Assalamualaikum...
Apa khabar semua?? Hopefully pembaca blog saya ni sihat-sihat hendaknya. Sure ada pembaca yang masih bercuti CNY dan mungkin ada yang dah bekerja seperti saya sekarang ni. Agak sedih tahun ni saya tak boleh cuti lama seperti tahun-tahun sebelumnya. My boss ni len macam la..orang melayu disuruhnya datang bekerja since hari rabu dan kaum cina dan india boleh pulak cuti direct seminggu..sedih la. Saya plan macam-macam untuk dibuat jika cuti panjang. Sedih juga tengok mak yang mengharapkan saya lama di kampung..what to do!!! Hmmm...
Entry kali ni saya just nak share photo2 company annual dinner. Excited sungguh opismate..semuanya bercerita pasal pakaian..ko nak pakai apa..aku nak pakai apa..heehe. Saya simple jer..tergelak opismate saya bila saya cakap saya nak pakai pakaian yang besar dan tidak ketat2..supaya boleh makan banyak..hahaha. Annual dinner ni diadakan di Tropicana Golf Club..dekat jer dari office. Happening sangat. Boss pun nampak sporting. Guess terdiri dari subcon dan supplier. 25 meja bulat tersedia dalam satu dewan yang mana setiap meja boleh muatkan 10 orang. Ngam2 jer meja saya muat2 untuk opismate melayu perempuan dan sorang aunty india (cleaner office saya merangkap rakan untuk saya bercerita pasal tamil movie :P)
Jom tengok photo..
Taraaaa...makanan dihantar 1 menu by 1 menu..ni semua orang tahu kan?? Yee sang (camgini ka eja..heehhe). Makanan ni terdiri dari veggie dan keropok ikan..time nak gaul ni semua kena bangun gitu...then gaul sama2. Saya suka la makan ni..sedap!!!
Ikan bawal ni saya rasa dorang masak style steam. isi ikan ni kenyal dan fresh..
Kemudiannya ini pulak diantar ke meja..crab shark fin soup..fuhh... terbaekk lah. Isi crab banyak sangat..
kenal tak mamat ni..tak salah saya orang panggil dia apa mende the gimmick ntah...hahaha..xberapa nak amik tahu nama2 orang saya ni..hahaha. tak sangka pulak boss invite dia wat show. Memang terer dia cakap cina..india..lancar. 1 dewan enjoy show yang dia wat..memang terbaekk lah.
Butter prawn ni pun terbaekk..besar udang ni. Tak puas makan udang ni sebab dapat sorang sekor jer..kalo ada 3-4 ekor sorang..baru puas..hahaha
Ni pulak dessert..air soya dan ada isi dalam ni..dah lupa benda apa.. :P
Ni pun dessert jugak..bingka tu saya rasa macam bingka nestum..sedap. Yang lagi satu sebelah kanan tu roti canai..ada filling melon dalam tu..rasanya boleh tahan.
See what i got for lucky draw?? hahaha..RM300 voucher tau!!!! Ini la paling terbaek malam tu...haaha. Sempena CNY memang sempat la saya shopping macam2 kat Jusco sebab banyak sale..hahaha
Door gift ni adalah untuk guess..akibat ada balance..kami staff dapat la sorang satu..heheh.. plain mug jer pun..boleh la letak minyak masak yang dah digunakan untuk kegunaan kemudian hari :P
Best la annual dinner ni..kitaorang happy sangat. Semua dapat hadiah..hos malam tu pun best..rupa dia macam Eric deco tu..botak..body..sama jer..memang kelakar la mamat tu..hahhaha. terlupa nak snap photo dia. Giler betul dia..menari atas stage style seksi2 bagai..geli nengoknya..hahahah.
Eh apa ni?? macam hamper tak siap jer...haahahha. Ni hamper hasil tangan saya..haahah. Saya buatkan CNY hamper ni untuk Christina iaitu opismate saya yang paling rapat. Saya rasa lagi bermakna kalo saya wat sendiri daripada saya beli disamping save budget...wakakaka (nampak cam tak iklhas pulak dah). Ikhlas tak ikhlas biarlah Allah saja tahu...papepun ni jer kemampuan saya.





































