April 18, 2015

China (Yangshuo) - Part 1

Assalamualaikum...

Inilah entry pertama untuk saya ceritakan pengalaman di negara China. Trip kali ni saya memang senang lenang betul. Boleh dikatakan langsung tak study betul2. Semuanya my sis yang buat secara ala kadar & santai2 jer. Dari segi study, itinerary, budget serta apa-apa pun booking. Saya langsung takde masa. Disebabkan GST bakal tiba sebelum trip ni, saya terpaksa kerja lebih masa dan ahadpun terpaksa kerja. Nak shopping barang-barang sebelum trippun tak sempat. Baju..jacket...semua pakai yang lama-lama punya. Nasib baik my sis paham keadaan saya..so dia decide nak buat semua. Dia gunakan masa makan dengan saya untuk discuss plan dia. Dia ckp kita pegi simple2 jer... takyah pulun sgt semua tempat nk cover. Kadang-kadang saya buat endah tak endah jer sebab dalam kepala fikir kerja je. Nasib baik manager saya ok..dia approved cuti saya yang selama seminggu tu...syukur. Tapi bila balik kerja..bertimbun-timbun la kerja...aishh.
 
Eh...terpanjang pulak intro..heeheh. Kami beli AA ticket 2-3 bulan lepas. Biasa la...tengok dulu bonus..baru boleh decide nak kemana..hehehe. Kena pulak ticket murah..dalam RM370++ (KL-Guilin dan Macau-KL). My sis mintak wang share sebanyak RM1,500 seorang dan saya bawa duit belanja for personal expenses dalam RM700. Total RM3,000 (RM1.5Kx2org) tu my sis cakap untuk transport, hotel, entrance fee serta makan. Tak cukup sebenarnya RM3,000 tu..my sis belum bgtau total expenses untuk saya top up balik kat dia. Last2 entry saya share cost ye.

Reference utama my sis untuk trip ini adalah dari :
1) http://visitguilin.org/
2) http://www.chinahighlights.com/guilin/.
3) http://www.chinatrainguide.com.
4) http://www.travelchinaguide.com/china-trains/guilin-schedule.htm

View dari atas flight ketika nak landing...saya sangkakan banyak nampak gunung-ganang..tapi takdepun.

My sis booked hotel Ji Ann Lie dari booking.com. Hotel ni bertempat di Yangshou, bersebelahan West Street Market. Manager hotel tersebut banyak membantu my sis...hotel juga sediakan transport kami dari airport ke Yangshuo. Jarak dari airport ke Yangshuo lebih kurang 1 jam lebih sikit. Kalau ikut rate for taxi harga lebih kurang CNY250 to CNY320. Bila guna transport hotel, just bayar CNY250. Kira ok lah tu. Sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan yang sangat indah..gunung-ganang bukit-bukau di sekeliling. Besar betul Kekuasaan Allah S.W.T menjadikan alam yang sangat indah dan menakjubkan. Driver kami sibuk cakap phone jer...langsung tak cakap apa dengan kami. Eh..kenapa kami tak ke Guilin? My sis cakap Yangshuo lagi best dari Guilin. 


Sepanjang perjalanan dari airport ke Yangshuo, kiri kanan depan belakang kami disajikan view indah in.


Sampai jer area Yangshuo...wow..ramai betul manusia berbasikal. Kelihatan dorang semua tu adalah tourist. Basikal pulak cantik-cantik..siap ada bumbung lagi...hehehe. Nampak pulak rakit penuh dalam sungai..tak sabar betul kami time tu. Cuaca pulak panas membahang. Lepas sampai area hotel, kami di jemput dari tepi jalan oleh pekerja hotel yang hanya bersinglet dan berseluar pendek...hahahahahhaa. Dia angkat bag kami ke hotel yang tak jauh dari main road. Tengok rupa hotel...alamak..macam rumah tumpangan jer...hahahaha. Bila masuk...wahh...dah mcm butik hotel, cuma lampu terlalu malap. Jom tengok photo.

Bahagian depan hotel. Wording semuanya bahasa cina...nak cari sendiri ntah-ntah sebulan baru jumpa...hahahha. Bilik kami yang atas sekali tu. Tak salah saya ada setingkat lagi lepas bilik kami tu. Takde lift ye. Tapi don't worry, staff hotel tu akan angkatkan bag.


Bilik yang amat selesa


LCD TV dihadapan katil


Saya suka shower hotel ni...macam mandi hujan...hahahah.


Bila tengok dari balcony, boleh nampak pekan kecik ni. Orang Yangshuo suka bunyikan hon macam orang Medan, agak bising kalau tak tutup pintu balcony.


