June 20, 2011

DiNNer - Spaghetti

Tengah2 lepak kat hotel time kat Melaka semalam, layan lah NTV9. Program masakan. Saya dah lupa nama resepi tu..tapi amat mudah. Tanpa berlengah sampai jer rumah pas mandi semua..terus ke dapur. Bahan2 yg digunakan semua memang dah tersedia ada dlm dapur, so xpayah la lagi nak ke Pasar Segar. Jom tengok cmner nak wat spaghetti ni.

Bahan-bahan:
Spaghetti
Udang
Cili
Bawang putih
Tomato
Nanas (ni xpayah sebenarnya tapi saya saja2 tambah)
Cheese
Air soda



Cara-cara:
1) Cincang cili dan bawang putih. Keluarkan kulit udang. Potong tomato dan nenas kecil2. Dalam rancangan masakan tu, dia pakai tomato cherry. Cheese tu akan di gunakan selepas masak.

2) Spaghetti kita kena rebuskan. Jangan lupa letak olive oil supaya ia tak melekat.

3) Tumiskan bawang putih dan cili sehingga naik bau, kemudian masukkan tomato, udang dan nanas. Jangan lupa garam ek. Masak sekejap, bila nampak udang dah bertukar color, masukkan spaghetti dan air soda..masak sekejap jer sebab spaghetti tu mmg dah masakpun.

Taraaaa..siap..xsampai 15min pun nak masak. Letakkan cheese time panas..kang xcair plak cheese tu..siap utk dimakan. Rasa dia masam manis..xpedas sgt.

June 17, 2011

"MaKaN2" - Proposal



Salam my sis...

Hehehe...seperti biasa tengah2 bulan ni duit dah susut, so apa kata kita susutkan lagi untuk makan2. Weekend ni saya nak propose to my sis tempat makan baru. Nak travel semua negeri dah pergi, nak gi ovesi bukan masanya lagi.

Smlm diskas2 my sis nak ajak gi Singapore tapi saya pulak keje esok. Tapi kalo dia betul2 serious..saya ponteng keje sok..hehehe.

So, saya propose kat dia makanan dlm malaysia dulu..hehehe..

Proposal No. 1 : Restaurant ni kat Ulu Langat..atas bukit. Dari atas leh tengok seluruh view KL. Kalo gi malam lagi best. Look Out Point ni western restaurant kalo xsalah..


Proposal No. 2 : Haven kat atas bukit Hulu Langat gak..1 area ngn Look Out Point. Western jugak nampaknya..hehe


Proposal No 3 : Pulut Mangga ni ada jual kt Famous Thai Aroma Restaurant waterfront Ampang...my pebret ni


Proposal No. 4 : Ni sesuai kalo pecinta dessert. Restaurant ni satu kat Mid Valley satu kat Bejaya Time Square ...jgn risau..Halal.














June 16, 2011

HoMeMaDe FooD


Makanan saya ni masak ni belum ada nama. Nantilah letak nama. Tak susah sangatpun nak buat. Cuma perlukan trotilla (macam roti canai gitu..leh beli kat giant), cheese, bawang, pepper, tomato. Inti tu wat la perisa black paper..saya potong ayam kecik2 pastu goreng skit..dah agak masak masukkan black pepper, garam, gula, air dan tepung ubi nak bagi pekat skit kuah.


Cheese & trotilla

Bahan2 yg diperlukan


Potong pepper (pape colour), bawang dan tomato..ikut suka cara apapun


Letakkan black pepper chicken yg dah masak dan susun cheese dan sayur2..kemudian lipatkan


Gunakan pan yg sesuai..letakkan butter pastu gorengkan..bila agak2 roti tu dah garing..terbalikkan..hati2 time terbalikkan, takut berterabur abis bahan2. Tapi kalau cheese kita letak banyak, InsyaAllah semua bahan2 akan melekat xkan berterabur time terbalikkan. Hasilnya seperti pic yg paling atas..sedap dimakan panas2 kerana roti tu rangup. Isi ayam tu kita boleh wat mcm2 masakan..rendangpun xper..heheh



June 14, 2011

iChiBaN aGaiN

Sebabkan kenyang tengahari tadi makan ayamas, so mlm ni teringin plak nak makan sushi. Nasib baik restaurant dekat ngn umah..parkingpun senang...mmg best duduk Kota Damansara ni, mcm2 jenis makanan senang nak cari..hehhe..layannnnn

LuNcH - Ayamas

Office saya kat Kota Kemuning. Kat sini restaurant biasa2 jer. Kadang2 jemu gak asyik ulang makan benda yg sama. Kedai melayu ada la 1 kat area office ni. Yang lain2 kena naik kete kalo nak makan. Hari ni saya sorg. Sesaja nak kuar sorg2. Selalunya makan dengan officemate. Perut dah lapar. Tak pernah plak la saya makan sorg2 kat restaurant. So, pusing2 punya pusing..terjumpa ayamas..saya ingat ke ayamas ni jual ayam yg diperap dan xmasak lagi..rupa2nya ada makanan. Hmmm..boleh tahan menunya. Sayapun ambik meal yg ada nasi. Makan dalam kereta sambil dengar radio..hehehe. Try tengok pic ni..terliur x?? hehehe

June 13, 2011

DiNner - Cantina KD

Arini balik lewat dr office. Malas betul nak masak. Perut plak dah xleh nak tunggu lagi..bekeroncong sakan. So terpaksa la makan luar. Semua restaurant dah jelajah..so kena la cr port baru sbb dah bosan..pusing punya pusing..jumpa 1 restaurant kat Dataran Sunway. Morocco food plak arini..hehhe. Tapi saya takla order morocco food, malay food gak lah. Kalo saper2 nak pegi..restaurant ni tercerok skit..dia kat area2 Nasi Kandar Padang Kota.

