December 24, 2024

Maldives ~ Heaven on Earth (Part 4)

Assalamualaikum...

Sorry sangat-sangat sebab lambat betul nak update blog. Kisah di Maldives bakal berakhir. Hari terakhir di Maafushi...malam tu saya tak dapat tidur sebab fikirkan esok tu nak beractivity parasailing. Sepanjang malam dok imagine saya hanging di udara...menggerunkan. Kami bakal meninggalkan Maafushi pada pukul 12pm. Pagi tu dah kami cuba breakfast di hotel sebelah...Icom Marinara. Menariklah buffet breakfast open space macam tu. 

Walaupun ada banyak pilihan tapi quality makanannya tak berapa nak lazat.

Ketika breakfast tu saya cuba-cuba bagi idea dekat my sis untuk tidak teruskan niat parasailing tu. Alhamdulillah dia setuju. So kami decide nak pergi beli boat ticket dan relax jer kat bilik. Sia-sia tak boleh tidur semalam tu hahahha.

Time table untuk speedboat
Dah dapat ticket, kami balik ke hotel untuk relax hinggalah tiba masa nak check-out

Kami dihantar ke jetty oleh pekerja hotel. Kali ni dia tak bawa kereta sorong untuk angkut luggage kami..dia naik kenderaan seperti motor bertayar 3. Saya duduk di sebelah pekerja hotel tu dan my sis di belakang bersama luggage.

Saya nasihatkan untuk make sure luggage kita dah masuk dalam bonet speedboat. Terjadikan kisah time speedboat ni dah bergerak tetiba mamat chinese dia jerit luggage dia masih berada di jetty. Nasib baik dia ada toleh ke jetty dan sedar. Kalau tak sedar...habis lah.
Jetty sebelah airport. Dah dapat cab, saya terus discuss dengan driver cab untuk kami gunakan dia sebagai driver untuk kami pusing Male city. Dia macam tak tahu nak beri harga untuk service dia. Saya lah propose 20 USD untuk 1 hour. Alhamdulillah dia setuju. Sebelum mulakan activity untuk explore Male city, kami minta dia hantar ke hotel yang terletak di Hulumale.
RIJ Hulhumalé ni nampak macam ok kan? Tak berapa nak best sebenarnya. Pintu toilet tu adalah sliding dan sejenis pintu kayu. Bila tolak bunyinya amat dahsyat. Bed sheet pulak macam tak dibasuh. Terpaksa tidur tanpa selimut sebab saya baring di duvet. Nasib baik bawa pillow case sendiri...dan nasib baik 1 malam saja..hahaha. 

Bermula lah activity sightseeing kami. Si mamat cab yang lupa saya nak tanya nama tu lagaknya seperti tour agent. Punya banyak lah cakapnya. Asal tadi tu macam pasti tak pasti nak accept request kami tu...lepas jer kami siap simpan luggage di hotel terus rancak jadinya dia bercakap hahaha. Ada part tu saya ignore sekeliling sebab nak sembang dengan dia..sekali kena sound sebab saya tak snap itu ini yang dia dok explain...hahaha. 

Ini adalah bridge sepanjang 2km yang connect Hulumale dan Male. Menurut drive cab ni bridge ni constructed by China dan Maldives government belum lagi membayar kepada China. Driver cab ni merungut yang entah mana lah government dia nak bayar. Then saya jawab, kan GST charges can banyak sampai 16%, sure lah your government akan bayar guna duit tu. Then dia jawab, dia pun agak macam tu lah.  
King Salman Mosque..cost untuk pembinaan masjid ni ditaja oleh Arab Saudi.
Jetty di Male city boleh tahan banyak jugak.
Kami singgah market sekejap. Kami takde langsung Maldivian rufiyaa. Dan USD yang ada pun cukup-cukup nak bayar cab. So boleh tengok jer lah.
Pelbagai jenis buah
Pedas rasanya cili ni.
Maybe tuna yang disalai
Cab driver tu cakap buah ni manis. Ala ruginya tak rasa.

