September 12, 2019

Europe Trip - (Hungry- Budapest) Part 3

Assalamualaikum...

Makin hari makin ramai orang email dan juga private message dalam IG untuk bertanyakan Scandinavian trip dan juga Balkan trip. Alhamdulillah..ramai yang Allah beri rezeki untuk explore tempt-tempat di seluruh dunia ni termasuklah saya. Syukur sangat bila 2-3 orang PM saya cakap best Norway...siap follow itinerary saya satu persatu. Menulis blog ni dapat pahala..InsyaAllah. 

Cakap pasal itinerary..saya nak explain sikit kepada anda-anda yang asyik post kat komen mintak saya emailkan itinerary tu. InsyaAllah saya akan reply "ok..saya akan email" dan etc. Tapi jangan sedih sebab bukan itinerary yang saya emailkan...saya akan email semua notes saya taip dalam google document. Setiap notes saya tu, ada photo, ada direction map, ada list halal restaurant ataupun food must try, attraction places list, location nak snap view cun, blog atau website link yang saya refer and etc. Kalau nak betul-betul itinerary, sebenarnya anda semua dah boleh dapat. Setiap entry saya adalah ikut flow..day 1..day 2..etc. Apa kata ambik masa sikit baca dan jot down. InsyaAllah...nanti jadilah itinerary...saya halalkan semua info saya share ni untuk anda semua ambil. Cuma tak halalkan jika orang tu copy info saya then cakap info tu dia sendiri yang dapat. Tak baik perangai gitu yer. 

Ok, sambungan day-3 di Budapest. Pagi tu agak gloomy. That day adalah Sunday. Mesti orang Budapest ni ramai lom bangun tidur..lagi gloomy lagi syok tidur..orang Budapest yang cakap..bukan saya yer..hehehe. Kami ambik 24 hours daypass. Boleh naik tram & subway sampai esok pagi. Cun lah sebab esok pagi kami akan bergerak ke Frankfurt, Germany

Kemana kami nak explore that day?? Hmmm...kami bergerak untuk ke Heroes Square. Untuk ke Heroes Square kami naik subway train. Classic giler subway train tu. Make sure beli ticket ye...walaupun takde gate time nak naik train tu..orang yang check ticket bersepah. Kalau taknak kena saman...hati-hatilah. Subway memang lengang jer..langsung tak berserabut.


Taraaa...ni dia Heroes Square. Nampak tak..betapa gloomy nyer cuaca. Sejuk tu memang takyah citer lah. Subway station kat sini langsung tak complicate macam negara lain..keluar train..naik tangga terus nampak view ni. Cross jalan...sampai la.


Ginilah kalau winter trip..nampak diri dalam photo ni macam tong ada kepala..hahaha


Tempat apa ni?? Sorry lah yer..mintak tolong google kalau nak tau citer..sis punya blog ni bukan Wikipedia..hahaha. Bab-bab sejarah ni saya slow sikit..sebab tu SPM failed. Tapi kalau cerita dongeng prince charming bagai tu...saya suka...hahahaa


Tak suka sejarah pun takper..layan jer karya seni zaman dulu2 ni. Teruk-teruk kut dorang nak wat ni..bagi muka sikit..hehehe. Sorry lah...sis ni suka gurau..


Tak jauh dari Heroes Square ni adala gelanggang ice skating. Bersebelahan ice skating tu kelihatan Vajdahunyad Castle. So, kami berjalan ke depan sikit. Tak jauh pun...dalam 300m - 500m gitu.


Castle ni tak besar mana pun..masuk adalah free. Kalau dalam castle tu saya tak sure lah.



Sungguh terpesona dengan keunikan architecture castle ni. Bukan senang nak buat bumbung camgini. Lagi pulak ada patung-patung tu...gigih betul orang bini castle ni.


Tengok design tingkap, teringt pulak cerita Harry Potter. Design camgini lebih kurang macam building dekat Oxford.



I love castle. Kalaulah dapat pikat orang prince charming..boleh lah request sebijik castle dari dia..hihi.

Teman jap pakcik ni...kesian dia..berabad duduk sorang-sorang.


