September 11, 2012

PeLBaGai OpEn HoUSe, OFFicE DaN SiTe (^_^)

Assalamualaikum...

Entry ni pasal raya lagi yerrr...hehehe. Selalu dengar "Open House" jer kan?? Haaa!!!!! Masuk blog saya ni boleh baca pasal perbagai open..hehehe. Ungkapan yang saya nak bawakan adalah... "Open House" (yg selalu2 kita tau kan) kemudian  "Open Office" ...haaa boleh meh?? Dan satu lagi "Open Site"..ni giler sikit kan?? Hahaha. Tapi ini betul2 terjadi yerr..bukan rekaan.

Sebenarnya saya ada ramai kawan di KL ni..cuma takde kesempatan nak jumpa. Syok kalo still contact dengan kawan2 lama. Pada 2nd week raya..saya dengan penuh excitednya arrange  "Open House" . Tak ramai saya jemput sebab rumah sempit dan pinggan mangkuk periuk belanga kecik2 belaka...hahaha. Sukanya saya bab2 masak ni walaupun taklah terer..papepun saya buat habis terbaik lah. Jangan cakap banyak jom tengok photo...



Open house saya ni adalah pada hari Jumaat, Hari Kemerdekaan. Search punya search kat google..jumpa la 2-3 blog boleh order tart dan cream puff..kebetulan antara blog tu rupa2nya jiran jer..hahaha. Senang sangat la nak ambik..berapa langkah jer dari rumah. Betul2 kebetulan...hahaha. Saya pilih makanan saya suka jer...haha. Just spent RM50 saya dapat makanan yang puaskan hati. Cream puff tu just 80 sen/pc dan cream puff RM1/pc


Spaghetti saya memula cair..saya ingat lepas letak cheese boleh pekat..rupa2nya tak..nasib baik sempat tambah sos bagi pekat.  

Ostolia salad ni saya dpt inspirasi time makan kat Melbourne..namapun saya letak sendiri...hahaha. Mixed of celery + carrot + prawn + nenas + crab stick + mayonnaise + pepper + serbuk cili. sayur2 tu mentah2 yerrr.  

  
Masak lemak ni makan bersama ketupat nasi dan dicampur dengan kuah kacang. 


Kuah spaghetti..saya suka guna sos brand Kimball Mushroom. Caranya just tumis bawang besar + bawang kecik + bawang putih + sikit pepper...selepas puas hati...masukkan carrot yg dipotong dadu dan tomato yg dipotong dadu serta daging cincang RAMLI...biarkan seketika...kemudian masukkan sos dan bottom mushroom dan green pepper. Senangkan?? 



Biskut rayapun ada lagi...hehe



Nasib baik Maxis pos angpow kosong ni after raya...boleh la saya letak duit raya yang xseberapa dalam ni...hehehe. 


Cantik x bunga rose ni?? hehehe



Yang atas ni "open" kat mana pulak?? hehee. Ini la "Open Site" yang berlaku kat project site saya handle sehari sebelum "Open House" saya. Site ni kat Seremban 2. Meeting dengan consultant, engineer, architect...keluar jer dari cabin meeting tu..dah tersedia makanan..hehe. Nasi ayam dan pizza hut. Sedap sangat nasi ayam tu. Kena pulak keluar meeting lapar giler...hehe. Syukur2

Abis sudah cter "Open House" dan "Open Site"...now "Open Office" pulak yerrr!!! Kitaorg melayu2 kat office bersepakat nak masak untuk jamuan hari raya office. Dengan confidence giler saya offer nak masak nasi tomato dan ostolia salad. Kat atas ni photo rendang. Ada sepeket lagi daging cincang dalam fridge..so saya wat rendang yang sama resepi dengan rendang kerbau saya kat kampung ritu..hehe. Dapat sambutan rendang saya ni..hehe

Nasi tomato saya....haha..

Ostolia salad ni saya potong2 dulu kat rumah then bila nak start jamuan baru masukkan bahan2 dan gaul.

Bekalkan untuk my sis..sian dia makan ostolia salad xde mayonnaise..saya lupa nak letak..haha

Ayam masak merah dari Dilla ni nak matchkan dengan nasi tomato saya

Ketupat2 ni Lily sponsor..pelopor asal project ni..hehe.

