May 12, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 2) - Part 3

Assalamualaikum semua..


Berjumpa lagi kita untuk next part of "Light,Free & Easy Trip to Korea"..hehe. Untuk this part, saya nak share activity saya untuk 2nd day di bandar Seoul. That day kami plan nak visit semua palace dan garden. Hah..begitu angan-angan besar kan?? Hahaha..nape saya cakap camtu? Nantikan kisahnya

Kami breakfast di guesthouse tersebut..pukul 8am baru breakfast start. 



 
 Kitchen guesthouse ni terletak di tingkat bawah tanah. Tak nampak peralatan memasakpun..breakfast yang disediakan hanyalah roti dan cornflake. Ok la nak lapik perut. Itu jer 1st and last time kami breakfast kt situ..hari-hari lain breakfast kat cafe.

Lepas breakfast, our journey has begun..

Saya begitu yakin dengan persiapan saya camner nak dapatkan Seoul Tour City Bus… hahaha. Sampai jer tempat yang patutnya bus tu stop iaitu depan Prince Hotel..eh..xde papepun yang menunjukkan station atau signboard..hah sudah. My sis mcm nak bengang kat saya..yer la.. tak boleh diharapkan.. hahhaa. Saya bg idea kita naik cab jer lah. Nasib baik dia agree..dia suruh saya pilih nak gi mana dulu. Terkial-kial pilih tempat yang saya rasa the right place to go..time tu saya rasa memang saya tak boleh diharapkan..hahaha. Nasib baik my sis cool balik bila tetiba cab tu lalu tepi 1 palace ni..dengan yakinnya dia mintak cab tu stop kat situ..dia macam tak yakin tempat yg saya pilih memula untuk pegi tu is the right place. And she right..rupa-rupanya itu Gyeongbokgung..fuh nasib baik dia terer kalo tak saya kena lagi..fuh.

1st time nak cab kat Seoul..hmm menarik cab tu..colornya oren..ada cctv lagi. Pastu ada GPS. Driver cab kat Seoul ni susah nak jumpa yang tau speaking London..haish.. Betul-betul kelakar nak explain supaya dia paham tempat kami nak pergi. Kadang-kadang keluarkan map untuk dia paham. Dan ada yang tahu baca bahasa korea jer..tu lagi haru..haha. Kalau suruh saya cakap korea, saya tau sebut ajusshi, kasanhamida, anyohaseyo jer. 

Kami sampai at the right time..dalam half an hour camtu akan ada show changing guard ceremony macam kat London tu. Manusia ramai betul kat situ..rombongan Cik Kiah dari Malaysiapun ramai...jom layan photo..



 
Berhampiran palace tu ada mende ni di tengah-tengah roundabout. Tak tahu lah ni untuk apa..ntah post guard ke apa..hahaha

Di keliling palace ni ada tembok batu ni..seolah-olah nak masuk satu dunia zaman dulu yang tetiba wujud di tengah-tengah kota raya..hehee. Saya ni peminat drama korea yang jenis zaman raja-raja tu. Yang drama-drama moden tu kureng sikit. Rasa cantik jer tengok pelakon-pelakon drama tu berpakaian tradisional, lebih-lebih lagi kerabat diraja.


Masuk jer area palace tu saya nampak ini!!! 


Ketika dan saat itu keterujaan tak dibendung..hahaha..boleh tengok cherry blossom..
Rasa segar sekali bila angin dingin bersama-sama kelopak cherry blossom berterbangan gugur..suatu pengalaman yang sungguh menakjubkan!!!


Punya lama saya dok snap bunga ni..yang ni jer yang ok sikit..hahaha..kejap snap depan blur belakang clear..kejap smua blur...haish. Sebenarnya saya guna compact camera baru, camera lama tetiba lagi 1-2 hari nak ke Korea rosak pulak...sayang betul camera tu..dan 2-3 tahun guna, rosak pulak. Saya still beli brand and spec yang lebih kurang sama dengan camera lama dan ada la sikit-sikit fuction yang agak bagus seperti boleh wifi.


Dari pokok sakura tu saya snap view ni..luas betul kawasan tu..atas puncak bukit tu boleh nampak macam ada tembok atau tangga..maybe ada something yang menarik atas tu!!



