August 31, 2013

My Travel Photobook

Assalamualaikum...

Agak meriah ye sekarang sebab saya jumpa banyak blogger pasal travel. Dasyat2 semuanya..nonstop travel. Syabas saya ucapkan. Entry ni saya nak share my travel photos yang di albumkan menggunakan Pixajoy.com.my. Memulanya my sis la mengalami kegilaan photobook ni..sedikit jelah berjangkit kat saya..hahaha. My sis rajin dok tunggu promotion dari Pixajoy..dan akhirnya, dibelinya untuk saya 1..hahaha. Asalnya harga photobook saya ni adalah RM300++, disebabkan promotion, dapat la RM90++ je dengan 40 pages. Berat tau..hahaha..rasa2nya dalam 2kg. Jom tengok...


Front page..sambil snap sambil minum tea o..hahahha


Yang bestnya jenis layflat hardcover ni, boleh combine gambar dalam 2 pages gini dan senang  yang selak-selak..

 
 
See?? mcm-mcm scrapbook saya letak..hahaha. Hmm...dekat 2 weeks la dok adjust sana-sini..hahaha. Semua gambar kat atas ni, gambar kt London


 
 
Ni semua gambar kt Melbourne


Sebahagian gambar kat Krabi

Medan, Indonesia

Ni pulak di USS

 

Dan akhir sekali di Korea..

Saya sesaja combine semua travel photos saya dalam 1 photobook ni. Rasa sayang pulak nak letak photo dari satu tempat travel. Semuanya ada muka saya dan berlatarkan view. Rasa puas buat photobook ni sebab my mummy berminat nak tengok berbanding tunjuk kat dia dari hp atau tab. My sis belikan lagi 1 voucher RM30++ yang belum sy gunakan..just standby untuk next destination. To my sis...thanks beb sebab belikan wa vouchers photobook ni..it very meaningful to me...

Oh...tak sabar tunggu nak naik flight mid September ni...hehehe..

August 19, 2013

Ye! Ye! Ye! Raya :)

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita selepas dah raya sakan..hahaha. Tahun ni saya tak la raya sakan manapun..baju rayapun my bro yang belikan. My bro ni memang suka pilih2 kain untuk dibuat baju raya..banyangkan semua ahli keluarga saya yang perempuan dibelinya baju raya..hahaha. 7-8 pasang kain diletak untuk kami pilih, tapi yang bestnya saya org pertama pilih nak yang mana..haha. Kak ipar saya ckp time nak beli baju raya anak2nya..disuruhnya wife  beratur kat counter dan dia gi pilih baju anak-anak...hahaha. My bro tu memang creative..haha. 

Raya tahun ni saya pulang ke kampung awal..lagi 3-4 hari nak raya. Ye la..kesian mak prepare untuk raya sensorang..adik pulak keje. Takde orang nak tolong mak nanti. Lagi 3 hari nak raya saya dah borong barang basah bersama ayah sebab takmo berebut-berebut dengan orang ramai. Tahun ni saya masak tomyam yang dimakan bersama bihun dan juga spaghetti meatball. Syoknya sebab semuanya lincin..haha. Saya gunakan anak buah saya darjah 2 dan 3 untuk potong sayur buat tomyam..hancur sayur dorang potong..haha. Tapi best la sebab dorang happy. Meatball pulak saya buat sendiri dengan bantuan dorang..sorry ye xde gambar..bz smpai xsempat nak snap.



 Cantik tak samperit ai tekan ni?? hahaha..mak ai yang uli ye..



 Ni style lain pulak ye...letak chocolate chips..nampak tak macam garing skit bahagian bawah tu? ai dok berangan sampai tak sedar dah masak!!! hais



 Eh apa ni? Ini makanan tradisional ye..Agak susah nak masak ni. Makanan tradisional ni adalah resepi warisan nenek moyang saya. Ianya perlu dimasak dalam periuk tembaga. Periuk tembaga nipun warisan nenek moyang saya. Perlu 2 orang mengangkatnya sebab terlalu berat. Saya ada perhatikan cara ayah masak makanan yang diberi nama halwa ini. Memula..hari sebelum halwa ni dimasak, perlu basuh tepung gandum dimana airnya ditapis dan dibasuh berulang kali sehingga tepung tu menjadi doh yang bila dibasuh tidak mengeluarkan air warna putih lagi. 

