February 28, 2017

Be Like Wildflowers

Assalamualaikum..


Hi guys. Entry kali ni just santai-santai je. Saper kat sini suka tengok balik gambar-gambar travel yang tersimpan di computer, laptop atau hp?? Sudah pasti ramai kan? Memory indah saper lah nak lupakan...kan? Same to me. Tengah-tengah layan photo-photo, paaaappp..tertengok balik wildflowers yang saya snap. Minah bunga lah katakan. Bukan setakat snap photo bunga di taman, malahan di tepi rumah orang mahupun bunga kecik atas rumput..hehehe.

Setiap satu ciptaan Allah sebenarnya memberi pengajaran kepada kita. Sebagai contohnya, wildflowers boleh tumbuh di mana saja tanpa jagaan rapi. Kecantikannya..Subhanallah..tiada tolok bandingnya. Boleh dikatakan wildflowers ni adalah bunga terbiar. Kekadang tidak dipedulikan oleh orang. Tapi apa dia peduli. Dia terus kembang mekar dan berseri selalu. Begitu juga kita, tak kisah lah kita tak dipedulikan, kita masih boleh bernafas dan menghayati keindahan di dunia ini. Kita perlu lalui hari-hari dengan penuh bermakna dan tidak lah perlu menyesal dengan apa jua yang telah kita lakukan. Hiduplah dengan seadanya.

Wildflowers menyerikan alam ini dengan caranya sendiri. Kenapa kita tak boleh? Cukuplah kita serikan hari-hari kita dengan cara kita sendiri, tak perlu peduli dengan apa orang lain fikir.

I want to be like wildflowers...........

Jom layan photo......


Wildflowers ni saya snap ketika di Bruges, Belgium. 

Teguh betul bunga ni walaupun rumput di sekelilingnya hampir kering. Gambar ni saya snap time kat Seoul, Korea.

Alam ciptaan Allah yang penuh warna-warni. Photo ni saya snap time di Bruges, Belgium.

Photo ni pun saya snap time di Zaanse Schans. Bunga kuning yang tumbuh di tepi canal tu menyerikan lagi suasana. I love this moment.


Photo ni jua di Zaanse Schans, wildflowers putih tumbuh merata-rata..indah betul.


Excited betul time jumpa bunga ni..yang color putih tu boleh terbang bila ditiup angin. Pernah tengok dalam tv..hehehe. Ni pun saya jumpa time kat Zaanse Schans

21 comments:

  1. i like dis kind of inspirational words "Cukuplah kita serikan hari-hari kita dengan cara kita sendiri, tak perlu peduli dengan apa orang lain fikir." keep on writing beb

    ReplyDelete
  2. Zila;

    Bunga yang last sekali tuh dandelion ... kalau kat lawn lawn rumah, memang orang tak suka ... siap bubuh racun lagi nak buang ...

    Anyway, saya dan anak anak memang suka, kekadang kita orang main macam macam ngan bunga nih ... and actually daun bunga nih orang buat salad ...

    Mmmmmm

    ReplyDelete
  3. suka..
    akak pun suka tangkap gambar bunga2 wild cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga2 wild ni sangat cantik...patutnya dijadikan hiasan keliling rumah :)

      Delete
  4. He he... Aku tahu semua nama bunga liar ini. :)

    1. Daisi
    2. Hawkbit
    3. Daisi
    4. Biji sesawi
    5. Lobak liar
    6. Dandelion

    ReplyDelete
  5. Gambar2 lama susun
    buat photobook
    banyak1
    susun macam kat library

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu suka juga buat photobook...sekarang macam dah malas..hehehe

      Delete
  6. cantiknya.. saya jenis suka tangkap gambar & makanan. hehehe

    ReplyDelete
  7. gambar yang paling last tu sangat cantik la zila

    ReplyDelete
  8. Waah keren banget gmbrnya..jgn lupa mampir ke elementmtb.com/manfaat-bersepeda-tidak-hanya-untuk-kesehatan/ yaa.. thx u.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Wow...i like wildflowers too...they are tough flowers indeed...
    Btw i like d last pic..dandelion one

    ReplyDelete
  10. saya pun sukaaaa tgk balik gambar lama2 dalam laptop or hp. Selalu dlm hp lah. Memories kan. sukaaa bunga dandelion tue. cantik!!

    ReplyDelete
  11. ciku pun suka tengok bunga tapi nak amik gambar secantik tu tak reti..huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya agak susah nak snap photo bunga sebab angin buatkan bunga tu tak duduk diam..kena tunggu angin stop then cepat2 snap..hehe

      Delete