August 25, 2017

Scandinavian Trips (Sweden - Skansen) Part 3

Assalamualaikum...

Hi guys..dah planning next year trip?? Macam travel buddy a.k.a my sis, dah start dah nak plan itu ini. Kalau saya pula..ntah lah..pening pula nak fikir nak gi mana. Sebabnya..semua tempat kat muka bumi ni cantik-cantik belaka. Baru dok google satu tempat ni..terfikir tempat lain pulak. Last-last tutup laptop gi tengok movie...hahahaha.

Bila my sis tanya saya rasa nak gi tempat yang macam mana? Jawapan saya..biarlah tempat tu di kelilingi oleh gunung-ganang macam di Norway..bandarnya cantik di setiap sudut seperti Sweden..dan punyai bangunan berwarna-warni seperti Denmark. Tergaru-garu kepala lah dia..hahaha. Seriously, saya rasa ketiga-tiga Scandinavian Countries yang saya dah jejak ni the best experince lah. Jika ada duit banyak, memang nak repeat. Perasaan ni juga saya rasa time ke Japan dan UK..dan sekarang makin kuat perasaan ni untuk ke Scandinavian countries lagi.

Tiada lagi mega trip untuk this year. Maybe just spend masa untuk hirup udara segar di tepi pantai dalam satu, dua bulan lagi. InsyaAllah kalau next year kalau bonus cun, panjang kaki lagi lah kut..hehehe. Oppss...panjang lebar pulak bergebang..jom sambung story di Stockholm, Sweden.

23/4/2017...hari ke-3 kami di Stockholm. Sebelum trip, saya ada study pasal Skansen. Skansen ni adalah open museum. Bila baca dari official website Stockholm, macam susah jer nak ke Skansen ni. Tapi that day, kebetulan ternampak card kecik-kecik yang di susun rapi di rak Stockholm Hostel. Belek jer card tu, ada ditulis cara nak ke Skansen. Mudah pulak. Kami just perlu ke Kungsträdgården untuk naik tram. Bila dengar jer nama Kungsträdgården, happy lah saya..hehehe. Dapat lah saya tengok sakura lagi.

 
Sebelum mulakan activity, kami singgah cafe area hostel. Dapat lagi saya makan roti yang sedap ni...nyum nyum nyum.

 
Yang ada gula kat atas tu paling sedap tau. My sis suka minum berries tea...wangiiiii...

 
Ini lah cafe kami breakfast tu..sebelah kanan tu adalah metro station.

  
Fridhemsplan station..Station paling dekat dengan hostel kami stay tu.


 
Pintu gergasi di Kungsträdgården Station


 
Lega tengok orang tak berapa ramai...sehari sebelum tu saya pergi time tengahari..crowded giler.


 
I am minah bungaaaa....hahahaha


 
 Cantik sungguh ciptaan Allah


 
Lovely flowers....


 
Kami tak boleh berlama di sini...masih ada tempat lain lagi kami perlu terjah..ayuhhh


 
Kami perlu naik tram untuk Skansen. Skansen ni terletak di island of Djurgården. Tak jauh pun. Yang kat atas ni view saya snap time dalam tram.


 
Time ni tram kami naik tu dah cross ke  island of Djurgården 


 
Kami stop kejap di Abba The Museum. Baru saya tau...group Abba ni lah yang penyanyi lama suara sengau halus tertahan-tahan tu...opps  


 
Dari situ kami berjalan ke Skansen..tak jauh pun...inilah tram yang kami naik tu.


 
  
Begitu cantik cuaca that day..cerah betul bumi Sweden ni. Thank you Allah.


 
Just bergambar dari luar jer..tak masuk pun Museet ni.


 
Kami tak tahu pun pintu Skansen ni ada 2 bahagian yang berbeza. Bahagian ni macam di belakang. Ada baik juga di pintu belakang ni..sebab kita boleh naik tram comel untuk ke atas bukit tu ha. Baru lah saya tau yang Skansen ni terletak di atas bukit. Dan lagi satu...orang tak ramai masuk pintu belakang ni.


 
Yeee dah dapat ticket...sila simpan map yang diberi..takut termiss tempat2 menarik dalam tu.


 Rumah style dulu-dulu


Signboard. Tak pernah study pun untuk tahu ada apa kat Skansen ni..setahu saya Skansen ni adalah open museum. Bila sampai sini baru tahu bukan setakat ada open museum, ada juga Scandinavian animal zoo.


 
 Nampak macam seolah-olah di kawasan pendalaman pada zaman dahulu kala..hakikatnya..nu haa kota raya maju jaya di sebelah sana nu..hahaha. Love this view.


 
 
Skanse ni dikenali sebagai world oldest open museum. Dari Skansen hill ni boleh nampak Stockholm dengan jelas. 

 
Where are you spiderman


 
 
The greenly is everywhere.   

 
 
 Flowers are everywhere


 
Tiang rumah ni terus dari batang pokok hingga ke akar...dasyat...hahaha


 
Ni ala-ala red indian punya rumah

 
Simpang mana patutku pilih??


 
Reindeer 


 
Langsung tak terfikir time ni untuk naik ke tower ni..sure kat puncak tower ni boleh nampak awesome view..ala ruginya.  


 
Peacock ni dilepaskan begitu saja. Dia macam suka orang tengok dia..asyik kembangkan ekor yang cantik tu. Geram!!! macam nak picit-picit..hahahaha. 

Tengok musk ox ni teringat cerita Beauty and the Beast.

 
Lynx ni sejenis wild cat...macam bertanduk kan?


 
 Best betul open museum ni..dapat hirup udara segar..dipenuhi alam semula jadi..orang pun tak ramai..tenteram jer.


 
Ada orang picnic kat sini..rasa rugi tak prepare makanan. Cafe yang ada kat sini mostly jual roti dan kek. Dan tengahari, kami dah start lapar nasi...hahaha. Dua-dua orang totally dah tired.


 
 
Antara bangunan lain di Skansen.


 
Yang ni adalah sekolah


 
Kalau daun kat pokok ni dah tumbuh....sure cantik teramat.


 
Untuk exit dari Skansen ni terpaksa menapak jalan bercuram dan berbatu ni..seksa tau!!


 
 Gröna Lund dari kejauhan...ada juga hati nak ke situ...tapi kami macam tired dan kelaparan sangat time tu..so terpaksa lupakan.


 
Kami exit dari main entrance Skansen. Time ni pengunjung dah makin ramai.

Puas hati betul masuk open museum ni. Boleh dikatakan kami berjalan di seluruh Skansen. Saya nasihatkan kalau anda nak ke Skansen, bawalah bekal. Untuk berjalan dalam tempat yang luas ni memang memerlukan tenaga cergas.

Sekian dulu dari saya. Nanti saya sambung our next destination di Stockholm. Tak lupa juga, saya akan share apa yang kami makan untuk isi perut yang lapar giler tu. 

Sampai jumpa lagi...bai :)