Kami berjalan ke arah tempat jual entrance ticket...bayaran 3,000₩ dikenakan.



Ini 1st pintu gerbang yang perlu kami lalui...gah betul kan?



Nenek-nenek ni walaupun bertongkat tapi cergas. Ada yang tegur saya dalam bahasa dorang seolah-olah sebelum ni pernah jumpa saya..hahaha.


Kemudian saya jumpa ni...cantik betul bunga ni..ada putih dan pink..


Another pintu gerbang..



taraaaa....cantik kan??


Taraaa...sama tak macam entrance ticket tu?? Inilah Gyeongbokgung. "Gung" bermaksud palace. Boleh juga sebuk Gyeongbok Palace. Boleh belek-belek dari luar jer palace tu..Saya tak tahu sngat sejarah palace ni..kawan-kawan boleh baca history palace ni dari internet.


Another angle. Saya tak pernah alert shooting drama location..apa yang dapat saya katakan, saya rasa seronak dapat tengok semua ni yang selama ni saya hanya tengok dalam drama.


Kemudiannya kami tengok changing guard ceremony..macam tengok tentera-tentera zaman dulu..hebat sekali. Pengunjung kat sini tak sehebat pengunjung time saya tengok changging guard ceremony di London. Saya ada rakam ceremony ni..



My sis that day tak berapa sihat, saya biar dia rest sekejap dan saya jalan-jalan area berdekatan dan jumpa bunga ini.


Ini bahagian tepi palace tersebut..ada taman kecik area tu..bersih sangat!!


Semua building lama kat Korea ni standard jer design camni



Kami keluar dari area palace tu. Rasanya kami spent dalam 1 jam lebih dalam palace tu. Kami duduk di kerusi area luar palace tu dan berbincang. My sis cakap dia tak berupaya kalau nak teruskan ke next destination dengan keadaan dia ketika itu. Bincang punya bincang, kami setuju ke Namdaemun Market



Kami guna cab lagi, kalau guna T-money ni untuk bayar cab, ada la discount sikit. Boleh reload kat mana-mana 7Eleven.


Driver cab tu terus hantar dia depan-depan market tu. Saya cakap camni.. "ajjushi..Namdaemun Market" si ajjushi tu plak "Market..&^%" dia cakap apa saya tak paham la...hahaha. Bila sebut shopping baru dia paham..hahaha


Kalau jumpa orang berpakaian macam diaorang ni, kita boleh tanya apa saja..diaorang akan bantu. Siap provide map lagi. Bagus sangat..and yang penting ianya adalah free.



Tips untuk anda..silalah ke souvenir shop ini..best giler..owner kedai ni mokcik yer. Dia dok area mainroad market tu..mintak kurang senang jer dapat dan siap bagi saya fridge magnet free lagi...hahaha. Ada sorang customer dia, dia main amik apa2 jer souvenir and sumbat-sumbat dalam plastic bag orang tu. Bila saya nampak jer gitu, saya decide nak beli banyak-banyak kat situ...hahah. 

Besar sangat market tu..tak terlarat nak jalan. Bincang punya bincang, kami setuju balik ke guesthouse dulu. Kan berplastic2 souvenir, tak selesa bawak barang lain kalau nak berjalan-jalan. Kami rest dulu kat bilik sebelum sambung ke next destination. Penat tau!!! Kan travel kali ni "Light" so no need takut kut2 tak sempat cover tempat-tempat lain. Sepanjang di Seoul gitu lah kami...pagi ke tengahari jenjalan..then balik rest..petang kul 4pm sambung balik..hahaha.

May 11, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 1) - Part 2

Assalamualaikum...


Jumpa lagi kita untuk entry seterusnya mengenai "Light, Free & Easy Trip to Korea". My sis yang tak sabar-sabar nak baca entry seterusnya..ni dia!!! hahaha. Hari-hari chased saya suruh menulis..hahaha. Entry ini juga untuk pembaca2 semua yang maybe nak tahu camner pengalaman saya di Korea dan maybe juga ada yang ingin mencari pape info untuk reference..sila kan yerr.