Luar balcony...minum tea petang-petang pun best ni...hehe


Time tu perut berdangdut..terus masak maggie..alamak..tak leh masuk la..selalu masak maggie letak sos kicap telur sayur bagai...ni just semata2 perisa kari gitu...takleh terima la. Nampak tak travel cooker tu?? tak perlu la kami nak bawak rice cooker lagi pasni..hehehe. Ringan jer dan mudah nak bawak kemana saja.

Lepas rehat-rehat kejap, kami terus memulakan exploration.Niat nak naik bamboo raft yang baru kami nampak on the way ke hotel. Nak sewa basikal macam jauh sangat tempat tu..so kami decide nak naik apa-apa public transport kat situ. Sebelum keluar..kami tanya dulu macam mana nak ke tempat tersebut. Masalah pulak si staff hotel ni langsung tak pandai english. Dia cakap kami tak paham...kami cakap dia tak paham..punggah. Saya dapat idea tunjuk gambar bamboo raft kat map yang dia bagi tu. Dia pun paham la..dia bulatkan tempat tu dalam map dan juga bulatkan location hotel..kang pergi tak reti balik pulak...hahahahha.

Berjalan lah kami ke main road yang just 1 minit. Kat Yangshuo ni ala-ala Bangkok punya transport..ada tuk-tuk yang merupakan motosikal dan ada extra seat bahagian belakang bersertakan bumbung dan juga pemandu motosikal yang boleh bawak 2 orang customer sekali. Dua-dua transport nilah kami asyik guna sepanjang di Yangshou.

Orang Yangshuo ni suka hon-hon pastu tak pakai helmet.

Ada transport CNY1, tapi takde saperpun boleh kami tanya…semua tak tau english. Akhirnya kami terpaksa pilih tuk-tuk dengan harga CNY10 seorang. Bila tunjuk gambar bamboo raft dan map dia memang confident la nak antar..tapi tersilap tempat daaa. Orang hotel silap bagitau..tempat tu memang boleh naik bamboo raft..tapi bukan yang original daaa..dorang gantikan original bamboo dengan plastic bamboo daaa siap ada engin lagi. Kami nak naik yang manual dan original bamboo. Nasib baik mamat tuk-tuk sentiasa ikut kami jer..so kami tak tau nak bgtau tempat yang kami nak pergi tu..akhirnya ada sorang mamat macam agent tour ada area tu..dialah jadi orang tengah antara kami dan mamat tuk-tuk..dia pandai cakap english sikit2 la....

Ni lah driver tuk-tuk tu..bukan main bersemangat nak bawak kami naik bamboo raft...rasanya dia nak ambik commission tu sebab dia yang bagi harga untuk naik benda alah tu.



Deretan bamboo raft moden..


Saya tak sure kemana dorang di bawak pergi


Dah sampai walaupun tak naik...bergambarlah dulu...hehehe

Lepas dah clear tempat tu kat mana serta tambang tuk tuk...kami lega la. Syoknya bila sampai..hehehehehe.

Saya mintak my sis ikut saya ke ladang bunga dulu..hehehehhe. Ladang tu bersebelahan sungai tersebut jer. Sungai tu diberi nama Yulong River. Dari kereta tadi tu saya dah aim nak ke ladang bunga tu. Entrance fee sebanyak CNY10 seorang dikenakan.

Ladang bunga ni penuh dengan bunga-bunga kecik bercolor pink.


Me and flower...berpisah jangan :)


Bunga yang menawan kalbu


Tak tau apa nama bunga ni..ala-ala daisy pun ada


Hehehehe


Ada bunga lain juga...


Dah puas di ladang bunga...kami cross jalan untuk ke Yulong River. Eh..bamboo raft dah dinaikkan atas lori?? Awal lagi kut...baru pukul 5pm rasanya time tu.


Tengok dalam sungai....eh ada lagi ni. Kamipun naik la dengan bayaran CNY50 untuk dua orang



Indah sungguh Yangshuo ni...saya betul-betul jatuh hati dengan tempat ni. Keadaan panas yang membahang tetiba bertukar sejuk jer.


Sungai ni dah dimodify...mungkin untuk pelancongan


Airnya sangat jernih dan boleh melihat dasar.


Saya asyik fikir bamboo raft ni tak dapat support saya...hehehe. Saya duduk diam2 jer takut terbalik.....