Kami bergambar kejap je sebab tak tahan sejuk


Bai Vajdahunyad Castle


Time kami lalu nak ke subway station, gelanggang ice skating ni makin meriah..lagu yang dipasang bergema sekelian alam. Kaki ni terasa gedik-gedik nak join sekali..tapi apalah daya..tak pandai pun..hahaha

Nilah salah satu subway station...turun jer terus sampai platform

Tak salah saya building ni adalah National Muzeum


Saya bagi idea kat my sis untuk ke sebuah market. Malangnya market tu tutup on sunday. So, kami just layan view jer lah...

 
Ini salah satu lagi bridge yang menghubungkan Buda dan juga Pest.

 
Dalam building nilah terletaknya market yang saya cakap tu. Secara rasminya kami macam dah fully cover Budapest tu. Perut minta diisi..so kami berjalan-jalan area shopping street yang tak jauh dari tempat ni.


Jalan punya jalan..terjumpa cafe kecik molek ni. Waffle ni memang kami berdua suka.


Makan Belgian Waffle kat sini dan seperti makan kat Belgium..hehehehe. Sedap!!!


Kami berdua jer time ni...ada lah juga tempat nak rehatkan kaki yang penat berjalan


Dah alas perut dengan Belgian Waffle dan secawan coffee..kami sambung berjalan.jalan. Beli souvenir dan jamu mata.


Building sepanjang shopping street ni memang cantik giler..dah takde apa sangat kami nak terjah..so kami decide rehat kat bilik sebelum keluar lagi pada sebelah petang.

Lepas rehat kejap kat bilik...kami sambung sightseing dengan naik tram. Kejap naik tram jenis classic ni..kejap naik yang moden..24 hours daypass lah katakan...hehehe. 

Budapest Parliment dari Buda side...dah puas gunakan daypass tu...kami balik bilik lagi...hahaha. Kemudian kami keluar di waktu malam pulak..


Buda Castle di waktu malam...malam tu kami disajikan cuaca yang cerah..suasana bukan lagi gloomy. Jelas kelihatan langit tanpa awan...cumanya takde matahari. Indah betul malam tu. Suasana hidup betul


Kalau ke Budapest...jalan lepaskan peluang tengok Parliment di waktu malam..cantik sangat.


Jangan takut nak ke sini sebab ramai pengawal berjaga di keliling building ni. Walaupun suasana sunyi, kita akan rasa selamat dengan adanya pengawal-pengawal tu.


Malam terakhir kami di Budapest. Rasa cukup puas explore Budapest ni.


Malam masih muda..restaurant ni yang kami jump ni just 2 minit berjalan dari apartment kami stay tu...hahaha. Syok la malam tu pekena nasi...


Selesa betul restaurant ni..orang pun tak ramai.


Kami just share chicken wing grilled ni bersama sama nasi sorang sepinggan. Salad tu nampak jer simple..tapi punya lah sedap. Syukur kekenyangan kami malam tu.

Sikit jer lagi kisah kami di Budapest ni. Pagi tu kami akan bergerak ke Frankfurt dengan menaiki Wizzair. Saya nasihatkan..staylah berdekatan shopping street ni sebab bus yang kita nak naik untuk ke airport start dari sini. Saya tengok bus ni tak boleh nak stop bustop lain sebab 1st station org dah full. Kesian. Macam kami berdua, syukur sebab ada seat.




 Lupa pulak nak cerita breakfast kami pagi tu. Banyak restaurant area shopping street tu..dan rezeki kami dapat masuk restaurant yang menyajikan breakfast yang lazat ni. Harga pun ok. Saya order bun dan my sis order crossaint. Yang putih tu adalah unsalted butter dan strawbery tu diletak bersama jem strawberry. Inilah breakfast paling sedap sepanjang trip kami. Bun saya order tu lembut dan moist. Croissaint my sis pulak lembut di dalam dan cruncy di luar. Presentation pun turut menyelerakan. Amboii...orang suruh buat review makanan mesti laku ni...hahaha. 

