April 16, 2019

Europe Trip - (Austria - Hallstatt) Part 2

Assalamualaikum...

Hai semua..tiba sudah masanya untuk saya story pasal sebuah kampung..MasyaAllah cantik sungguh viewnya. Untuk trip kali ni, perkara pertama yang saya excited nak pergi adalah Neuschwanstein Castle di Munich, Germany dan keduanya adalah Hallstatt, Austria.

Disebabkan tempat yang bakal kami terjah itu adalah kampung, sayapun siap-siapkan bekal. My sis bagi idea..kalau nak buat nasi goreng cara senang..time masak nasi tu, just tuangkan siap2 perencah nasi goreng...hahahha. Dah serupa nasi beriani jadinya...hahaha.

So..camner nak ke Hallstatt ni?? Sehari sebelum tu kami dah check dengan information counter area Salzburg Hauptbahnhof kat mana nak tunggu bus. Dari pembacaan saya di internet, ramai orang memilih satu option ni untuk ke Hallstatt..iaitu..
  • naik bus 105 dari Salzburg Hauptbahnhof ke Bad Ischl..
  • dari Bad Ischl, naik pulak train ke Hallstatt 
  • dan akhir sekali naik ferry untuk sampai ke perkampungan Hallstatt tu. 
So kami plan gitu jugaklah perjalanan kami tu nanti..tapi lain yang terjadi..baca sampai habis ye..hehehe.

Kalau tak salah saya, pagi tu kami keluar dari hostel around 6.30am. Kami nak naik bus pukul 6.45am ke Bad Ischl. Tujuan saya nak keluar awal pagi tu adalah nak saksikan morning mist di Hallstatt. Adakah saya sempat?? Hmmm. Suasana pagi di Salzburg tidaklah terlalu sunyi. Dah ramai orang keluar time tu..maybe dah nak pergi kerja. Bus station betul-betul depan Salzburg Hauptbahnhof..tak susah pun nak cari bus no 150 tu ye. Kami berdua jer tourist time tu..hahaha..lagi sorang dua tu macam local.

Macam biasa, bila naik nak naik bus..tugas saya chop tempat paling depan dan my sis akan uruskan pembelian ticket. Oh ye..ticket beli jer kat driver.



Bila my sis siap beli ticket..muka dia tetiba nampak cuak. Eh dah kenapa kan. Rupa-rupanya driver bus tu advise dia beli return ticket sebab lagi murah. Dan rupa-rupanya..kami tak perlu naik train dan ferry lagi. Jom saya share perjalanan kami 
  • naik bus 105 (Platform F) dari Salzburg Hauptbahnhof ke Bad Ischl..
  • Dari Bad Ischl ke Steeg-Gosau pun by bus
  • naik lagi bus dari Steeg-Gosau ke Hallstatt.
Semuanya by bus?? Langsung tak tahupun boleh camgitu. Muka saya pulak berubah cuak..hahahaha. Saya pujuk my sis dan hati saya jugak yang kami pasti boleh sampai Hallstatt. Tak mungkin driver tu nak scam ke apa ke. Sebabnya, bila my sis check our budget..fare yang dibayar tu jauh lebih murah dari normal route. So, kami barulah rasa tenang. Ticket ni dah termasuk fare untuk ketiga-tiga jenis bus tersebut..just tunjuk kat driver jer.

1st bus kami naik ni banyak betul stopnya. Most of penumpang adalah budak sekolah...so cute la dorang tu. Si driver tu pulak tak lekang sebutan morning dimulutnya untuk setiap penumpang nak naik. Morning bahasa dorang la..hehehe.

Traffic arah ke Salzburg agak sesak.

Inilah morning mist yang saya nak tengok sangat di Hallstatt. Sebenarnya niat saya tak kesampaian sebab time sampai Hallstatt matahari dan bersinar sepenuhnya. Syukur la dapat tengok view ni time dalam perjalanan.



Kalau ikut weather forecast, that day akan cerah. Disebabkan masih awal pagi, keadaan agak gelap. Sepanjang perjalan ke Bad Isch permandangannya amat mengasyikkan. Tak lama lepas tu...bus tu pun sampai area sekolah..semua budak-budak sekolah turun dan tinggalkan kami berdua dan beberapa orang penumpang lain. Saya tertanya-tanya kenapa jauh betul untuk ke sekolah padahal Salzburg tu jauh bandar dari area ni?? Hmm..maybe makayah dorang nak anak-anak sekolah tempat yang aman damai lagi mengasyikkan ni..hehehe.



I really love the view..


Suasana makin cerah..puncak gunung kat depan tu keemas-emasan..tak dapat nak explain dengan kata-kata betapa indahnya bumi Austria ni.