Cute2 jer blueberry cheese tart ni. Dispatch yg sponsor..tapi saya yang order dan gi ambik..dia bg duit jer  

Ni sponsor dari Dayah..pandai dia masak!!!

Kuah kacang dari Aida

Dessert ni dari Kak Maria dan Zai

Sempat ambik paha ayam...hehe

Semuanya bekas tupperware jer..hehe

Bangsa2 cina makan dengan happy dan puas hati..hehe



September 7, 2012

SYOKNYA RAYA......


Assalamualaikum....

Nak dekat sebulan jugak ye saya tak update blog ni..hmmm. Hopefully saya tak terlalu lambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Macam selalu2..saya sure akan beraya di Penang tempat kelahiran dan saya membesar. Tiap kali tibanya raya..saya sure akan cuti seminggu, tapi malangnya my leave application rejected sebab takde annual leave. Maklumlah company saya kerja ni annual leave ikut pro rate..dah la setahun annual leave 8 hari jer. Sedih tau susah nak travel mana2..

Saya sempat berbuka dengan family last day puasa. My bro-in-law gigih balik kampung dia kat Baling, Kedah gara2 nak beli daging lembu yang makan rumput...amboi hai..hehe. So saya order daging kerbau sekali..
hahah. Tak pernah lagi saya makan daging kerbau. So sayapun try la buat rendang..tak sangka sedap...hahaha. Tupun refer google..hahaha. Tiap2 hari raya kerja saya hanyalah kat dapur..second raya baru boleh raya kat rumah sedara. Tahun ni saya buat spaghetti.  

Ketika aktiviti bermaaf-maafan dengan makayah..tetiba mak nangis ngenangkan my 2nd sis yang dah 3 tahun ninggal. Pilu sangat time tu. Selepas bersiap-siap kami ke kubur arwah. Baju raya lawa2 terpaksa ditanggalkan..hehe..kena siapkan makanan daaaa. Tetamu sekali datang segerombolan..perhhh. Tapi bab2 menjamu ni saya memang suka.

Jom layan photo....

 Benda wajib mesti ada bila raya2 ni adalah duit raya..



 Nipun wajib ada tiap kali hari raya..secrete recipe cake. Ini jenis stobery coklat


Taraaaa...rendang kerbau saya..hehe. Daging ni lagi lembut dari daging lembu..kejap jer masak. Bila makan..xde beza mcm daging lembu. 



Orang Penang lebih suka ketupat palas dari lemang dan lontong. Ni makayah saya balut...saya balik kampung dorang dah siapkan..hehe. Kalo saya balut jadi memang lah jadi...tapi rupa takkan secantik ni lah..hahah.



Ni view belakang rumah..time saya bersantai2 tido atas lantai..hmmm...nyaman sangat angin petang


 Malam raya saya saya pasti sibuk..time tu la nak letak curtain..nak mop lantai..nak kemas sana sini. Perhhhh!!! Disebabkan ada 2-3org assistant..saya kerahkan dorang siap2 masukkan biskut raya dalam bekas..hehe. Tahun ni Alhamdulillah semua kerja cepat jer sebab adik ipar bantu..potong memotong sayurpun dilakukan malam tu..so esok  pagi raya taklah kalut sangat. Jom tengok biskut raya...



 Samperit ni mak saya buatkan..memang febret kitaorg adik-beradik. My fren pun since 2-3 tahun ni pasti tak miss nak order.


 Biskut makmur ni memang sedap..tak sempat saya nak pulun makan..semua anak buah dulu2 habiskan



 Bekas biskut raya ni saya beli dari KL tak sangka plak match dengan alas glass table tu...hehe. Alas glass table tu pulak saya beli kat Melbourne..sulaman tangan.



 Ni antara tetamu terawal


 Blur skit photo ni



 Akak sulung saya dan anak2 beliau



Jenuh paksa makayah saya bergambar..berjaya gak..hehe..yg baju biru tu adik bongsu saya



 My bro dan wife dia..time ni kitaorg nak ke rumah sebelah..beraya..hehe


  
 Anak2 bro saya yang ni 2nd raya baru balik kampung..raya ke-2 dan ke-3 baru saya start beraya ke rumah sedara..



