October 1, 2017

Scandinavian Trips (Sweden-Stockholm) Final

Assalamualaikum...

Hai guys..akhirnya entry untuk Sweden sudah di penghujung..huhuhuhu. Thanks kepada yang follow kisah saya sepanjang entry Scandinavian trips ni. Jika ada yang mendapat inspirasi untuk ke Scandinavian selepas baca blog saya, tahniah saya ucapkan!!!

Ok..jom sambung.

Selepas keletihan dan kelaparan, dari Skansen, kami mencari halal food. My sis search halal restaurant dari website www.zabihah.com. My sis main pilih jer restaurant halal. Kemudian menggunakan google map, kami just follow utk naik bus no berapa semua. Mudah betul jika travel ada internet, possibility nak sesat tu InsyaAllah tak berlaku. Kekadang sesat ni bukan setakat buang masa, buang tenaga juga dan akhirnya buat kita tired dan takde mood.


 
 Saya snap ketika di dalam bus.

Restaurant yang kami nak terjah tu adalah Hot House of Taste. Time tu memang tak tahu lah restaurant tu jenis apa. Bila jer sampai...ohhh....thai restaurant rupanya. Terbaik betul pilihan my sis. Dah beberapa hari dah sepanjang trip tak makan nasi bersama lauk yang lengkap. So, time tu lah kami nak makan sungguh-sungguh...hehehe. Gembira tak kepalang.


 
Air ni ikut suka nak minum banyak mana pun...free!!


 
Taraaa...ni lah yang kami order. Saya order rice with salmon tomyam and my sis order rice with seafood tomyam..kemudian kami tambah mix veggies. Saya punya la makan sampai tak larat nak jalan...hahahaha. Total makanan ni lebih kurang SEK270..apa salahnya makan besar sebelum nak balik Malaysia kan...hahaha.

Akibat kekenyangan, kami decide nak balik bilik dulu. Boleh dikatakan kami dah pun banyak cover interesting places di Stockholm. Selepas relax kat bilik, kami decide nak pergi lagi Gamla Stan untuk habiskan duit beli souvenir dan tengok sunset.



 
View petang berdekatan hostel yang kami stay tu. Bridge yang saya berdiri untuk snap photo ni adalah juga port terbaik untuk tengok sunset...baca sampai habis untuk tengok view sunset yang sempat snap...


 
Time ni tak salah saya dalam pukul 6 tau 7 macam tu. Suasana di Gamla Stan ni sangat lengang. Kedai pun banyak dah tutup. 

 
Ini masa yang sesuai untuk snap building di Gamla Stan tanpa ada orang ramai 

 
 
Langit biru masih jelas kelihatan..tapi suasana di dalam Gamla Stan ni makin gelap 

 
Ada 2-3 buah souvenir shop yang masih buka. Akibat tak bayak souvenir shop buka, ramai lah tourists dalam tu. Saya cuba-cuba lah nego..Alhamdulillah dapat. Tips saya, nak dapat souvenir murah, datang lah lewat macam kami ni dan masuk kedai yang owner dia adalah muslim..InsyaAllah boleh nego harga.


 
Tetiba kami nampak cahaya keemasan di celahan building Gamla Stan ni...apa lagi...terus lah kami berjalan menghala ke arah tu.


 
The golden light brought us to this view..Subhanallah cantik betul cahaya keemasan tu. Cahaya senja yang cukup sempurna!!! Maha Suci Allah yang menjadikan bumi ini dengan penuh keajaiban!!!


 
Rasa tersangatlah beruntung sebab sehari sebelum nak balik ke Malaysia, saya berpeluang menikmati petang yang indah macam ni...Syukur!!!


 
Gröna Lund's Amusement Park di seberang sana!!!


Tempat ni tak jauh pun dari Gamla Stan, just cross jalan jer..memang port terbaik nak tengok view waktu petang walaupun tak nampak sunset.


