moment di Giza. Di Cairo pula, saya rasa sikit berserabut..hehe. Apa-apapun semuanya adalah satu pengalaman. Ohh ye, lupa nak cerita kes ice latte...haha. Malam semalam tu kami naik ke roof top sebab saya nak minum ice latte. Bila waiter ambil order, saya explain rupa ice latte macam mana saya nak. Saya tak nak barista tu buat ice blended lagi. Saya explain, please put ice, pour the coffee then milk..done. Macam blur-blur jugak lah waiter. Lepas tu saya tunjuk video macam mana saya buat ice latte kat rumah. Ingat ke dah paham...hahaha. Lepas 15 minit, sekali yang datang adalah  ice latte shake pulak..hahaha. Last-last owner restaurant perasan yang saya tak bekenan dengan ice latte tu, dia datang tanya. My sis explain pulak. Owner tu bagi idea, we put coffee and milk, then you put ice by yourself....hahaha. 2nd time tu barulah saya dapat ice latte yang saya nak...hahaha. Ada coffee machine bagai, ice latte pun tak tahu....oh nooo!!!

Kami minta hotel arrange transport untuk kami ke airport. Next destination kami adalah Luxor. Macam Alexandria, saya tak berapa study hal Luxor ni. My sis lah bagi idea ke Luxor. 

Sementara nak tunggu boarding, kami lepak di satu cafe ni dulu sambil minum petang. Cheese cake tu my sis order...manis meleting. Sandwich ni besar giler lah...boleh makan sampai ke dinner.

Penumpang dalam flight ni mostly dari satu group travel. Kalau tak salah saya orang Spain. 

Luxor airport ni kecil jer. Keluar dalam flight, teruja lah tengok rupa building airport ni...ancient sangat..hehe.

Nak tunggu luggage bukan main lama lagi. Padahal flight tu jer satu-satunya baru landing. Si driver nak pick up kami terpaksalah menunggu depan entrance. Kalau tak salah saya, lebih dari half and hour kami berdiri kat sini.

Luxor airport ni begitu bercirikan kepurbaan Egypt. Tak sabar betul nak explore Luxor. Perjalanan ke hotel just half and hour. Lain betul suasana di Luxor ni. Lapang dada melihat keadaan yang agak bersih dan traffic tak seteruk Cairo.

Sampai jer main gate Steigenberger Resort Achti, security check bonet kereta semua dan benarkan driver masuk. Dah sampai entrance resort tersebut, kena pula scan luggage dan handbag semua. Di main gate kelihatan 2-3 orang security, di entrance resort pula 3-4 orang security. Dah siap check-in, seorang pakcik bawakan luggage ke bilik. 

Luas bilik ni. Muat nak solat depan katil tu. Buka drawer untuk tahu arah qiblat. Ada balcony yang luas ye. Tapi saya tak suka pijak lantai balcony tu sebab berhabuk. My sis try nak upgrade bilik facing Nile River, malangnya mahal sangat additional charges dia. 

Ada counter top, boleh la nak bancuh air untuk supper...hehehe. 

Toilet pun sangat puas hati!!!

Malam tu saya just sambung makan sandwich besar kedabak tu. Nak keluar cari dinner macam tak sesuai. Resort tu jauh dari kedai. Nak keluar berjalan ke main gate pun saya agak dalam 200m - 300m. Tak sabar saya nak tengok suasana siang di Luxor. Malam tu juga my sis deal dengan sorang tour agent untuk provide driver kat kami esok. Nantikan surprise apa menunggu saya di Luxor ni ye. 

No comments:

Post a Comment