Sampai jer Incheon Airport kami masuk ke toilet dulu. Time tu macam ada 2 flight yang turunkan passenger dlm masa yang sama. Dalam hati saya cakap kang lama pula nak tunggu turn kat immigration. Andaian saya tak betul rupanya, just tunggu 2 orang and then turn kitaorang. Anggota immigration pun cepat jer buat kerja dan kami dilepaskan tanpa apa2 masalah. Kemudiannya kami terus ke 7eleven beli T-Money. Harga card tu adalah 2,500 dan menambahkan nilai menjadi 30,000 bermaksud Won yer kawan-kawan yang mana nilai 1,000 bersamaan RM3. Kalau nak senang memahami nilai-nilai yang akan saya letak kat sini..sila darab nilai won tu dengan 3 dan bahagi 1,000 (? x 3 / 1000 = RM?). Kalau expert cam den..just darab 3 jer..tak payah nak divide2 bagai..muhahahahaha.

Kemudiannya kami keluar dari airport ikut exit 5 pandang kanan sikit terus station bus...setapak dua jer kawan-kawan..hehe. Tak sampai beberapa saat bus yang belum sempat ditunggu sampai. Saya tanya la sorang mamat yang ntah cina ntah korea tu nak beli ticket dalam bus atau counter ticket..dia cakap counter ticket. Kalut-kalut la berlari anak kami ke counter ticket sebab takut ditinggal bus. Counter ticket plak cakap beli kat driver..compius!!! hahaha. Kawan-kawan print voucher kat bawah ni dan tunjuk kat driver..nanti dia potong harga ticket dari 10,000 kepada 9,000. RM3 la save. Lebih kurang sejam kut atas bus.. macam2 view menarik sepanjang jalan..jom layan photo

Pandai-pandai la nak print voucher ni cmner. saya print 1 voucher dalam 1 A4 paper. Takde color. Driver tu accept jer..heehehe.Semua voucher saya print takde color. Make sure print 2 sets yer..untuk balik kang xde discount pulak. Dan banyar guna cash kat driver tu, jangan pulak touch T-money..kang takde discount.



Depan jalan ni la untuk bus ke Myeongdong



Kincir ni sangat lah besar..time flight nak landingpun dapat lihat..tak sangka boleh lihat real cmni...menakjubkan!!!



Tetiba nampak ni...saya kira itu adalah cherry blossom yang saya nak tengok sangat2 tu..banyak forumer forum Cari cakap time saya tiba di Korea bunga ni dah takde..my friend yang baru balik dari sinipun cakap bunga ni dah gugur dan hujan jer...tapi Alhamdulillah saya berkesempatan juga tengok dan sepanjang di Korea cuaca amat baik sekali..Syukur!!!


Kemudiannya nampak bridge ni..banyak betul bridge sepanjang jalan ke Seoul



 Traffic pun ok jer. Agak jem bagi jalan yang bertentangan..maybe nak balik office lagipun time tu jam sudah pukul 6pm camtu.

Bila sampai Seoul, bus tu akan stop beberapa tempat. Station yang akan saya stop adalah Sejong Hotel. Dari Sejong Hotel ni perlu berjalan kaki ke guesthouse. Lupa nak bagitau..Sejong Hotel dan guesthouse yang akan saya stay tu adalah di Myeongdong. Sebenarnya my sis yang deal hal book guesthouse tu. Owner guesthouse tu dan bagi map untuk senangkan kami. Jangan tak tau yang owner tu accept permintaan my sis untuk bilik di 1st floor disebabkan kesihatan my sis and dapat discount lagi...haha.

Bila sampai lorong ke guesthouse tu, kami macam tak confident jer nak terus ke depan lagi, tanya la dari pekerja restoran berdekatan, wahh..dia keluar dari restoran dan terus tunjuk guesthouse tu..hebat!!! Hmmm...jangan salah paham pulak yang guesthouse ni berada dilorong..hahaha..sebenarnya jalan 1 lane jer...macam 1 way gitu. Area saya stay tu memang penuh dengan restoran kiri kanan jalan..agak bz keadaan situ.


Kami jumpa stall roti ni..inti dalam ni semuanya berasas potato, vegie serta red bean. Masih panas-panas lagi..sesuai makan petang2 camtu..



