Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita untuk kisah latest trip saya iaitu winter di Xi'an. Dah bertukar musim baru nak update..hehe. Lepas jer me and my sis balik dari Beijing, terus my sis beli ticket ke Xi'an. Bila jer saya tahu my sis dah beli ticket, terus saya angan-angan nak pulun makan halal food dekat Xi'an. Kena pula my sis cakap total estimated cost kami yang cukup murah lagi lah saya rasa nak bershopping pula. Trip kami ni adalah pada 31/12/2025 to 5/1/2025. Pernah dengan Loong Air? Saya first time dengar. Agak suspend la bila fikir entah ya entah tidak wujudnya airlines tu...hahaha. My sis cakap nak check-in online pun tak boleh. Dan yang bestnya kami dapat 23kg free check-in luggage. Alhamdulillah airlines tu wujud dan process check-in pun smooth. Akhirnya kami fly pada 5am dan sampai di Xi'an pada pukul 10am. Oh ya nak cerita sikit experience bersama Loong Air ni. Dalam flight ni bukan saja ada cabin crew, malah ada sorang police. 2 hours before landing tetiba kami dapat sekotak snack dan noodles. Ada mamat China sebelah saya, dia explain makanan tu halal sambil tunjuk word halal dekat bekas makanan. Sembang kejap dengan dia. Dia cakap dia PHD student dekat UUM dan balik holiday. Lepas tu dia tanya experience saya travel etc.

Tak sangka Xi'an snowing. Alhamdulillah.
Untuk ke Holiday Inn Express Bell Tower, kami naik Didi.
Our rooms for 5 nights. Perfect!!
Toilet pun perfect
Dah masuk bilik pakat pilih nak side mana...this is my sis's side. View dari window ni tak menarik.
Dah rest kejap kami pun keluar menghala ke Halal street foods. Perjalanan dari hotel around 10 - 15 minutes macam tu. Kami berjalan sambil layan light snowing. Saya suka la suhu ketika tu, tak terlalu sejuk sehingga susah nafas.
Nampak gate tu? Situ lah bermulanya Halal street foods.
Mula-mula jumpa beberapa halal restaurant.
Too much foods. Sampai confuse nak pilih.
Yang tak best, laluan ni digunakan untuk motor jugak. Tak aman nak berjalan.
Tak try yang ni. Tak salah saya yang atas ni walnut cake.
Saya try yang ni..rasa macam ala-ala bingka ubi, tapi saya rasa diperbuat dari beras pulut. Penjual ni akan sapu gula melaka time kita beli tu. Must try ya.
Kami berdua ni bukan penggemar mee. Sikit-sikit boleh la.
Banyak stall jual sotong grilled ni. My sis nak try..bila tengah tunggu pakcik ni grill saya terpandang satu kedai, ramai orang Q.
Taraaa. Saya pun scan satu-satu flavors pastry ni. Amoi ni tak tau english. Nasib baik ada translate apps. Saya pun order 1 box. Fuhh banyak pcs jugak.
Nikmat lah makan pastry ni fresh
Kami pun nikmati pastry ni bersama sotong grilled dekat meja pakcik sotong. MasyaAllah the pastry is so good taste. Sepanjang di Xi'an inilah snack paling saya suka. The filling is too much delicious. Sotong grilled pulak..fuhhh full of flavors. Tak terlalu liat.
Kami beli seekor ayam grilled ni buat makan dengan nasi dekat hotel nanti. MasyaAllah ni pu sedap giler.
Lalu dekat kedai ni..saya dah penat berjalan. Saya request dekat my sis saya nak masuk sini dengan alasan nak try makanan ala-ala dimsum tu. Padahal nak lepas lelah...hahaha. My sis macam biasa lah..ikut jer apa saya nak.
Saya lupa la namanya..dalam ni ada soup. Datang panas-panas macam ni kena hati-hati gigit sebab soup tu boleh buat lidah melecur. Saya dah pekena pastry 2 pcs dan sotong grilled memang full lagi la...hahaha. Saya bagi alasan dekat my sis saya kena makan slow-slow sebab panas. Akhirnya dapat lah makan dalam 4-5 pcs macam tu. Kami datang lagi restaurant ni last day kami dekat Xi'an.

Area ni adalah tersangat busy area..time nak balik kami hairan eh kenapa ni?? The whole area kena block dan police merata-rata. Alamak. Kami dah lah belum familiar dengan tempat ni. Rupa-rupanya dorang buat new year celebration dekat sini..aduhai. Entah natijah apa kami jadi confuse nak balik ke hotel...hahaha. Kami tak boleh simply cross the road. Option yang ada adalah, cross underground train station. Pelbagai exit kami guna still salah dan salah. 4-5 police officer tolong kami still tak jumpa hotel..hahaha. Google map pun pening nak search..entah kenapa. Seingat saya sejam kami berlegar untuk cari jalan ke hotel.
I love winter...i love snow
Light snowing bertukar sedikit heavy. Bila dah jumpa jalan ke hotel baru ada mood nak snap photo..haha. Saya betul-betul tak sangka Xi'an akan snowing. Time ni belum 7pm lagi pun. Malam tu pekena pulak nasi panas dengan ayam grilled..nyummeh. Dan malam tu kami pengsan sampaikan terlepas new year fireworks.
Bai..