Bila dah sampai Bad Isch..driver bus tu pun pesan lah kami kena tunggu mana dan naik bus apa. Baik dia. Kecik jer bus station tu....just ada 4 platform gitu. Siap ada waiting room yang ada heater. Kami tunggu dalam 15 mins jugaklah.  

Bus pertama kami berpengalaman melihat countryside sepanjang perjalanan..untuk bus kedua pulak..kami berpeluang melihat small town yang kelilingnya adalah gunung-ganang bersalji. Kebanyakan penumpang adalah local dan ada beberapa orang macam nak pergi main ski. Bus ni melalui jalan-jalan sempit dicelah-celah bangunan. Saya suka tengok town yang tak crowded macam tu..aman-damai jer. 




 
Nahhh....layan view



Bus yang terakhir ni memang dah siap tunggu penumpang dari bus kedua tu turun. Dalam bus yang terakhir..time ni adventure sikit. Bus ni melalui jalan bergaung dan mengelilingi tasik. View yang terhidang memang sungguh cantik.  Tak sempat nak snap photo sebab bus tu laju semacam..hahaha.

Bila dah nak dekat-dekat Hallstatt...wahhh...dah nampak dah kampung cantik tu..hehehe. Tetiba mengedik tak sabar. Time tu perut dah start berdangdut. My sis siap-siap pesan..sebelum nak explore Hallstatt tu by hook or by crook kena makan dulu. Terpaksalah saya sabarkan dulu diri time tu...hahahaha. 

Bila turun jer bus..ehh..tak nampak pun pape cafe. Ada satu jer glocery. Atleast ada cafe pun jadilah untuk kami minum coffee dan buka bekal kami tu. Saya nampak 3 orang amoi dari China tengah tarik luggage. Saya agak dorang ni dah check-out dan nak tinggalkan Hallstatt. Means dorang agak familiar arr tempat tu. Sayapun tanya la mana ada cafe area tu. Dorang tunjuk la arah ke cafe yang paling dekat...


Memula tu saya agak jer ni adalah cafe..tak sangka betul..hahaha

Masuk jer cafe tu...waahhh bakery rupanya..mula la tak tau nak pilih yang mana satu. Semua nampak sedap...hahaha. My sis tak peduli dessert-dessert tu..dah tak sabar dia nak santap nasi goreng..hahaha.


Compius nak pilih yang mana..akhirnya saya pilih donut berintikan appricot. Tahu kenapa saya pilih donut ni?? Semuanya disebabkan kuasa advertisement. On the way ke Hallstatt ni saya ternampak banner besar donut gini...so saya order la..hahaha. Pilihan saya tepat sangat. Sedap betul donut ni. Jauh beza dari Dunkin Donut mahupun Jco Donut. Entah berapa ketul saya makan donut ni sepanjang di Austria..hahaha. Ada orang cakap, apple straudel paling sedap..but for me, this one is crazy delicious!!!


Ok..kenyang sudah..ayuh kita explore



Port cun untuk bergambar kat depan nuu haa. Rata-rata pengunjung kat sini adalah chinese mainland. Sedia maklumlah yee dorang ni macam mana. Datang dah la segerombolan..pastu sesuka hati jer nak kacau time kita nak bergambar. Sabar jerlah..

 Bila rombongan chinese midland dah ke depan..rasa tenang sikit..hahaha.

Rumah-rumah dipersisiran tasik ni cantik-cantik belaka. Semuanya facing tasik.

Ukiran kayu bak rumah lama melayu

Cantik betul kedudukan ranting-ranting pokok ni. Saya percaya ini adalah hotel.

Penempatan kat sini cukup padat sampai bertingkat-tingkat ke atas gunung. Kalau rajin boleh panjat tangga ke atas sana


Jangan asyik nak layan keunikan rumah-rumah kat sini..pandang lah ke arah tasik ni..Subhanallah..indah betul ciptaan Allah SWT. Perubahan suhu menyebabkan tasik ni berasap. Jika saya sampai lebih awal..maybe boleh tengok morning mist. Nak stay 1 malam kat Hallstatt ni memang tak mampu la..mahal.


Tak dapat nak gambarkan betapa indahnya moment ni. Lebih-lebih lagi that day adalah birthday saya..hehehe.

Asap-asap yang terbentuk ni bergerak perlahan-lahan dipermukaan tasik ni. I really fall in love!!!


Moment berasap tu tak akhirnya hilang..bumi disimbahi matahari pagi yang terik.



Beruntungnya jika ada sebuah rumah kat sini. Bukan setakat boleh tengok tasik yang menenangkan..bahkan gunung-ganang yang mengelilingi tasik ni.