Sambungan dialog saya dan cab driver. Saya tanya dia Maldives ni macam pulau-pulau kecik, mest tak boleh buat pertanian, perindustrian etc..then dia jawab, semua bahan makanan, pakaian, dan segalanya di import. Macam dia kalau nak beli pakaian dia prefer shopping di KL. Walaupun Sri Lanka lagi dekat dari KL, dia masih prefer KL. Macam air minuman pulak, ada local product dan import. Macam local punya, process dari air laut. Air laut yang diprocess lah digunakan untuk harian. So interesting info-info dari cab driver ni. 

Ini jetty untuk nelayan..fish market terletak berhadapan dengan jetty ni.
Tuna punya lah berlambak dekat market ni. Saya berpeluang tengok orang siang tuna..expert gila lah orang tu siang.
Kami dibawa ke rumah President. Dekat Male ni terlalu padat. Saya tak nampak pun terrace house atau banglo selain rumah president ni. Menurut cab driver, untuk kemudahan sekolah dan kerja etc..ramai orang yang tinggal di island pindah ke Male. Dan rumah mereka disewa kepada pengusaha hotel untuk pelancongan. Macam Maffushi katanya, dah tak ramai local tinggal situ. Seperti dia juga, island dia memerlukan 4 jam perjalanan dengan speedboat. So dia pun terpaksa pindah ke Hulumale. 
Kami ke Hukuru Miskiyy, also known as the Old Friday Mosque. Masjid ni dibina pada 17 century. 
Bahagian dalam masjid. 
Motorcycle kat Male ni banyak giler. 
Driver cab tu sebab tempat ni adalah artificial beach
Bergambar di salah satu jetty di Male
Driver cab tu recomend satu cafe tepi laut. Kami perlu mendaki tangga untuk ke cafe tu. Inilah view dari cafe tu. Menurut driver cab tu, bridge ni sedang dibina oleh India. Dah bertahun-tahun belum siap. Bridge ni nak connect Male dengan sebuah island.
Makanan kat sini biasa-biasa jer. Yang nasi kuning tu ada mash potato dan tuna steak. Agak dry lah tuna tu. Yang paling sedap ada bun yang diserve panas.
Another view dari cafe tersebut. Best giler lah artificial beach ni..dah macam pool. Si mamat kat beach ni dilumur-lumurnya pasir diseluruh badan kemudian masuk dalam air...hahaha. 

Masa yang asalnya kami plan 2 hours nak guna service driver cab ni, bertambah menjadi 3 hours. Panic lah kami berdua..hahaha. Cash yang ada tak boleh cover 3 hours. Masa agak lama kami ambil nak tunggu makanan sampai di cafe tu. Nak makan lagi. Rasanya kami spent 1 hour dekat cafe tu. Bila kami naik semula cab, driver tu dah tak banyak cakap. Diam jer sepanjang jalan...hahaha. Bila dah sampai hotel kami pun bagi semua cash yang ada. Dia pun ok jer.

Waktu petang ramai orang makan kuih dekat restaurant ni. Pekerja hotel ni cakap makanan kat sini pedas. Saya ada masuk tengok...macam kedai mamak.
Petang tu kami jalan-jalan area hotel. Nak layan sunset tapi nampak bulan...so beautiful.
Hotel kami stay tu ada cafe. Sebab tak lapar sangat, kami makan ringan-ringan sajer.
Untuk breakfast kami makan di cafe yang petang tu. Kami dihidangkan dengan big breakfast gini. Cukup mengenyangkan. Dah settle breakfast, kami pun bergerak ke airport dengan transport yang disediakan oleh pihat hotel dengan bayaran 10USD.
So beautiful island. 
Bai bai Maldives...thank you for all memories!!
Love betul dengan souvenir ni.

Alhamdulillah berjaya juga habiskan semua kisah di Maldives. Rasa macam nak jadikan Maldives ni percutian tahunan gitu..hehe. Kalau rezeki murah, nak juga merasa stay di water villa. Untuk sesiapa yang sukakan water activities, dekat Maldives ni sangat best compare di Semporna, Krabi dan Phuket. 

Ok lah..sampai di sini dulu kita...jumpa next year untuk kisah winter pulak. 

Bai..