Bila sampai guesthouse, 15 minutes diambil untuk pekerja guesthouse tu explain etika ketika stay kat guesthouse yang bernama Residence EO itu..antaranya adalah :
1) Kasut kena bukak dan letakkan dalam locker, pakai kasut yang disediakan. Bagus cara tu, kotor kasut kita tak ikut sekali masuk bilik, Kunci locker tu kita pegang la. So dun worry yer
2) Entrance door and room door hanya perlu touch jer satu card sebesar 2"x1". Kecik tul
3) Dia ajar guna oven and washing machine. Sebab semua tulis korea..tak paham
4) Dia ajar macam mana buang sampah. Sepanjang 5 malam tu, kalau bilik kotor, cuci sendiri..sampah buang sendiri ikut kategori kertas, plastic atau sampah biasa. Bagus betul kan?



Bilik ni ada aircon tapi takde remote dan plugnya di cabut..maybe spring pun agak sejuk..tapi saya panas..hahaha..memalam tido bukak tingkap tu..tingkap tu sebenarnya ada 2..dibahagian dalam dan luar.



See..semua ada..hahaha..ada guna jugak la semua tu



Toilet not bad



Lepas siap belek2 bilik...makan time!!! Orang asyik sebut2 susu pisang..akhirnya saya pun dapat merasainya..hahaha..sedap tau!!!


Pekerja guesthouse tu, Don dan Monica sangat pandai berbahasa inggeris. Kalau ada apa-apa masalah, anytime diaorang boleh bantu.

Lepas rehat semua..kami bergerak nak menjalankan motif ke Korea..hehehe. Kami berjalan ke area happening di Myeongdong..ternampak escalator ke subway..my sis cakap maybe boleh cross ke seberang jalan dengan escalator tu..saya pun ok jer...turun jer ke subway tu..fuhhh..banyaknya kedai kat bawah tanah tu..manusiapun ramai..heheh..belek-belek sikit2..kamipun sambung tujuan asal...




Barang2 yang dijual di station subway Myeongdong


Kami hanya round Myeondong. Happening sangat. Ramai betul orang keluar shopping sampai berlaga-laga bahu. Saya tak dapat nak banyangkan betapa besar tempat tu..fuhh!!! Banyak betul cosmetic shop. Salesgirl disetiap cosmetic shop tu pasti akan tarik customer dengan beri sample free..sayapun join sekali la..hahaha..ambil sample free and them masuk belek-belek jap barang dalam tu kemudiannya keluar..hahaha!! Syarat untuk sambil sample free. Cosmetic2 ni bukan taste saya..lipstic saya yg satu tu dah 3 tahun, lom abis2 lagi..masih panjang..hahaaha. Tak pandai la den. Myeongdong ni macam tempat shopping mahai gak la..tak sesuai la saya nak bershopping kat situ..hehe



 Sotong kering...tak lalu nak try..hehhe


Namsan Towe ni boleh nampak dari guesthouse kami..tak sabar nak naik atas sana..hehe


 Ni lah keadaan jalan ke guesthouse kami..lewat malampun area ni masih ramai orang



Selama 6 jam atas flight badan sakit-sakit..lepas makan saya terus tido. Keesokkan hari banyak energy nak guna..so kena rehat. Nasib baik kesihatan my sis beransur ok. Malam sebelum ke Korea, jari kaki dia pulak cedera. Barang terhempas atas jari kaki. Lebam. Nak pakai kasut payah sikit la. Asyik mengadu sakit jer sepanjang hari dari Malaysia ke Korea. Sebelum jalan-jalan area Myeondong, kami singgah farmasi. Dengan hanya spent 3,000 untuk ubat tahan sakit. Sepanjang di Korea Alhamdulillah dia boleh tahan sakit dan active dari saya pulak..hahaha.

Saya ni kalau berubah tempat tidur akan susah sikit nak tidur..nganga jer atas katil. Kalau bukak tv tak paham pulak orang cakap korea..tapi disebabkan maximum takleh tidur..makanya ngadap jugak tv. Boleh tahan show2 dalam tv korea ni..layan jugak saya satu sekmen camner kehidupan seorang makcik yg agak daif hidup dia..sesuatu yang berbeza..i love it. Sepanjang di sana..2-3 kali jugakla ada tv show camtu..dan layan jugak movie omputeh..