Kami cukup bertuah that day sebab cuaca super duper cun melecun!!!


Makin ke depan...jalan makin sempit. Agak menyusahkan bila selisih dengan kenderaan yang melalui jalan ni. Paling menyusahkan jika selisih dengan anjing...hahahhaa.


Kalau bumbung tak heavy duty..boleh roboh rumah!!


Ayuh ke ke depan lagi..boleh layan view paling best di Hallstatt!!


Taraaaa...inilah postcard view di Hallstatt. Tak lama kami kat sini sebab sejuk sangat. Dari atas ni saya boleh tengok ferry yang penuh dengan penumpang


Dah puas dah explore kampung ni..jom makan lagi..heehe. Kebetulan time kami kat sini, ada satu rombongan dari Malaysia..lebih kurang dalam 30 orang gitu. Salah sorang ahli dalam group tu tegur kami. Ramah puan tu..rupa-rupanya group tu menggunakan perkhidmatan Sufi Travel and Tour untuk explore Europe dalam 10 hari kalau tak salah saya. Hallstatt adalah tempat pertama mereka datang setelah sampai di Austria. kira baru nak start engine lah. Bertuah lah group tu..awal-awal trip dah sampai kat Hallstatt. Puan tu begitu impress sebab kami travel berdua jer dan tanpa menggunakan apa-apa tour agent. Boleh dikatakan itinelary kami dan puan tu lebih kurang sama..cuma trip puan tu ada lebih 2 negara iaitu Prague & Slovakia kalau tak salah. Setelah kongsi serba sedikit adventure kami sepanjang trip..kami berpisah dengan puan tersebut.



Jernih kan air tasik ni?? Dua ekor swan ni asyik menarik perhatian pengunjung kat sini.


Kami singgah lagi di cafe tadi tu..hehehe. My sis cakap sempena birthday saya..so nak makan cake.


Saya order ni...lupa dah namanya. Rasa macam pavlova. Cream tengah-tengah tu flavour coffee..agak manis..my sis lebih suka yang ni.



My sis order pastry yang tengah-tengahnya ada filing cream cheese dan juga barries. Barries tu agak masam...tapi saya suka..so kami tukar



Tanpa sedar around 2-3 hours jugaklah kami spent kat sini..tak sedar masa berlalu. 

Kalau ke Austria..please lah ke sini..unik sangat tempat ni. Bukan itu saja..perjalanan ke Hallstatt pun akan memberi pengalaman cukup berlainan sampai tak tercerita...hahaha. Kami menggunakan cara yang sama untuk balik ke Salzburg...tapi kali ni kami just perlu naik 2 bus jer. Ketika menuju ke Bad Isch..kami just naik satu jenis bus jer instead 2 jenis.

Time tunggu bus ke Salzburg tu..kami sempat chitcat dengan amoi Taiwan. Dia travel sorang2 jer. Chitchat sampai sempatlah cerita pengalaman travel kami sejak 5-6 tahun ni..hahaha. Diapun berminat betul nak dengar cerita kami.



View dari dalam bus ke Bad Isch

Cermin sus dari Bad Isch ke Salzburg agak berhabuk..so, takde lah photo nak share sepanjang perjalanan  ke Salzburg tu. Memandangkan hari masih awal..kami decide nak ke Old Town lagi...just nak leisure2. Kalau lah tahu kami sampai awal ke Salzburg..patutnya kami terus ke Vienna. Tak salah saya kami sampai Salzburg around 3-4pm gitu. Tengah round area Old Town tu..terjumpa lagi kami dengan group Travel Sufi tu..wahh dalam sehari dorang dah boleh explore Hallstatt dan Salzburg. Biasa lah kalau travel guna tour company..banyak country boleh jelajah. Kekadang satu country untuk satu hari..macam kami berdua ni..sampai satu2 tempat tu nak kena rehat bagai..patutlah jadi 2 weeks travel boleh cover 3 countries jer..hahaha. Ntah-ntah orang lain dalam 2 weeks tu boleh cover 10 countries..hehehe.

Saya sangat sukakan Salzburg..town ni bukan saja cantik..bahkan terasa aman dan nyaman gitu..


Sebelum balik ke hostel..kami singgah dulu beli makanan. Kedai kebab ni tak jauh pun dari Salzburg Hauptbahnhof..just cross jalan..then akan nampak kedai ni.

Sukanya saya dapat beef kebab...roti kebab ni pun lembut jer.


 
 My sis pilih kedai lain..tak jauh pun dari kedai saya beli kebab tu.


Dia pilih menu grilled chicket ni..sedap giler ayam ni..cukup rasa. Disebabkan ayam ni my sis tak boleh nak abiskan..saya guna isi ayam ni untuk masak nasi goreng esok tu. Boleh buat bekal bila nak ke Vienna esok tu.