Dessertpun menarik2 gak


Makanan mcm2 jenis..

Akak saya order nasik goreng ngn sotong goreng..sedap sotong goreng ni..RM14


Saya order nasik kari ayam..set ni sekali ngn sup dan sambal...RM10

June 12, 2011

BreAkFasT aT HoMe

"Cucur Bawang Kopi O" novel yang saya baca sejak seminggu..lambat betul nak habis. Tebal sangat novel ni..saya ni jenis menghayati cerita. Hayati punya hayati...bangun jer tido pg tadi terus teringin nak makan cucur bawang ngn kopi o..hehe. Kalo kat penang, cucur bawang ni org panggil cucuq kaboi..xtau nape panggil cmtu. Mak buat memang sedap. Siap kembung2 lagi. Tapi bila saya buat..kemek2 je..hehe. Tapi rasa still sama la...hehe. maybe air terlebih kut. Rindunya cucuq kaboiiiiiiiii makkkkkkkkk!!!!!!!! Jom layan pic..
Taraaaaa!!! siap dahpun..saya tambah hirisan cili sikit..

Sambil makan sambil layan novel..hehehe


Bagi sesiapa yg tingin nak rasa cucur bawang ni..wat la sendiri..hehehe...ni resepinya.

Bahan-bahan
Seulas bawang besar
Cili hiris
2 cawan tepung
Sebiji telur
Garam
Gula

Cara buat
Masukkan hirisan bawang dan cili kedalam tepung bersama telur. Tepung perlu dibancuh dengan sedikit air panas dan air biasa sebab nak lembutkan cucur tu..ni mak ajar. Make sure cucur ni rasa manis2 skit yeee....dan make sure juga jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat...sedang2 saja..agak2 leh jemput2 tepung tu kira ok la.

Ouiiit..lupa plak nak wat kopi o..hehe..saya nak rekemen sejenis kopi ni..kopi ni saya selalu minum kt Joseph Kitchen. Sebabkan xtahan ngn harga kopi ni, hmmm..my sis yg gilakan kopi ni terus cari kt grocery sunway giza. Akhirnya jumpa, ada jual. So xperlu lagi nak byr RM6 utk 1 cup kopi..hehe. Sebelum ni suka sangat starbuck coffee sampai ada stok kat umah..skrg kopi ni lg best dr starbuck..baibai starbuck :P

June 8, 2011

ShiKiYa - Japanese food

Jom jalan2 cari makan lg. Hmmm...1 lagi tempat mkn yg saya suka ada kat Lowyat Plaza. Kat sini susah sikit nak cr parking kalo weekend. Tapi itu bukan halangan.

Dlm byk2 restaurant kat situ, 1 jer yg menjadi peberet restaurant saya..Shikiya. Kat sini ada Japanese food..Harga sikit murah dr Ichiban can Sushi King. Tapi Miso soup dia xsedap...makanan sedapppp.. :)















Ni yg akak sy punya..green curry spaghetti..pedas sgt2. Rasa mmg mcm green curry thai. Memang sedap..lain dr lain.


Sushi ni nama dia tuna spicy.


Taraaa..ni saya punya..tempura with rice. Tempura ni ada udang, carrot, keledek..dan 1 lagi jenis sayur saya xtau nama dia..dia bulat dan berlubang2 kt dlm..


Saya dah byk kali pergi mkn kt sini, tp dulu2 xpernah snap pic. Yg paling saya suka mkn..yg ada satay ayam dan nasi..kalo order bento lg best, mcm2 ada kt dlm box tu.

June 7, 2011

WaTeRLiLy BiSTrO

Waterlily Bistro ni office mate my sis yg rekemen. Sini boleh dapat makanan Bali. Makanan memang best, tapi harga plak yg takleh tahan..hehe. Sebabkan nak try, kena la korban sikit. Kalo nak gi Bali ntah bila nak pergi :P









Tengok ni apa saya makan..saya dah lupa nama menu ni. Lupa nak snap air pulut hitam, ice blanded yg diletak santan dan pulut hitam..


Ni my sis punya..harganya lg mahal dr saya..semua sekali mkn mlm tu nak dekat RM100..dia berlanja sbb dia ajak... (*_*)


Ni address restaurant tu :
The Waterlily Bistro
No. 11-G, 11-1, 11-2 (3 floors)
Jalan Mutiara Tropicana 3,
Mutiara Tropicana
474110 PJ.
03 – 7803 6603

SeOuL GaRdEn


Satu lagi tempat mkn best..hehe..Seoul Garden ni Korean food. Lebih kurang 2 kali saya pernah makan kat sini. Kalau kat One Utama, ada 1 kat new wing dan 1 lagi kat old wing. Kat sini mcm buffet. Kalo xsalah, sorg RM30 lebih.




Cara nak makan..setiap meja akan ada dapur sendiri :P
Kita boleh pilih nak sup apa..tomyam ke, sup ayam ke..1 jenis sup lg saya dh lupa dah nama dia. Yg bahagian tepi tu kita leh goreng :)


Byk betul pilihan makanan mentah yg dah diperap..mmg sedap. Seafoodpun mcm2 jenis.

Dessert ni sy pandai2 mixkan..hehe. Saya tgk ada sagu..so terfikir nak wat sagu gula melaka..tp phm2 la, org korea mana mkn cmtu..so sy fikir lg..hmm..ada susu cair dan brown sugar cair..sayapun mix ngn ais batu...taraaa...sedapppp wooo...hahah. Yg hijau ngn pink tu jelly..saya mix ngn ais batu dan susu cair..time buat dengan campur2 ni orglain tgk jer..yela drg xpandai...wakakak :P