My sis bangun dan berdiri dihujung...saya dah gerun. Bila tengok pendayung bamboo raft ni angguk boleh berdiri, sayapun beranikan lah diri. See?? I can stand. Can't believe it...hehehe


Perasaan ingin tahu pasal kisah my sis ceritakan makin menebal iaitu sungai ini dasarnya diletakkan concrete. Lalu saya minta dayung dari pendayung tu. Memang sah...ada concrete. Saya boleh rasa ketulan aggregate bersama cement mortar. Disebabkan dasar tak terlalu dalam...saya boleh nampak. Kenapa gitu ek?? Hmmm...maybe nak elak air berkelodak bila mendayung. Saya rasa lah :)



Dah puas berakit, tetiba di main road ada bas yang ke Yangshuo town...kami naik lah...hehe. Ada penumpang yang bawak sekor ayam hidup dalam bus...ayam tu gerak-gerak ke seat penumpang lain...hahahah

Perjalanan kami untuk hari tu bukan setakat itu saja. Nantikan next entry pengalaman kami order makanan disebuah restaurant halal, berjalan-jalan di West Street Market dan menyaksikan live theather iaitu Liu Sangjie Show yang sangat hebat.



22 comments:

  1. Mewah ghupernye isi dalam hotel tu, tengok dari luar memang macam rumah tumpanagn kat belakang chowkit road jer...hahaha
    Berapa rate tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice!! Bestnya!! Nanti nak try juga la usha2 tiket murah ke tempt lain jugak hehe

      Delete
  2. Sampai juga ke China...tentu Zila seronok dapat pergi dengan sister ke negara cantik yang orangnya ramai tak tahu English.

    Cantik bunga-bunga tu...Zila tentulah tak boleh dipisahkan dengan bunga.

    ReplyDelete
  3. Waaahhh memang menarik !!!! Seronok ! Dan nampak tak touristy sangat dengan org luar , itu yang tambah seronok!!!!

    ReplyDelete
  4. seronok membaca coretan zila...teruja la pula.mcm nak tempah tiket ke sana pula.

    ReplyDelete
  5. Betul lah kata Zila, lagi lawa dari Guilin. One day kalau sampai ke Yangshuo, memang nak try naik rakit bambu tu. Nampak seronok walau sebenarnya seriau gak kalau jatuh kan. Hihi.

    ReplyDelete
  6. bestnya..travel mcm ni..

    bukit-bukau landmark Yangshuo yang famous..

    ReplyDelete
  7. wah bestnya menikmati alam...terus tertarik nak g sini :-)

    ReplyDelete
  8. seronoknya.. mmg best dari Guilin?

    ReplyDelete
  9. Akak pengembara --> Hahahaha..tak salah saya dalam CNY300++.

    Prof --> Tu la prof..tak sangka dah sampai. Memang orang Yangsuo langsung tak tau english...tapi dorang baik-baik. Ya prof..i love flower

    Ghazali --> a'a betul tu..

    Nieda --> amboi...sampai cmtu sekali teruja..hehehe

    ReplyDelete
  10. Bibie --> jangan la setuju 100% pendapat saya Yangshuo lagi best dari Gulin..kdg2 lain orang, lain citarasanya. Air sungai tu tak deras ...so don't worry..hehehehe

    Nohas --> ;)

    Ayda --> really?? jom la..sayapun rasa nak gi lagi sekali :)

    Kak Yan --> Ikut perkiraan saya memang lagi syok dari Gulin..mungkin tak sama dengan citarasa orang lain :)

    Kak Noor --> Salam kenal kak noor :)

    ReplyDelete

  11. bestnya....mcm nak pergi jer lepas ni.

    U kata kat sana panas...area ni mmg panas ke?

    ReplyDelete
  12. Leez --> A'a panas time saya ada kat sana..time saya nak ke guilin tu..sejuk sikit pulak. Bila sampai guilin..lebih sejuk.

    ReplyDelete
  13. Mungkin elok ke sini pd bulan Januari atau Februari...dapatlah rasa sejuk sikit...

    ReplyDelete
  14. Mie --> Time saya pegi tu keadaan tu dah elok dah bagi saya :)

    ReplyDelete
  15. Lawa jugak Yangshuo ni. Unsung travel destination. boleh masuk wishlist

    ReplyDelete
  16. NotaKembara --> Nak kata tempat ni unsung tak jugak sbb byk tour company buat tour dari Guilin ke tempat ni. Yes..must put in your wishlist :)

    Anys --> ok..do it now :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak, bestnya rakit buluh tu awesome. hehe cuak pula tengok akak berdiri macam nak terbalik hehehhe ;p

    ReplyDelete
  18. Sheila --> Waalaikumsalam...hehehe. Memang cuak sebenarnya..heheheh

    ReplyDelete
  19. salam sis, kat china boleh buka website macam google/maps atau sosial media x? dengar kata website semua tu kena block?

    ReplyDelete
  20. Ammara --> Wsalam..a'a betul tu. Watsapp boleh lagi..google fb semua tu tak boleh.

    ReplyDelete