OK guys...sampai sini dulu cerita saya sepanjang di Hallstatt. Jangan lupa ikuti story seterusnya..Vienna pulak ye lepas ni..hehhee.


36 comments:

  1. Waahhhh bestnya...Happy Birthday sis...yg keberapa tu..hmmmm...moga sis sentiasa sehat n ceria2 selalu. Seri kagum dgn tempat2 yg sis pergi tu. Bila lah Seri dpt travel mcm tu. Susah nk dpt cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis seri :)

      Sis doakan seri pun berpeluang pegi tempat mcm sis ni :)

      Delete
  2. Bestnye..view pun cantik...bila laa nak sampai sinii..

    ReplyDelete
  3. kapan ya kira2 Indonesia bisa ampe ada saljunya begitu, bisa mainan salju pastinya seneng banget. Karena gua ngga bisa ke luar negeri, maklum duitnya ngga ada sis. Thanks dan share infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga diberi rezeki untuk ke sana satu hari nanti ye :)

      Delete
  4. assalamualaikum..
    nak tanya..berapa jam dari hostel nak sampai ke kg hallstatt tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...lebih kurang 3 jam lebih jugak lah

      Delete
  5. Boleh juga naik train dari Salzburg Hbf. Naik InterCity (IC) train ke Attnang Puchheim dan tukar ke Regional Express (REX) di sana. 1 tiket utk 2 sector ni €25 one way. Total time 2j 15m. Tapi views you naik bas lagi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info SS hope membantu orang lain yang nak cuba cara yang lain dari saya..thks for sharing :)

      Delete
  6. Nampak sedap-sedap makanan yg Zila pilih, lebih2 lagi pastri yg bertingkat2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bertingkat-tingkat tu sedap prof..cuma manis sikit. Saya ni makin tua makin tak suka manis..heehehe

      Delete
  7. semoga perkembangan pariwisata di Indonesia terus dan terus berkembang layaknya pariwisata di luar negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..hopefully dong :)

      Semoga Malaysia pun seperti luas negara

      Delete
  8. wisata memang sangat perlu supaya tidak jenuh dengan rutinitas sehari - hari

    ReplyDelete
  9. tempatnya bagus, persis kyak di game dan film2. Tp butuh biaya banyak kalau liburan ke eropa :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak apa-apa dong..simpan duit..lama-lama cukup untuk biaya ke eropa :)

      Delete
  10. bus no 105 ke 150 eh dari Salzburg Hauptbahnhof..sebab dia tulis mcm ni
    1. naik bus 105 dari Salzburg Hauptbahnhof ke Bad Ischl..
    2. tak susah pun nak cari bus no 150 tu ye. Kami berdua jer tourist time tu..hahaha..lagi sorang dua tu macam local.
    confius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap taip lah tu JM..excited sangat nak bercerita..haha. TQ sebab alert. Sebetulnya adalah bus no 105

      Delete
  11. mmg berbaloilah dpt view cantik mcm ni walau 3 kali naik turun bas

    ReplyDelete
  12. bila baca pengalaman Zila ni..Ya allah tak sabar nak jejak kaki ka t sana...kena kumpul duit sikit2..mgkin dln 2,3 tahun lagi baru leh jejak..
    Kalau bole Zila share la anggaran budget eh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm..untuk the whole trip saya spent lebih kurang 5-6k

      Delete
  13. Thanks for the sharing! 😊

    Akan ke Salzburg next week atas tujuan yg sama iaitu nak ke kampung ni. Actually sblm baca cik punya blog ni, sy ingat nak naik train aje tapi bila baca blog u ni, rasa mcm naik bus lagi jimat (duit & masa) dan boleh skip naik ferry. Thank you so much!

    ReplyDelete
  14. Nak p sana in shaa allah... itinerary mcm sama...

    ReplyDelete
  15. Best nya sis. 😍.. Mmg trigin nak mai Hallstat ni.. Dlm gmbar pun cntik, apatah lagi tgok depan mata. Doakn sya dpt travel mcm sis juga ya.

    ReplyDelete
  16. Hi sis zila,

    Bulan berapa ya awk pergi Austria ni...?

    Thanks sudi jawap

    ReplyDelete
  17. Wahhh bestnya... Kiranya sis pergi balik hari je ke Hallstat ya.. macam mana dgn communication, ok ke? Diorang fasih English?

    ReplyDelete
  18. Sis ada total cost itinerary ke?

    ReplyDelete
  19. hi. ada itinerary tak ? boleh kongsikan

    ReplyDelete
  20. Kos kat sana mahal ke sis?

    ReplyDelete