My bro exited tukar baju anak dia dengan baju saya beli ni...haha. padahal baju asal anak dia pakai lagi cantik dari yang ni...hahaha.

August 10, 2012

BeRBuKa Di RuMaH TeMaN

Salam..

Pejam celik pejam tak celik-celik dah dekat 3 minggu kita berpuasa. Terasa cepat betul masa berlalu. Ramadhan tinggalkan kita dan Syawal menunjuk rupa. Ketika itu kita akan berasa rindunya kepada Ramadhan dan seronoknya Syawal. Para pembaca semua..baju raya dah beli?? Biskut raya berapa jenis tahun ni?? Saya ni ala kadar jer bila nak raya...baju rayapun tak de. Saya tak kisah sangat baju2 raya ni sebab bila time raya..memanjang dok kat dapur sediakan makanan dan air untuk tetamu. Sedara saya terlalulah ramai ..sampai ke malam bertandang.. uihhhsss.

Untuk menjadikan ramadan kali ni lebih happening, saya ajak kawan-kawan berbuka sekali. Malangnya ada yang susah anak la..suami keje la..macam2 lagi la. Lastly my friend sorang ni offer berbuka kat rumah dia dan seorang lagi kawan nak join. Kawan saya Che Suriani sarat mengandung sekarang dan dijangka bersalin bulan depan. Agak keberatan juga la nak ke rumah dia..macam nyusahkan dia pulak. Dari plan tak nak dia masak..tetiba jer dia bersemangat bila saya nak ke sana..hehe. Dimasaknya bermacam-makan juadah. Saya gi awal rumahnya..boleh la tolong sikit2. Kawan saya ni pandai masak..sedap sangat. Jom tgk apa dimasaknya...


Lokasi rumah kawan saya ini adalah di Kundang..Apartment Laguna Biru kalo tak salah namanya. Apartment ni 10 tingkat dan rumah kawan saya berada di tingkat 5. Saya begitu excited tengok keadaan rumah dia sebenarnya..main door rumah dia boleh terus nampak tasik kat atas ni. Tasik ni sebenarnya bekas lombong. Kalo petang2 relax kat tasik ni..boleh nampak seolah2 kilauan belian atas permukaan tasik ini..angin pulak segar jer masuk dalam rumah..memang menenangkan. InsyaAllah saya nak beli rumah area ni kalo ada yg masih kosong. Seolah2 jatuh cinta pandang pertama pulak kan..hehe

 Sorang lagi kawan saya yg menjadi tetamu Che Suriani adalah Akmal..ni anak sulung dia. Comel sangat...tapi active sangat2..tak boleh duduk diam..hehe.

Ni adik si abang kat atas tu...comel sangat..nipun lebih kurang cam abang dia...tak boleh duduk diam. Yang saya suka dua beradik ni adalah senyuman dorg dan kecomelan dorang..hehe

Ni pulak anak dara tuan rumah..bulu mata melentik..manis jer. Memula saya datang..malu2..cakappun xnak. Selepas beberapa jam...bukan main cakap banyak..haha. Saya suka layan budak2..lama2 pasti dorang akan selesa dengan saya..seronok layan budak2 ni..

 Sampai2 jer rumah dia..sebijik cheese cake dah siap dalam microwave..hehehe. Saya sempat tengok macam mana dia sapu red berry kat atas cake ni..rasanya?? Sedap la..hehe.

Ini apa pulak?? Ini la main course kami..nasi daging. Macam-macam petua dikongsi oleh kawan saya ni..pasni boleh la sy try buat pula..


 Ni jelatah @ salad melayu..memang sedap bila makan dengan nasi daging


 Resepi kawan saya..air asam kerisik..cili blande sekali dengan kerisik..cukup rasa...memang terbaekkk



 Roti Jonh dan kuih2 tu saya beli..


 Ntah apa nama ntah puding ni..hehe..puding japaness cheese orieo ke apa ntah..sedapppp!!!



 Dah siap ada biskut..hehe..cam raya plak. Ni dia buat before puasa ritu..rangup..saya suka.

Kenyang dan kenyang...sekali kawan saya ni bungkus untuk bawak balik. Dengan cheese cake la..puding la..nasi danging la..saya doakan mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dia...