Assalamualaikum...
Kisah Beijing bakal berakhir di post ini. Dah beberapa hari di Beijing ni saya rasa orang Beijing baik-baik. Yang meludah merata-rata tu kisah lain lah..haha. Suka sangat bilik di Stey Sanlitun ni. Sepanjang di Beijing yang saya suka..first, suhunya. Nyaman sekali. Tiada bau masam-masam seperti di Seoul dan Guilin. Bau masam-masam tu sebab bahan masakan seperti kimchi atau jeruk. Yang second adalah Stey Sanlitun. Best betul stay sini. Nak minum coffee anytime, view dari tingkap lawa, katil dan bantal selesa, nak masak-masak selesa, bilik luas giler, modern, dan bersih. Rasanya duduk dalam bilik ni lagi lama dari explore dekat luar...hahaha.
Hari terakhir kami adalah pada 23 October 2025, thursday dan bakal fly balik ke Malaysia malam tu. Untuk hari terakhir tu, kami tak nak explore sangat. Idea ni tetiba datang. Kami baru tahu ada Universal Studio di Beijing. So, apa salahnya try kan. Nak pergi pun senang jer naik subway terus sampai. Line ke Universal Studio Beijing ni lama jugak. Nak dekat sejam tak salah saya. Yang best orang tak ramai dalam subway train ni.

Cloudy juga hari ni

Keluar jer dari subway station, jalan depan sikit untuk lalui security check. Boleh bawa makan sendiri ye.
- Saya recommend sangat roaming man portable wifi. Macam kami ada sorang satu hp dan sorang satu ipad. Bila di China semua sedia maklum tiada boleh access segala google map, whatapps, FB dan Instragram etc walaupun guna hotel wifi. Sehari sebelum trip saya baru tahu pasal roaming man ni. Terus my sis book. Alhamdulillah mudah betul. Hanya perlu pickup di KLIA dan return di tempat yang sama. Shape roaming man ni macam HP jer.
- Sediakan translate apps sebab local memang banyak tak tahu english. Bila dah hotspot kekadang salah satu phone disconnected. Leceh lah kan nak reconnect. So adanya roaming man amat membantu lah.
- Payment untuk kita beli apa-apa mostly guna Alipay. Kami tidak bawa cash langsung. Ternyata tanpa cash pun takpe. Tapi risk jugak. Imagine internet tak function. Hah susah lah kan. Alhamdulillah tiada perkara tu berlaku kepada kami. Apa tu Alipay? Saya tak ambil pot hal Alipay ni. Bila sampai baru my sis cakap, pergi dekat tngo ewallet. Tak payah download pape, nanti guna ewallet tu untuk scan bila bayar. Ohh, semudah tu rupanya. Duit yang kita dah top up dalam tngo ewallet tu akan automatic show currency dalam yuan dan di bawah yuan ada RM juga.
- Beijing ni sesuai untuk short trip. Rasanya 4 hari pun dah cukup.
- Kalau allocate RM400 untuk DIDI, saya rasa boleh save banyak energy kita. Macam kami guna DIDI lebih kurang 70% dan 30% subway. Jika ada masalah nak link dengan bank card dalam apps DIDI tu, no problem. Pilih option pay to driver. InsyaAllah setiap DIDI driver boleh guna Alipay untuk bayar. Scan jer nanti time nak turun kereta.
- Untuk yang memilih subway, cari area yang dekat Line 2, fuhh boleh connect ke macam-macam line lain.
- Dah sampai Nijuie dan terjah supermarket sila beli macam-macam dalam tu sebab murah giler. Dan jangan lupa bawa shopping bag.






















































