April 30, 2014

Untuk Kali Ke 2..Thanks Prof

Assalamualaikum....

Time saya menulis entry ni jam menunjukkan nak pukul 2am. Agak tegang urat kat bahagian belakang sejak seminggu dua ni sebab banyak sangat kerja office nak diabiskan. Sambil2 abiskan keje office yang menimbun ni..nak relax menulis blog kejap..hehe. Sambil-sambil tu jugak..belek2 blog list blogger2 yang lain...wahh ramai sunggu ke Japan dan Korea..maybe sebab semua nak enjoy trip ketika cherry blossom. 

Oh ye...entry ni just nak ucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada Prof (http://nota-kembara.blogspot.com/) yang termasuk yang ni dah kali ke-2 hadiahkan saya barang. Saya doakan murah rezeki Prof dan bahagia selalu :)



 Teruja sangat bila Prof suruh saya baca entry blog beliau yang terbaru....sekali terjojol bijik mata bila diiktiraf komentator paling rajin No.3..hahaha. Terharupun ada....hahaha. Prof nak tahu kenapa saya suka baca blog Prof dan komen selepas baca?? Sebab paling utama adalah...saya suka info serta cerita Prof yang bukan copy and paste dari google dan sebagainya. Bila baca tu..macam seolah-olah diri sendiripun melaluinya. Tak semua blogger menulis macam Prof. 2nd blog saya suka juga baca gaya penceritaan adalah Kak Azian dan seterusnya Mie. 


 Bangganya..hehe....saper-saper yang nak macam hadiah saya dapat ni...sila la layari website yang tertera di atas


 

 Prof..bila saya bagai topi dan T-shirt ni..dah macam rapper dah rupa saya...hahaha. T-shirt ni kualiti sangat bagus!!!

Prof...you surprise me...later I pulak surprise you...haha. Wait and see yaaaa!!!




April 18, 2014

FM Busan dari Mie \(o_o)/

Assalamualaikum....

Sesudah seminggu menunggu souvenir yang dijanjikan oleh seorang blogger travel tersohor..maka dapat jua hari ni..hehe. Asalnya saya komen kat blog Nohas  tak sangka Mie offer nak bagi FM dari Busan ni..hehe. Rezeki jangan ditolak..ye tak?? Dihati ni pun ada gak keninginan nak ke Busan main snow..tapi lom tau la jadi ke tak. Kalau jadi boleh la refer blog Mie. 


Berseri-seri betul warna FM ni..suka sangat. Hai Nohas..ai pun ada macam u..hehe


Sesaja print screen ni nak tunjuk betapa beruntungnya saya...hehe

Makaseh banyak-banyak ye Mie sebab sudi beri saya FM yang cantik ni..sama-sama lah kita berblog hal travel dan moga apa yang kita share di blog masing-masing memberi reference untuk memudahkan kepada orang lain. 

April 14, 2014

Watermark AkuLoveTravel

Assalamualaikum...

Akibat suka sangat tengok watermark kat photo-photo orang lain..makanya bersungguh-sungguh saya create watermark untuk diri sendiri...hahaha. Saya ni bukan photographer yang snap photo cun-cun dan letakkan watermark sebab takut orang curi photo saya. Tapi rasa best bila letak watermark..dari kata lain syok sendiri..haha. Setelah berminggu-minggu belajar guna adobe photoshop ...maka terhasil lah seperti di bawah ini..



Dan...


Taraaa...camgini lah kalo diletakkan atas photo.


Ni style lama punya..

Saper-saper nak tak?? Hehehe....

April 3, 2014

Ole-Ole dari Japan \(0_0)/

Assalamualaikum..

Spring sudah bermula..sure ramai yang plan nak jalan-jalan oversea layan view time spring. Tetiba rindu pulak keindahan spring di Seoul, Korea yang saya visit tahun lepas. Hmm…tenang sangat bila tengok bunga-bungaan berkembang mekar..udara yang fresh. 

Oh ye..entry ni saya nak citer ole-ole yang saya dapat dari Japan. Ole-ole ni adalah dari manager saya. Dia gi Japan baru-baru ni dengan dua orang nak lelaki dia. Manager saya ni suka juga travel-travel nih..kadang-kadang kitaorang suka chit chat hal travel. Dia banyak suggest saya ke sini ke sana untuk travel..hehe. Pagi tadi jumpa jer dia terus dia cter experience dia selama 2 weeks kat Japan. Dia sakan bercerita bila saya sikit2 tahu tempat yang dia visit..hahaha. Yang paling saya suka manager saya ni..dia approved cuti saya selama 2 weeks untuk incoming trip in May..saya beli flight tic pun selepas discuss dengan dia bila masa sesuai untuk saya cuti..hal cuti untuk travel ni dia memang sporting..syukur!!!

Saya ni sebenarnya nak tunjuk ole-ole dari manager saya tu jer..macam berlebih-lebih cter pulak..haha..dah lah..tengok gambar jom..


 Rasanya ini Kit Kat green tea..sedap sangat..tak cukup dia bagi 2 packs jer..hehehe


Souvenir ni yang ada pin kat belakang tu..nak pin kat tudungpun boleh..haha


 Manager saya cakap dia angan-angan nak pergi lagi dekat Gunung Fuji ni..malangnya tak dibenarkan sebab masih bersalji dan bahaya untuk ke sana..so dia cakap dia just dapat tengok view yang begini..ini postcard dia bagi saya..hehe.


 Saya pernah baca dari blog Cawana mengenai village dalam postcard kat atas ni. Saya rasa tempat ni menarik untuk visit..cumanya manager saya cakap dia gi waktu petang semua kedai2 dah tutup.

Ok semua...baibai