Me and my sis...travel and food memang tak dapat dipisahkan. Syukur dapat travel buddy sefahaman..90% suka benda yang sama dan buat benda yang sama time travel..paham keadaan sesama sendiri. Hari ni my sis balik dari menunaikan umrah. Syukur bila dengar pelbagai kemudahan, kesempatan, kesenangan, ketenangan yang dia dapat sepanjang di Tanah Haram. Untuk saya dia cakap ada banyak benda dia belikan...hahaha. Eiii...tak sabar nak tunggu petang. Dan lagi satu tak sabar, nak tunggu apa pulak mega trip planning dia nak buat pasni.

Ok...settle sudah entry pasal Budapest, Hungary. For me Budapest ni ada keunikannya sendiri. Suasananya ada sedikit macam Istanbul dan sikit Crotia..sedikit jer lah, tak banyak. Budapest juga macam tempat-tempat lain sekitar Europe yang mengekalkan building lama dan design pun tak jauh beza. Kalau 2 days full kat sinipun dah cukup rasanya nak jalan-jalan. 

Jumpa lagi di next entry...ke Jerman lagi kita pasni..hehehe.

24 comments:

  1. saya nk jd adik your sis jugak la..boleh ke?.hehehe

    ReplyDelete
  2. Zila your sis pegi haji ke umrah?
    Kak Sha

    ReplyDelete
  3. Zila, Vajdahunyad Castle tu lah saya nak gi nanti. Dulu orang Budapest saja buat replika castle ni dari kertas. Lepas tu bila tengok lawa sangat, tu diorang proceed buat yang betul2. Xsabar lak saya nak explore Budapest ni. 1 of my dream city tau. Thanks sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh baru tau..kejap sangat saya kat castle tu sebab tak tahan sejuk. Rugi pulak rasa..nak tunggu bibie pergi pulak pasni..hihihi

      Delete
  4. Seronoknya baca pengalaman zila ni, moga terus menulis pengalaman yang menarik dan semoga terus mendapat rezeki berjalan menjelajah dunia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn...puas rasa menulis jika orangpun dapat hayati keseronokan saya..tq sis atas doa sis..sayapun nak doakan sis kecapi apa yang sis impikan :)

      Delete
  5. Sy bercdg akn ke Balkan oktober ni..ada tips yg boleh di kongsi x sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak lama dah tu...tips nyaa...bacalah entry balkan saya..hihihi

      Delete
  6. JM suka cara Zila...kira Zila kategori rajin jgk..siap bagi info detail mcm tu...so org yg minta itirenary complete tanpa mau study..x boleh la mcm tu..nak travel ni kena buat 'keje or study' jgk..jgn semua org nak hidang pastu nk kena suap plak kan..so dari info Zila share tu rajin2 la susun itie..good job Zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ckp rajin tu tak jugak..hihi..tgk mood jugak.

      Kalau nak tunggu org suap..pergi jerlah dgn travel agent kan kan kan...saya mampu bagi menu jer..hidang and suap tu kena buat sendiri...hahaha

      Delete
  7. alhamdulillah...bila Zila dah share cerita dalam blog ni..so dah dpt gambaran..bila org sebut BUDAPEST..dah tahu apa yg ada kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo JM nak clear lagi gambaran kat Budapest ni..kena pergi then experience sendiri..hihihi

      Delete
  8. Syabas Zila dah boleh buat panduan/itinerary kpd pembaca/traveler yg nak ke Scandinavia. Dah berpengalaman betul.
    Zila tak ikut kakak buat Umrah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ikut prof..my sis pergi family member dia :)

      Delete
  9. Tak sempat masuk Budapest.. Insya Allah satu hari nanti.. Thanks for sharing Zila...

    ReplyDelete
  10. Great post... i visit your blog first time but you done great photography and capture all images of good place. Nice food nice place. I am waiting of your next post.

    ReplyDelete
  11. Salam sis, very interesting info for a new traveller like me, btw I’m a lady. Kalau tak keberatan boleh sis share itennary spjg di Vienna, Hungary & Austria? Terimakasih

    ReplyDelete
  12. Follow..... Tahun ni plan nak meninjau macam sis zila.... 2 minggu utk 2-4 negara. Bagi puas.

    ReplyDelete