Kemudiannya biarkan air basuhan tepung itu sejat semalaman. Hari untuk memasakpun tiba..perlu letak air dalam periuk tembaga tu bersama gula yang sangat banyak. Atas api lah ye..bila gula dah larut dalam air..air basuhan tepung tu ayah suruh saya buang airnya..akan nampak pati tepung dibawah dan air diatas..air tu lah perlu di buang. Bila dicampur dalam air gula tu..lama kelamaan akan pekat sangat2..kemudian masukkan warna kuning. Dan last sekali masukkan minyak. Kena kacau halwa ini sehingga 3-4 jam tau non-stop. Berganti-ganti la saya..jap ayah...jap mak..hahaha. Mostly orang tua suka makan halwa ni..saya tak suka sebab manis sangat.



 Kami masak ni kat luar umah..jangan terkejut tgk slipper tu ye..jauh tu..hahah




 Disebabkan saya dah settle kerja-kerja rumah, malam raya saya berjoli dengan anak-anak buah main bunga api dan mercun..oh bestnya..ahahah



Tema ari raya macam raya-raya lepas..bekas kuih yang sama,. Ketupat dan rendang ayam wajib ada 









 on the way balik KL, saya singgah rumah my bro di Perak. Macam-macam dia jamu...





 Antara anak-anak buah saya...yang kecik tu baru setahun lebih..yang lain2 tu..tadika, darjah 1, darjah 2 dan darjah 3..hahaa.



Hari ni saya dan opismate buat makan-makan kat opis..saya buat rendang daging. 


August 3, 2013

Puasa..Puasa..Raya...Raya :)

 Assalamualaikum....

Sempena nak raya ni kena la sapu segala sawang dah habuk. Dekat sebulan AkuLoveTravel tak bersiaran..hehehe. Entry kali ni bukan la apa sangat..just nak share activity saya sepanjang bulan puasa dan sempena nak raya ni. Best sangat puasa kali ni. Company lanjer buffet dua kali ouls..hehehe. Jom la layan photo.


 Sebelum bulan puasa saya dah berazam nak bawak mak dan ayah berbuffet di hotel..akhirnya tercapai. Ianya adalah 1st time untuk diaorang. Bangga saya rasa bila tengok mak dan ayah happy. Hotel Sri Malaysia adalah paling dekat dengan kampung saya kat Penang tu..sebab itulah saya pilih hotel ni.



 berbuka puasa kat sini memang terbaik lah. Yang spoilnya dorang hantar pancake yang atasnya 1 scope ice cream 15min sebelum berbuka..cair la..bengang saya time ni. Kat sini juga ada buffet ramadhan. Boleh order semahu-mahunya..hehehe




 Disini pun boleh order semahu-mahunya...memang terbaik. Menunya banyak seafood.



Kat sini pulak company sponsor berbuka. Alhamdulillah



Another 1 buffet boss lanjer..heheeh. Paling best lah nih...







 Dan berbuka di peberet restoran saya... 





Dan juga berpeluang shopping chocolate di Chocolate Museum



Duit raya dah tersedia...tak sabar nak raya. Shopping punya shopping...makan punya makan..tak sedar duit makin habis...wakakaka. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Saya belum berkesempatan nak share rupa photobook saya..balik berbuka kat kampung ritu terus tertinggal kat kampung. Maybe next entry saya akan share kat sini. Nantikan entry travel pada bulan September akan datang..saya akan share 1 lagi travel location yang hopefully menarik..tapinya saya belum lagi sampai la....hahaha. Flight ticket semua dah beli...locationnya biar saya rahsiakan dulu..baru la surprise..hehe. Ok uols..ai mau balik kampung jap gi..see ya.