February 20, 2019

Europe Trip - Intro

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi saya and my sis kesempatan untuk jelajah lagi 3 negara baru di bumi ini...Germany, Austria and Hungary. Sebelum-sebelum ni my sis pernah tanya apa negara di Europe saya tak teringin nak pergi..salah satu yang saya bgtau dia adalah Germany...nahh..tak sangka saya dah sampai pulak ke sana..hehehe. Saya ingatkan Germany ni boleh tengok building2 pencakar langit tu..saya underestimate Germany rupanya.

Dalam bulan December last year, macam biasa my sis akan riki-riki ticket murah ke mana-mana..rezeki dia time tu dapat return tic KL - Frankfurt RM2,400 sorang. Terus disambarnya. Paling best, flight 12 jam tu terus sampai Frankfurt dan sebaliknya tanpa ada transit. Settle hal ticket, my sis riki-riki pula route yang sesuai mengikut budget allocation kitaorg. Seperti biasa..trip kami ni ringkas, more to leisure, tak pulun nak cover semua tempat menarik dan paling best..part makan..hehehe.

Ok, secara ringkasnya..trip kami yang lebih kurang 2 weeks ni melalui route di bawah..

Frankfurt --> Munich --> --> Fussen --> Salzburg --> --> Hallstatt --> Vienna --> Budapest --> Frankfurt --> Heidelberg

Lebih kurang sebulan setengah setengah masa yang kami ada untuk study hal trip ni. 

Jom layan photo dulu



Terketar-ketar kesejukan di Fussen, Germany.


Menikmati keajaiban Neuschwanstein Castle bak di alam fantasi gitu..hehe.



Menyusuri sungai yang ditutup sepenuhnya dengan snow di
Nymphenburg Palace, Munich, Germany



Melayan ketenangan Austria countryside di sepanjang perjalanan menaiki train




Kekaguman dengan view of Salzburg dari Fortress Hohensalzburg




Menjelajahi perkampungan Hallstatt yang dikelilingi gunung-ganang dan jua tasik



Mengagumi keunikan senibina di Vienna, Austria



Menikmati keindahan senibina di Budapest, Hungary



Sedikit bosan di Frankfurt, Germany


Kegirangan ketika pengakhiran trip di Heidelberg, Germany


Tak sabar rasanya nak share experience saya kali ni. Hehehehe..

Bai..


19 comments:

  1. Wow....setia menanti trip kali ni...

    ReplyDelete
  2. Wow.. Dh update. .Tak sabar nak baca!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu mesti baca bila saya dah update...hehehe..gurau jer

      Delete
  3. Nak start baca dari awal story..kalau baca entri terkini..tak faham plak jln cerita hihih

    ReplyDelete
  4. Wowww...sebulan setengah jek preaparation..mmg terbaikla..kalau JM setahun kot ambik masa..

    ReplyDelete
  5. woww salji tebal!! bestnya..trip bulan Feb la ni ek

    ReplyDelete
  6. kalau view cantik mcm ni..mmg tak TOLAK la nak pergi Germany

    ReplyDelete
  7. sy pun rasa boring sikit di frankfurt. tapi di budapest sy rasa mcm nak repeat lagi.. mmg jatuh cinta dgn environment dan architecture budapest

    ReplyDelete
  8. Cantik betul pemandangan dari gambar yang kamu kongsi

    ReplyDelete
  9. Hi zila, boleh x share berapa expenses di sana? saya rancang nak travel ke sana nnti lepas covid berakhir

    ReplyDelete