Ok semua..nantikan kisah yang seterusnya..bai bai!!!

May 9, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 1) - Part 1


Assalamualaikum...

Lastly..I got time to write entry about "Light, Free & Easy Trip to Korea". Kenapa trip kali ni saya bagi nama bagai?? Jawapannya..sesaja jer..hahaha. Takde lah..gurau jer..sebenarnya trip kali ni tak extrem macam trip-trip sebelum ni yang saya pulun nak cover semua interesting places kat sesebuah negara yang dilawati. Light itinerary juga did by myself not my sis as usual. Flight ticket book 2 bulan sebelum pergi. Dua tiga hari lepas tu, my sis jatuh sakit. Agak serius keadaan dia..time tu bayang-bayang Korea pun macam kabur-kabur jer. Dengan semangat yang my sis akan sihat, saya study berkenaan Korea denga sedikit bantuan my sis. Selama sebulan dia cuti. Macam-macam kaedah perubatan, akhirnya my sis sedikit ok. Sebenarnya keadaan my sis memang bahaya untuk dia travel jauh. Saya rasa dia takut saya frust, akhirnya dia gagahkan diri nak on jugak trip ke Korea. Berulang kali saya tanya dia..dia bersungguh nak pergi. Makanya..terhasillah itinerary  "Light, Free & Easy Trip to Korea"....yeeeeee...tepuk tangan semua!!!!! Hihihi

Travel location ni saya yang pilih. My sis tak pernah pun minat drama-drama korea macam saya. Tapi terujaan untuk ke sana dua-dua merasainya. Preparation just ala kadar jer. Kami tukar seat biasa kepada hot seat untuk keselesaan my sis. Seat kami ni tak jauh dari tempat prepare makanan..bau makanan kuat giler sampai saya sakit paler...haish.

Ada beberapa info saya ambik sebelum ke korea..sumber-sumber tu adalah dari :
1) Forum cari Korea. Page-page yang awal tu banyak boleh refer dari segi restoran dan mcm2 lagi. Copy dan print mana-mana yang patut.
2) Sila visit Visit Korea Web, macam-macam info tentang interesting places, event, festival, coupon voucher transport info dan bermacam-macam lagi. Tour agent info pun boleh didapati di sana.

Sebelum saya teruskan pasal entry Korea ni..saya nak share sikit tips :
1) Bawak makanan sendiri seperti sambal ikan bilis atau rendang daging/ayam sebab kat sana susah nak dapat makanan halal..kalo stay kat Itawon ok la sebab banyak halal food.
2) Book guesthouse/hotel yang sesuai sebab kalo tersalah pilih..nanti jenuh menapak. Better dekat-dekat dengan main road atau subway station.
3) Standby extra camera memory card and power bank for camera and fon charging sebab banyak sangat view cantik untuk snap
4) Bawak minyak urut standby kut-kut kaki sakit sebab kat sana kena banyak jalan
5) Pakai kasut yang sesuai
6) Buat itinerary dan kos
7) Book bus untuk ke Nami Island
8) Print voucher discount for transport from airport to Seoul (pls continue reading)
9) Print voucher discount for others (pls continue reading)
10) Belajar sikit2 macam mana nak sebut anyohaseyoo and kasanhamida..hahaha. Orang korea syok bila kita cakap bahasa dorang.

Ni baru intro pasal trip ke Korea. Saya minta maaf sebab tak dapat nak teruskan penulisan sebab lepas balik dari Korea iaitu Rabu lastweek, saya terus balik Penang dan balik ke sini on Sunday. Monday pulak saya baru start kerja baru di new company. Entry ni pun saya taip ketika lunch hour. Insyaallah weekend ni saya akan sambung pasal entry Korea ni. Teruskan membaca pengalaman saya di Korea dan semoga memberi sedikit sebanyak info.

Saya share photo sikit dulu..sorry ya!!!


Dalam flight ..1st meal yang disajikan adalah pancake sebagai breakfast.


ni 2nd meal saya. Merangkap lunch..hehe


Yang paling best my sis nyer lunch..rice and greaen curry chicken..terbaekk!!!


