March 24, 2015

Disuatu Ahad Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Gatal betul tangan ni nak menaip..hehehe. Bukannya ada apapun nak share...main merapu share wat orang nyampah jer kan. Nak share hal travel, lom kemana-mana lagi setakat ni...cuma lagi seminggu dua lagi nak jelajah 2-3 negara. Mintak-mintak lah mampu..hehehe. Impian nak travel time snow masih tak tercapai...nak main snow kat India, my sis macam teragak-agak jer..hahahaha. Hopefully hujung tahun ni ada kut peluang...hehehehe. 

Satu hari tu my sis ajak makan mee tarik Warisan area KL..sayapun terus on jerlah kan sebab tak pernah try. Kena pulak time tu baru lepas baik demam..sepanjang demam memang tak makan..bila dah baik, memang nak makan macam-macam lah. Restoran Mee Tarik Warisan ni terletak di Dang Wangi.

Tak perasan ternganga tengok sorang mamat ni dok tarik tepung sampai boleh jadi mee...hahahahha. Masih tertanya-tanya cmner dengan tangan boleh hasilkan mee walaupun tengok banyak kali...hmmm..Bila ada orang order, baru mee akan ditarik..Jom tengok kami makan apa...



My sis order mee tarik tanpa sup..saya boleh bayangkan cmner mee ni dimasak..memula goreng kentang sampai garing...pastu letak air dan daging..kemudianya cili benggala dan bawang besar. Diperisakan sedikit dengan cili, garam dan gula. Kentang goreng tu memang memberi rasa dalam mee ni....memang sedap. Portion pulak macam untuk 2 orang...banyak. Harga pulak dalam range RM7-10 kalau tak salah saya. Texture mee ni macam mee maggie. Jika diperhatikan...bentuk mee ni tak sekata..ada yang kurus-kurus...dan ada yang gemuk-gemuk


Dengan tekak yang masih sakit dan terbatuk-batuk..boleh pulak order mee dengan sup yang pedas ni...hahahhaha. Memang pedas giler...seolah-olah sup ni hanya guna cili serbuk...fuhh. Last-last saya give up dan terus share makan mee tarik my sis...hahahaha.


Lepas dah kenyang...shopping kejap kat Sogo. Dekat-dekat masa nak travel ni..mesti ada jer benda nak beli..lepas dah shopping, saya ajak my sis gi taman rama-rama. Entrance fee just RM10 untuk Malaysian. Tempat ni memang terbaik nak hayati alam semulajadi. Rama-rama memang la banyak, tapi asyik terbang tinggi-tinggi. Nganga jerlah tengok...haahahaha. Ada juga la yang hinggap kt daun..boleh la snap sikit. 

Yang paling saya suka tempat ni adalah..kehijauan tumbuh-tumbuhan..fresh dan waterfall buatan yang kelihatan seolah-olah real. Dengan keadaan panas, memang best la duduk kat situ. 

Saya ni jenis geli dengan serangga..hahaha. Kononnya nak hayati keindahan taman rama-rama lah...bila rama-rama dok terbang kat saya..kegelian lah...hahahah. Eeiiiii. Jom tengok gambar :)



 
Deruan waterfall mini menghasilkan suasana hutan..


 Antara rama-rama yang sempat saya snap


Disebalik daun pisang


 
Hinggap di atas paku pakis


 
Pelbagai pokok yang ditanam di sini..


Rama-rama menghisap madu
Sampai di sini dulu jer semua...bai!!!

8 comments:

  1. Teruja dgn ayat 2-3 negara tu.agak2 kemanalah ye zila? Hehehe

    Mee tu sekali tgk dh mcm spagethi pun afa dah rupanya..

    ReplyDelete
  2. kat belah mane ye kedai mee tarik nih? dekat2 ngan lrt dang wangi ker?

    ReplyDelete
  3. Wah!!nak main snow di india...best tu..doa2 dapat lah main hujung tahun ni..Cik Nun pun tak penah main snow betul2.alang pergi snow pun dah ada bawah jadi ketul batu..

    ReplyDelete
  4. Zilla --> Tulah zilla..teruja gak..lebih2 lg nak nek train berbelas2 dari sebuah negara nih. A'a mcm rupa spegeti

    Azra --> alamak...tak sure la. My sis terer jln KL..saya mmg zero..hehehe

    Cik Nun --> Aminn..harap2 tercapai lah :)

    ReplyDelete
  5. wei aku pun dok survey2 kat manali, india rasa mcm nak je jejak kaki kat sana boleh main salji

    ReplyDelete
  6. fuyuh mee tarik warisan KL tu mmg tak pernah try lagi! tazzabar nak balik KL and try!

    ReplyDelete
  7. Saya suka makam Mee Tarik Warisan di Sungai Besi tu. Zila dah cuba di situ?

    ReplyDelete
  8. Firdaus --> Wahh kebetulan plak kita..hehehe.

    Ren --> Cepat2 balik KL :)

    Prof --> Belum lagi..maybe coming soon

    ReplyDelete