Masih terpahat di dalam minda, hati dan sanubari saya suasana ni..angin menderu lembut, burung camar berkicau-kicau, kepulan awan sungguh mengasyikkan, sejuk jangan cakap lah...menggigil tu sudah pasti. Sangat menenangkan jiwa.

Hari ni kami asyik berjalan. Dah la berjalan berjam-jam dalam Skansen..kemudian berjalan lagi di Gamla Stan..kaki terasa nak jem dah...hahaha. Bukan setakat tu..dah berhari-hari aktiviti kami start dari Norway, kemudian ke Denmark dan akhir sekali di Sweden...asyik berjalan saja. Badan pula minta nak rehat. Dah puas di Gamla Stan, kami decide nak akhirkan exploration kami di Sweden. Cukup kut rasanya..kami terpaksa puas sebab esok tu nak balik Malaysia dah. 

Seperti yang dijanjikan..inilah view senja berdekatan hostel kami. Jika kami awal sikit, maybe boleh nampak matahari jatuh. Di hujung sana seolah-olah api yang sedang marak kan?? 

Ok, guys..next time bila ada masa, saya akan menulis entry untuk wrap this scandnavian trip dan share apa yang saya beli. Dalam otak sekarang banyak betul idea nak decorate my apartment with scandinavian decor..i'm so excited...hehehehe.

Bai...

5 comments:

  1. Selamat Tahun Baru akulovetravel.

    Tahniah!
    Blog akulovetravel terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
  2. Rindu Scandinavia..!! Lepas ni update trip terbaru ya..!! Turki, Croatia dll..

    ReplyDelete
  3. Seronok baca travelog saudari.
    Saya tak pandai tulis blog.

    Thn 2016 saya dan kawan2 backpacking 2 kali jelajah Europe.

    Mei 2016 kami bertujuh mula jelajah Europe termasuk Balkan secara backpacking.

    Bermula dari London. Naik bas ke Amsterdam, brussel dan paris.

    Dari Paris naik keretapi laju ke Geneva. Dari Geneva ke Dubrovnik dgn easyjet.

    Keluar airport Dubrovnik kami mula menyewa van mereatasi mostar, sarajevo, nemila, zenika, sarajevo - kotor - budva - podgorika - skhoder ( Albania) - prizren , pristina (Kosovo). Hantar van di airport Pristina dan naik flight ke Istanbul.

    Kos keseluruhan rm6500.

    Oct ini mngkin kami jelajah Europe dan Balkan lg. Cdg ke Berlin, Warsaw (Poland), Budapest (Hungary), Ljubljana (Slovenia), Bosnia, Athens (Greece), Bucharest (Romania), Larnaca (Cyprus) dan mngkin Istanbul.

    Ada beberapa kawan yg akan ikut serta dan sesiapa yg nak ikut serta email kat saya.

    Oct 2016 Saya, 2 anak dan menantu dan 3 rakan (7 org) sekali lg merentasi Europe termasuk Balkan dan Scandinavia.

    Bermula dari London. Naik wizz air ke Sofia (Bulgaria), sewa van ke Skopje, Tetova dan Ohrid (Macedonia), naik flight wizz air ke Paris. Naik bas ke Brussels dan Amsterdam. Naik pesawat ke Stockholm.Tidur di airport Stockholm. Esoknya naik pesawat ke Kiruna. Dari Kiruna ke Abisko dan Narvik (Norway) naik scandinavia train. Esoknya sewa 2 buah kereta pandu sendiri ke Arctic Circle.
    Seterusnya balik semula ke Stockholm kerana nak naik kapal Viking Line ke Helsinki. Dapat hrg promosi rm50 return ticket ke Helsinki. Dari Helsinki kami tak berpatah balik ke Stockholm dgn kapal tp kami naik pesawat ke Copenhagen. Dari Copenhagen ke Kl

    ReplyDelete