Ruang hot seat lebih luas..selesa!!

April 30, 2013

Hai Malaysia...Saya ada di Korea (^_^)

Assalamualaikum...




Saat ini dan ketika ini saya berada di Seoul, Korea
Sepanjang berada di sini, cuaca sangat baik dan udara nyaman sekali.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.
InsyaAllah saya akan share pengalaman kat sini pada masa akan datang..

Saya share sedikit sebanyak gambar yerr..hehe




Inilah salah satu impian saya..nak tengok bunga ni.Walaupun bukan musim bunga ni merimbun, saya bernasib baik dapat tengok sesetengah pokok yang merinbum..

Bai bai..cu :)

April 25, 2013

Itinerary Krabi



Assalamualaikum

Baru-baru ni ada beberapa rakan blog dan juga bukan rakan blog bertanyakan itinerary Krabi. Dalam masa beberapa minit terhasilah itinerary tersebut. Kebetulan dah ada..makanya saya nak share lah kat blog saya yang tercinta ini. Trip saya ke Krabi yang berlaku dulu kala ini..adalah trip terkejut tergempaq. Ia juga diberi nama roadtrip...aaahaaa!!!

Trip ini sesuai untuk sesiapa yang belum beli flight ticket dan nak melalui pengalaman adventure gitu. Bila guna kereta sendiri ke Krabi ni banyak faedahnya. Antaranya senang nak bergerak kemana-mana dengan keadaan yang selesa. Dan kena ingat..make sure petrol tu siap-siap taruh full tank ketika masuk ke sempadan Thai. Minyak kat Thai berganda-ganda mahai tau!!

Nak tahu lebih lanjut trip saya ke Krabi, boleh click link-link yang sebelah kanan blog saya ni.


Ini adalah kos untuk dua orang..iaitu me and my sis.
Cantek kan?? ini salah satu view dan di salah satu 4 island yang saya pergi ketika ke Krabi.
InsyaAllah..kalo ada rezeki saya akan ke Korea esok pagi.
Sekian..terima kasih..bai bai


April 5, 2013

Satay House @ Kota Damansara

Assalamualaikum....

Entry kali ni pasal jalan-jalan cari makan yerr!! Kalau saper-saper yang stay kat Kota Damansara ni sure tahu Satay House. Hmm...sebenarnya restoran ni wujud dari last year. Entah kali keberapa saya ke restoran ni baru semalam tergerak nak snap rupa satay kat situ...hehehe. So hari ni saya nak share la sikit pasal Satay House ni. 





Restoran yang ada trademark memang boleh maju!!


Satay House ni sangat dekat dengan rumah saya. Restoran ni hanya bersebelahan dengan San Francisco Pizza. Nak order satay ni ada syarat-syaratnya...amboi..over pulak bunyiknya kan!!! hehehe. Kalau saya lah kan..5 cucuk satay dah cukup sebab secucuk satay banyak isinya..takde lemak langsung. Malangnya kat sini minimum order adalah 5 cucuk. So, kalo saya nak 5 cucuk dan campur-campar ayam dan daging..makanya tak boleh la. Kena order 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..tak larat nak habis. Tapi nasib baik la pegi dengan my sis..boleh dia 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..share-share gitu. 




Nyum nyum..terbaek lah satay ni!!!
Saya suka satay daging lagi dari ayam sebab dagingnya sangat lembut dan manis..penuh dengan rasa. Ayam macam kering sikit dan bahan-bahan perap macam tak serap ke dalam. 
Harga satay ni lebih kurang RM1.20 - RM1.50



Taraaa...ini lah mee rebus. Harganya RM6.00
Nampak simple kan?? Tapi kalo gaul semua sekali...fuhh best!!!



Yang teringin nak ke sini..kat bawah ni addressnya. Kalau ada yang nak saya bawakkan..contact2 lah yer..hehehe. Kalau sorang dua boleh la saya belanja sambil kenal2. Kedudukan restoran ni betul-betul berhampiran Segi Kolej. Kalau ke sini..terus ke counter untuk order dan terus bayar. 


Satay House 
No.7 Jln Teknologi 2/1C , 
Kota Damansara Signature Park 
47810 P.J Selangor